Monday, May 28, 2012

BLUEBERRY TIRAMISU

ASSALAMUALAIKUM..

Nak mintak ampun sangat2 ya.. dessert hari ni sebenarnya dah lama K.Nor buat. Memang betul2 lama kali ni, akhir tahun lepas tau.. Masa K.Nor buat ni Along masih ada kat rumah, masa tu dia balik bercuti time winter 2011. Punya la lama duk terperam dlm external hard disc, sekali simpan gambar2 baru dlm external hard disc tu sekali terpandang, nak amik dan tayang, terlupa lagi.. ermmm.. Bila dah amik, selalu jer kena potong que di masakan yg lain.. Macam2 alasan kan.. Sekali tu tengok Mekna tayang Blueberry Tiramisu dia kat fb baru teringat nak post yg belum diupdate ni, pastu lupa balik.. dah makin tuo ni makin hilang memori kan.. sedih betul... 


Takper lah.. kali ni kena buat gak entri yg dah 6 bulan lebih terperam ni. Along pun dah nak balik, kali ni balik for good. Insyaallah awal bulan Julai dia akan balik kerana dah tamat pun pengajian dia kat Jordan. Yer.. dah 5 tahun dah.. sekejap jer masa berlalu kan. Alhamdulillah.. dah bergelar doktor gigi sekarang ni, cuma tak secara official jer lagi :) 5 tahun skrg ni tak mcm 5 tahun dulu2, pejam celik pejam celik dah 5 tahun. Masa dia mula2 ke Jordan dulu K.Nor masih aktif dlm forum Myresipi. Masih terbayang suasana menghantar dia kat KLIA dulu.. cepat sungguh masa berlalu kan... Ok lah.. kita berbalik pd entri hari ni.. tak leh nak pot pet banyak2.. cuti sekolah ni jadual ku tersangat padat. Ni pun mencuri masa sekejap nak menyiapkan entri setelah 2 hari menyepikan diri. Komen2 kat entri lain pun tak sempat nak dibalas.. haihhhh... 


BLUEBERRY TIRAMISU, resipi tiramisu kesukaan K.Nor dan anak2. Resipi asal milik Rabiatun, K.Nor dah pernah buat dulu, kat SINI dan kat SINUN tapi dlm versi strawberi la.. Memang sedap layan tiramisu sejuk2 ni tp lemak2 pun bergendang gendut gak dalam body.. Diet?  no diet2 dah.. wat derk jer skrg ni, diet ke tak diet ke, sama jer.. Jarum penimbang dah rosak agaknya, tak nak bergerak ke kiri, duk ke kanan jer.. Tak kuasa dah nak melayan diet2 nih.. 

Yg ni versi guna biskut marie perisa kopi. Disebabkan masa tu nak buat sgt2 tiramisu tp stok biskut lady's finger hanya ada sket jer, jadi K.Nor gunakan biskut marie sebagai ganti. Biskut tu K.Nor celup kejap dalam air bancuhan nescafe utk melembutkannya.. K.Nor gunakan plastik keras yg biasanya anak2 buat buku scrap tu dan K.Nor buat bentuk bulat mengikut saiz biskut marie.. ishh.. sori sgt, lupa nak snap gambar step by step.. insyaallah lain kali kalau K.Nor buat, K.Nor akan tayang ya.. tu pun kalau ada permintaan ^__^
* kalau nak buat versi mcm yg K.Nor buat ni, guna plastik gini kena masukkan sedikit serbuk agar2 dalam sirap blueberry supaya ia dpt shape up dan tak meleleh.. tp kalau nak versi letak dlm cup atau bekas, tak perlu letak serbuk agar2.. agar2 tu lebih kurang 1/3 sudu teh dan dipanaskan dgn air hingga larut baru dicampurkan filling.



STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry/strawberry segar

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup