f Secubit Garam: PARI BAKAR BEREMPAH HARUM

Sunday, April 22, 2012

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran di petang hari Ahad.. Kita layan menu ulangtayang ya.. Saja jer la nak kabarkan pada yg belum pernah mencuba resipi ikan bakar yg sangat sedap ni. Atau pun pada sapa2 pengunjung baru SecubitGaramNor67 yg belum sempat nak gali2 resipi dalam dapur ni, sila2kan lah cuba resipi ikan bakar milik Dayang Jack ni (Dayang guna ikan siakap sbb tu nama resipi kat bawan sinun SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM ya.. ). K.Nor mmg stick dgn resipi ni tiap kali nak buat ikan bakar, tak kiralah guna ikan apa sekali pun (tp selalunya ikan pari yg jadi pilihan). Pastenya tu boleh dibuat lebih dan simpan dlm freezer, time nak guna senang kerja tak perlu buat paste lagi dah, nak2 kepada mereka yg bekerja. Tambah lagi bulan Ramadhan pun dah tak lama lg kan.. Elok sgt buat paste ni banyak2 dan bekukan. Berbuka puasa dgn ikan bakar sangat lah menyelerakan. Jangan lupa perah limau kasturi sebelum menjamu selera ya.. :)


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.