Wednesday, April 25, 2012

ETERNITY MEI 2012

ASSALAMUALAIKUM..

Disebalik kesedihan dan kedukaan yg melanda sebahagian warga blogger masakan dgn kes 'NEVER ENDING STORY', K.Nor nak kongsikan sedikit berita gembira. Bukanlah berita yg boleh gempak sgt pun, sekadar nak berkongsi rasa keseronokan bila hasil penat lelah menjadi blogger masakan diiktiraf oleh pihak media. Walaupun tanpa bayaran yg diterima, insyaallah kita org GMM sentiasa ikhlas berkongsi ilmu yg dipinjamkan dan TAK kedekut utk berkongsi apa jua andai cara yg digunakan adalah dgn betul dan berhemah. Jangan lah mengambil hak org lain dgn sewenang2nya pastu bila perbuatan tu diketahui dan dimaklumkan pd pembuat, kita pulak yg dicerca dan dihambur dgn kata2 yg menggambarkan kita org pulak yg bersalah dlm hal ni padahal dia yg mengambil hak org lain. Dimanakah keadilan dalam hal ni? Dimanakah keikhlasan dalam melakukan pekerjaan yg dikatakan hanya utk berkongsi dgn org lain. Kalau anda ikhlas kenapa perlu dicantas watermark yg tertera pada gambar milik kami? Kita GMM meletak watermark bukan sekadar saja2 nak tayang watermark lawo2 kat gambar tu tp nak maklumkan yg gambar tu milik kita org, hasil dari memasak, menghias, mengambil gambar, mengedit dll lagi. Kerja kita org sbb blogger masakan bukannya mudah, bukannya seperti anda sipencuri gambar yg hanya kerjanya di hujung jari jer. Klik situ klik sini, tekan key tu tekan key ni, siap satu gambar curi. Kerja blogger masakan ni makan masa, wang dan tenaga yg bukan sedikit atau sekejap. Cuba lah fahami situasi kita org ya.. Kalau payah sangat nak faham, cuba jd blogger masakan utk seminggu dua, rasakan camana kerja kita org utk menghasilkan satu entri masakan. Lepas tu baru lah tau rasa pedih dan keciwa bila hal mencuri gambar berlaku pada anda sendiri..

Dah terluah perasaan la pulak pagi ni, nak buat camana org kata sakit peha kanan yg dicubit, peha kiri pun terasa gak. Jom kita kembali ke entri K.Nor utk pagi ni...

~~~~~ X ~~~~~


Pernah dengar majalan online ETERNITY? Tak pernah? Sebelum ni K.Nor pun tak pernah gak! hehe Sehinggalah satu hari K.Nor terima email dari org yg yg incharge dlm ruangan masakan di Eternity tu dan beritau nak masukkan resipi serta gambar masakan dlm majalah online tu. Mula2 mmg rasa was2 gak, yer la sbb tak tau apa pun ttg majalah tu. Lepas bersoal jawab baru la yakin sket tp masa tu tak leh nak bg kata putus. Kalau ikutkan, kalau K.Nor setuju utk hantar resipi dan gambar pada masa tu, semuanya akan ditayangkan dlm edisi April. Tapi sbb K.Nor lambat bg keputusan jadi dia dah offer pada blogger lain. Yer la, camna nak bagi kata putus cepat2, dia nak gambar2 yg belum keluar kat blog, so K.Nor nak kena fikir resipi apa yg nak dibuat kan. Dalam masa seminggu rasanya tak sempat nak buat 4 resipi baru, kang kalau guna resipi org lain, kena kutuk lagi dan lagi dan lagi.. Tak abis2 dgn org yg hati perut tak bersih ni, kita buat elok2 pun jd tak elok di mata hati dia org. Masa tu pulak tengah kecoh kes guna resipi org lain pastu keluar majalah walaupun kita guna hasil gambar masaskan kita sendiri. Sebab tu nak kena cari idea nak create resipi baru. Alhamdulillah dapat gak siapkan 3 resipi baru dan 1 lg tu terpaksa amik resipi omputih yg dah diolah oleh CT (Super Fudgy Brownies). Kebetulan masa tu buatkan brownies tu utk anak dara nak bawak balik ke asrama. Harap CT halalkan ya.. :)



Sila klik gambar utk paparan yg lebih jelas

Ni lah sedikit sumbangan dr SECUBITGARAMNOR67 utk ETERNITY edisi Mei 2012 dan juga buat semua teman2, pengunjung dan peminat SecubitGaram (ada peminat ke? hehe) Terima kasih kepada Tina dan MEDIA GLAM kerana sudi menyiarkan beberapa resipi yg tak seberapa dr SecubitGaram. Insyaallah K.Nor akan letakkan semula (preview) resipi2 tersebut di entri yg akan datang. Terima kasih juga buat semua yg mengunjungi dan menjadi penyokong utk SecubitGaram terus berkarya di hari2 mendatang.. HIDUP GMM!  ^__^


errrkk... panjangnyer pot pet arini! hehe