Friday, May 18, 2012

BINGKA LABU LEMAK MANIS

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama tak bersiaran di awal pagi, tambah lagi di hari Jumaat penghulu segala hari nih. Disebabkan projek dah dijalankan lewat petang semalam jadi tak sempat nak posing smlm (lagipun smlm masih panas2 tak leh nak potong lagi walaupun ramai adik2 duk tiup kat fb supaya kuih ku sejuk dan cepat2 boleh potong hehehe)..jadi boleh lah ditayang awal sket arini :)


Dua hari lepas Rima tayang kuih bingka dia yg hasilnya saaaaaaaaaangat cantik, tak ada gelombang tinggi dan rendah bila lepas bakar tu. Cam biasalah K.Nor pun tanya la berapa suhu dia guna utk bakar sbb biasanya yg menyebabkan kuih yg tak sekata ni disebabkan suhu yg digunakan (masih banyak yg kita perlu belajar walau dipandangan mata org lain kita dah terror dan jangan sekali2 segan utk bertanya. tak jatuh air muka kita kalau kita bertanya apa yg kita tak tau dari menahan ego yg kununnya kita dah teror sgt.. ermm tazkirah di pg Jumaat yg redup dan indah ni.. hehe) Pastu Rima cakap dia guna suhu 165C sbb oven dia kuat panasnya. Sama lah cam oven K.Nor, mmg kuat gak panasnya. Kalau dlm resipi kata guna 180C K.Nor hanya set pada 170C utk pembakaran 1/2 jam yg pertama lepas tu kena turunkan sket suhu kalau tidak mmg crack la kek yg K.Nor bakar tp kalau utk buat muffin yg vulcano mmg elok bila oven kuat panasnya tp kena pandai la jugak control suhu... (Mekasih Rima for the tips). Berbalik pd bingka labu ni, pastu Jun pulak membako diriku, supaya buat gak kuih bako/bingka yg sedap sgt katanya tu... Adehhhh... kebetulan K.Nor ada beli labu (1/4 bj) dan duk landing elok2 dlm esbok, plannya nak buat donut labu lagi hari ni tp dek dibako oleh Jun tu, ku usahakan jugak mencari santan fresh kat pasar tani smlm.


Akhirnya lewat petang smlm baru lah K.Nor godek kuih bingka ni. Alhamdulillah.. cantik jer hasilnya bila K.Nor guna suhu 160C. Naiknya pun agak sekata dan bila dikeluarkan dr oven, hasilnya pun cantik. Terus K.Nor share kat fb, tu la ramai yg duk suruh potong sbb nak tengok kejadian bahagian dalam kuih. Tapi kuih gini tak leh potong time panas2, tak elok nanti potongannya tu. Kena tunggu betul2 sejuk baru cun (kalau sekadar nak ngap mmg dah ku potong masa suam panas tp sbb nak shooting mmg kena tunggu sejuk dulu la.. kalau tak sememehnyer nanti kuih ku hehe)

Gambar yg k.nor share kat fb smlm (shoot guna henpon jer hehe)

Alhamdulillah.. memang sedap dan enak bagai dikata Jun tentang kuih ni. (tak sia2 Jun membako K.Nor kan hehe) K.Nor tak pasti Rima guna resipi mana sbb smlm Rima masih belum post lagi entri berkaitan dgn kuih bingkanya tu. K.Nor ikut resipi yg Jun guna sbb Jun dah pun post entri kuih bingka yg dibuatnya. Jun guna resipi dari Yatie dan K.Nor pun ikut resipi yg Jun guna gak lah.. Mekasih buat kesemua mak dara pingitan ni Rima, Jun dan Yatie dan izinkan K.Nor share resipi Yatie tu kat sini gak ya... 

BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun
sumber : K.Nor

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.


*K.Nor buat 1/2 adunan dan bakar dgn suhu 160C selama 1 jam