Tuesday, May 1, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

ETERNITY FOOD REVIEW 2

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat hari pekerja buat semua yg bekerja terutamanya surirumah sepenuh masa. Sudah pastinya hari ni kita tetap bekerja, tak diberi cuti pun kan spt pekerja2 lain yg makan gaji. Memang tak leh amik cuti pun, batang penyapu tetap nak kena pegang dan hayun, sponge kat sink dapur tetap nak kena tenyeh2 kat pinggan mangkuk. Kain baju tetap nak kena basuh, jemur dah lipat. Sememangnya surirumah tetap perlu bekerja walau di Hari Pekerja.. hehe.. agak2 kalau kita claim triple pay, 'majikan' kita bayar tak? Lumayan gak tu kalau betul2 diberi kan.. hehe

Untuk para pekerja tak kira lah bekerja dgn org lain ke, kerja sendiri ke... KERJA LAH DGN AMANAH DAN JUJUR. Dan paling penting kerjalah kerana ALLAH, insyaallah berkat segala apa usaha kita dan rezeki yg kita dapat utk menyara keluarga. Dengan rezeki yg berkat ni lah dapat mendidik anak2 agar menjadi anak yg soleh dan solehah, baik akhlak dan pergaulan.. serta menyejukkan hati kita sebagai ibubapa...


Berbalik pd entri hari ni, ingin K.Nor kongsikan satu lagi resipi yg telah dimuatkan dlm ETERNITY, MEI 2012 yg cover depannya si Arun anak Pak Ajis yg menjadi pujaan ramai kaum wanita akhir2 ni kan (ermmm.... tak termasuk K.Nor tau.. hehe). SUPER FUDGY BROWNIES ni pernah K.Nor post sekali sebelum ni, resipi hasil terjemahan dan olahan CT Delima ( tq ya.. ) yg semakin fofular tu, baru jer keluar majalah AROMA, tahniah CT :)  Kebetulan K.Nor ada buat brownies ni utk Aisyah bawak balik ke asrama masa tu, jadi K.Nor sempat lah posing sket brownies ni dan pilih ia sebagai salah satu resipi yg akan diberikan pada Eternity. Memang sedap brownies ni.. chewwy dan juga yummy! Nak buat pun mudah pulak tu. Pada sapa2 yg belum mencuba resipi brownies ni, jom la buat.. Insyaallah sedap :)





SUPER FUDGY BROWNIES
sumber : CT Delima
resipi olahan : K.Nor

Bahan-bahan:
120 gm mentega
220 gm coklat masakan
190 gm gula perang
130 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
3/4 cawan coklat chip
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee/mocha emulco

Bahan untuk ditabur:
kepingan badam dan coklat chip secukupnya

Cara-cara:
Alaskan loyang 10" x 10" dengan baking paper dan lebihkan bahagian tepi bagi memudahkan kita mengeluarkan brownies nanti.
Gris/sapukan baking paper dgn sedikit mentega. Ketepikan.
Panaskan oven dengan suhu 180C.
Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan coklat chip diayak bersama.
Asingkan coklat chip tadi ke dalam bekas yg lain.
Carikan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan kaedah double boiler. Padamkan api.
Kemudian masukkan gula perang dan kacau dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Masukkan pula esen vanila dan coffee/mocha emulco (boleh digantikan dengan serbuk kopi segera) dan kacau lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga rata secara perlahan-lahan.
Seterusnya masukkan bahan-bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata dan kemudian masukkan coklat chip.
Jangan kacau terlalu lama, sekadar coklat chip bercampur dan tiada nampak kesan tepung lagi.
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan kepingan badam dan coklat chip.
Bakar sehingga masak, lebih kurang 45 - 50 minit.
Keluarkan dari oven dan biarkan selama 30 minit, barulah diangkat keluar dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan sejuk dahulu barulah dipotong.
Hiaskan mengikut kesukaan masing-masing atau boleh juga dimakan begitu saja.