Friday, June 29, 2012

AROMA, Edisi Julai 2012

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah.. bersua lagi di blog yg makin suram dan makin sepi dek kebizian yg semakin ketara melanda tuan rumah. Kebizian ni akan berterusan selama 1 - 2 minggu lagi. Skrg ni mmg tengah tahap kemuncak kebizian tu.. tak dapatlah K.Nor uar2kan kat sini (hanya sebilangan teman2 jer yg tau hal ni) tp insyaallah akan diuarkan gak bila tiba masanya nanti. Bukanlah niat hati nak menunjuk2 tp sekadar memaklumkan aje.. tunggu la ya tiba saatnya nanti ^__^

Kalau ikutkan smlm dah nak post entri kesinambungan dr Jalan2 @ Jordan Part 6 tp terpaksa ditangguh sbb .. emm atas banyak sbb.. Kalau duk ulang ayat bz kang ada yg muak lak.. tp tu lah hakikatnya, bila semua perkara terpaksa diuruskan berdua ni.. Memang semput dan mcm nak pitam pun ada tp insyaallah semuanya utk kebaikan seisi keluarga gak di masa akan datang.. Jadi kita tangguh dulu part 6 episod pengembaraan kat Jordan tu ya.. 

Gambar dr FB Puan Akmar, tq ya..
Berbalik pada entri hari ni yg diberi laluan khas utk keluar di pagi Jumaat nan mulia ni. Seperti ramai geng2 FB yg dah tau, ni lah dia Majalah AROMA bg edisi Julai 2012 yg baru keluar di pasaran. Dah 2 hari duk mencari di KTrg ni tp tak jumpa, last2 smlm lupa pulak nak cari masa keluar utk settle yg perlu tu.. Last2 smlm dpt sms dr Noorsha yg mengucapkan tahniah sbb keluar dlm Majalah AROMA. Dalam hati dah syak mesti Noosha pun keluar gak, kalau tak takkan awal2 dia dah tau.. hehe.. Memang K.Nor tak maklumkan pada sesiapa yg K.Nor dan resipi2 bakal keluar dlm majalah, mmg suka diam2 kan aje.. Biarlah kita low profile gitu dr dihebohkan sekampung kan..  Alaa.. sekadar blogger masakan yg seadanya, yg dah suam2 siku ni kan.. hehe Blog pun dah jarang2 update skrg, harap2 lepas 2 minggu nanti akan kembali aktifkan blog, cukup lah sekadar 1 entri sehari.. insyaallah..

Berkaitan Majalah AROMA ni, K.Nor dihubungi oleh Puan Akmar melalui email dan juga di FB akhir bulan Mei dan pd hari2 terakhir Mei tu barulah Puan Akmar minta resipi2 beserta gambar2 utk dimuatkan dlm AROMA Julai. Masa tu awal cuti sekolah dan K.Nor pun dlm masa yg sama duk buat persiapan anak2 yg akan balik ke asrama bila bukak sekolah nanti. Memang kena prepare awal2 sbb pd minggu ke2 cuti sekolah tu K.Nor akan ke Jordan utk hadiri majlis graduasi Along. Takkan nak tinggalkan anak2 gitu jer kan, so K.Nor kenalah prepare siap2 utk anak2 ni. Jadi K.Nor mintak Puan Akmar senaraikan resipi yg dia nak dan K.Nor hanya cari gambar2 asal dlm external hard disc. Lebih kurang 21 resipi masakan dan dessert yg dipilih dan bila banyak ni, memang mengambil masa gak nak mencari dan mengedit sket2 gambar tu kan. Tambah lagi lepas tu dpt satu lg offer dari majalah lain yg perlu diserahkan sebelum K.Nor ke Jordan. Semua nak kejar dateline.. mmg rasa nak pitammmm!! hehe Masa tu gak Shidah ajak jumpa, tu pun kena mintak Shidah tunggu sampai kerja K.Nor settle hari tu. Kesian Shidah, dah 2 - 3 kali balik KTrg nak jumpa K.Nor tak kesampaian.. so lepas settle kerja yg patut (bukan setakat hal majalah ni aje, hal2 lain pun ada, ke hulu ke hilir hari tu lewat petang tu baru dpt call Shidah dan set utk jumpa walau sekejap. Mekasih Shidah sbb sudi dtg jumpa K.Nor dan sebab sgt memahami :)

