Friday, April 6, 2012

SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN


ASSALAMUALAIKUM...

Akhir2 ni K.Nor mmg suka mencuba resipi ayam panggang. Selain boleh dibuat lauk utk lunch, K.Nor perapkan lebih utk dijadikan dinner sekali. Bukan makan dgn nasi lagi dah, cuma ratah2 gitu jer. Bila diletak carrot, kentang dan tomato, cukup sedap dan mengenyangkan. K.Nor dan suami mmg kurang sket amik yg berat time makan malam. Jadi bila buat ayam panggang gini mmg sesuai sgt la.. Tambah lagi ayam ni akan rasa lebih sedap bila kita perap lama2 kan. 


Sekali lagi resipi K.Nor angkut dr Bangkok nun. Resipi ni hasil gabungan 3 resipi ayam panggang yg dah diolah balik oleh Mek Jah dan hasilnya tak mengecewakan. Sedap, tambah lagi bila dibuat pedas2 sket. Jah,  akak kopipes resipi ya... Tq Jah dan Tq juga kepada owner resipi asal...


SLOW ROASTED ROSEMARY LEMON CHICKEN
Gabungan Resepi : KAMALIA /KAK TTM & SHARM1969@MyR
Ubahsuai : ARAH

sumber : K.Nor

Bahan2 (Seekor ayam sederhana besar)
1 Ekor Ayam (basuh bersihkan dan belah bhgn dada atau ikut kesukaan)
4 biji bawang putih *
4 Batang Daun Rosemary segar buang btg ambil daun* (k.nor guna yg kering)
1 inci halia*
1 ketul kiub ayam knorr*
1 sk lada hitam di tumbuk
1/2 sb paprika> nak pedas boleh lebihkan
1 sk sos tiram
1 sk kicap pekat
1/4 cwn jus lemon
2 sb minyak zaitun
1/2 sb madu
Garam secukup rasa
4 dadu butter**tambahan, tak letak pun takpe

Cara2
Bersihkan dan basuh ayam tadi, potong memanjang di bhgn dada atau ikut potongan yg sesuwai untuk di bakar.
Tumbuk bhn2 yg bertanda * sehingga lumat atau separuh lumat.
Satukan semua bhn2 tadi termasuk sos dan gaul sehingga rata.
Lumurkan pada ayam tadi atas dan bwh, seelok eloknyer menggunakan tgn dan ratakan paste tadi keseluruhan ayam. Tutup dgn cling wrap dan perap selama 1 jam atau lebih (yg ni kita perap 2 jam)
Panaskan oven 160c dan bakar ayam tadi selama 1 jam stgh atau lebih bergantung dgn suhu panas oven masing2, utk setengah jam selepas mula membakar, sapukan kembali bhn perapan tadi, kalau rajin leh ulang lagi selama stgh jam lagi sehingga ayam masak. Boleh di hidangkan dgn sos lada hitam atau sos kegemaran masing2, selamat mencuba!