Bila tiba part nak gambar profile utk dimasukkan ke AROMA, K.Nor pulak tak ada gambar secara solo. Dah mmg jenis tak suka bergambar tambah lagi secara solo, terpaksa lak ke satu tempat utk shooting. Tu pun puas cik abg dan Naim pujuk suruh gi shooting.. Yerlah .. masa tu mana nak settle hal gambar dan resipi lagi, hal nak ke Jordan lagi.. mmg kelam kabut sgt. Tapi tak nak menghampakan Puan Akmar (asalnya kata beliau crew majalah nak datang buat photoshoot kat rumah K.Nor, dah K.Nor ni duk jauh di KTrg jd dia minta K.Nor hantar gambar K.Nor jer la..), K.Nor pun gi la shooting awal2 pagi kat tempat tu.. Alhamdulillah.. terhasillah gambar utk profile spt dlm majalah ni. Terima kasih pd Cik Abg yg jd jurugambar peribadi dan Naim yg jd pembantu pegang reflector.. hehe

Bila tiba part nak mengarang tentang profile diri, ahhh.. buntu.. Mana nak dtg idea dlm keadaan kelam kabut kan.. otak duk fikir mcm2 benda yg nak kena settle, last2 K.Nor cerita sedikit sebanyak perihal diri dan jugak blog, berdasarkan guideline/point yg Puan Akmar bg dan dia akan karang dan edit balik utk dimasukkan ke majalah.. Alhamdulillah.. Tentang resipi pun K.Nor tak sempat nak edit penggunaan tatabahasa dan ayat2 tu. Maklum lah, post kat blog ni ayat main lebih kurang jer kan, kalau utk buku tak leh la.. kena lebih tersusun. Tu pun Puan Akmar kata dia akan olah balik cuma K.Nor bg link bg resipi2 dlm email yg dihantar bersama gambar2. Terima kasih Puan Akmar atas semua pertolongan yg diberikan tu ya.. :)

Jom lah layan 11 resipi yg tersiar di Majalah AROMA edisi Julai 2012 ni. Kesemua resipi dah pernah keluar dlm blog (resipi2 ni yg dipilih sendiri oleh pihak Puan Akmar). K.Nor tak akan buat Food Rewiew kali ni, sbb kesemua resipi dah pernah post kat blog ni dan disebabkan kekangan masa yg K.Nor hadapi skrg. Kalau nak tengok resipi sila klik link pd nama resipi di bawah gambar2 tu ya..

Terima kasih K.Nor ucapkan pada pihak Majalah AROMA dan juga kepada Puan Akmar yg sudi melamar K.Nor dan SecubitGaram utk tampil dlm majalah AROMA kali ni. Terima kasih juga buat Cik Abg dan anak2 yg sentiasa memberi semangat dan membantu dlm pelbagai cara dlm perjalanan blog SECUBITGARAMNNOR67.COM dari awal perjalanan blog hinggalah ke saat ni. Juga tak lupa pada semua teman2 blogger maupun non blogger, pengunjung SGN67 yg sentiasa memeriahkan kehidupan K.Nor  di alam maya ni (terutamanya GENG MASAK2 yg disayangi, u know who u are ^__^). Opss... nak berterima kasih juga pada sister K.Nor di Puchong dan anak2nya yg disayangi yg sentiasa memberi sokongan dan memahami perjalanan hidup K.Nor sebagai sorang blogger. Sayang anda semua ^__^









Di kesempatan ni K.Nor nak selitkan jugak sisipan khas utk NOORSHA yg turut sama muncul dlm Majalah AROMA bersama2 dgn K.Nor kali ni. TAHNIAH NOOR! Double Nor yg muncul dlm AROMA kali ni kan, NOR dan NOOR. Ada persamaan dlm kehidpuan K.Nor dgn Noorsha ni, hanya yg terdekat jer yg tau, kan Noor :) Terima kasih Noor sbb maklumkan dlm sms semalam dan semoga Noor akan teruskan blogging lepas ni ya.. jgn bela semak samun bnyk sgt kat blog tu, kang nak raya.. tak berseri rumah lak nanti.. hehe (Noor, bila diperhatikan dlm majalah tu, hanya kita berdua jer blogger, yg lain2 tu semua chef2 la.. hehe)

(klik gambar utk paparan lebih jelas ^__^)