Friday, June 15, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 1

ASSALAMUALAIKUM..

Salam petang Jumaat semua.. semoga kita semua dlm limpah rahmat dan keberkatanNya dan juga diberikan kesihatan yg baik untuk meneruskan tugas harian.. amin...

Meh ler nak tayang gambar2 yg diambil sepanjang percutian aka pengembaraan K.Nor ke Jordan baru2 ni yg tujuan utamanya utk menghadiri majlis graduasi anakanda sulong K.Nor pada 5 Jun 2012. Sebelum tu nak beritau (K.Nor bg tau dulu sebelum ada yg bertanya hehe ) K.Nor berlepas dr K.Trg pd hari Rabu 30 Mei, flight malam ke KLIA bersama sorang ibu kepada pelajar yg juga akan grad bersama pelajar2 lain dlm pergigian dan perubatan di JUST (Jordan University of Science & Technology). Lepak kat airport selama 2 jam kemudian datang lagi sepasang suami isteri yg akan turut serta dgn K.Nor. Jadi kita org pergi berempat (utk makluman, cik abg tak leh pergi, dia kena jaga anak2 sbb masa tu kan cuti sekolah dan nanti anak2 nak balik ke asrama tak ada org nak tulun hantarkan.. dan ditambah dgn beberapa aral yg lain, so terpaksalah K.Nor pergi tanpa cik abg kan.. mood: mmg sedih.. 1st, sbb tak pernah berpisah dgn anak2 dan suami sejak berkahwin selama ni dan 2nd, sbb teringin sgt nak gi jalan2 dgn dia sbb tau dia mmg nak sgt ke Jordan, nak amik gambar dan juga nak merasai sendiri suasana majlis graduasi anakanda.. tp apakan daya.. terpaksa berkorban ... tak perlah.. dah balik pun :)

K.Nor dan parents yg lain berlepas dr KLIA ke Dubai dgn flight Emirates pd pkl 2am, 31 Mei 2012 dan sampai kat Dubai (pkl 4:50am waktu Dubai), kita org transit selama 8 jam. 8 jam tu la duk lepaking kat airport Dubai yg besar dan hebat tu. Pastu pkl 2pm baru fly ke Amman, Jordan dan tiba lebih kurang pukul 4:15pm.. Memang fening wehh duk dlm flight lama2.. Alhamdulillah, kita org selamat sampai kat Amman dan anak2 dah menunggu utk membawa kita ke tempat dia org tinggal iaitu di Irbid, Jordan. Tu amik masa lebih kurang 2 jam perjalanan dgn kereta. Memang amat meletihkan sbb perjalanan memakan masa hampir 24jam bermula dr check out kat rumah ni hingga lah sampai ke rumah penginapan Along di Irbid. Malam tu tak kemana2, titun jer sampai pagi.. hehe

Pada hari ke 2, baru K.Nor keluar jalan2 bila Along bawak K.Nor jalan2 cari makan kat Amman bersama sorang kawannya selepas solat Jumaat. Sebelum ke Amman, Along bawak K.Nor round2 kat JUST, sambil dia drive dan sambil tu K.Nor shoot gambar. Masa tu mmg kawasan U tu lengang jer, so senang nak shoot :) Gambar2 yg akan ditayang kat bawah ni K.Nor shoot sendiri, kadang tu masa kereta bergerak dan majoritinya diambil dlm kereta. So paham2 aje la ya bila gambar tak elok tu.. Cameraman opss.. camerawoman bukannya pro pong.. hehe

Ok jom layan sedikit gambar JALAN2 @ JORDAN, Part 1.. Kita warm up dgn gambar sekitar JUST dulu ya.. Insyaallah akan disambung lepas ni (esok2 la pulak.. ni pun tak larat nak pilih gambar banyak2 nih.. :)


Sila klik gambar utk paparan yg lebih jelas..

Kita mulakan dgn gambar unta ya.. 
Biasalah kalau dah gi negara Arab, ni ler yg banyak kat sini, kat tepi2 jalan terutamanya kat kawasan org Badwi. Lagipun unta ni mmg posing special utk K.Nor ambil gambar, dia dah tau la tu nanti nak enterpreme kat SecubitGaram hehehe..

Unta ni special sket, unta albino .. kesian dia, sopek2 bulunya tu :)

Main gate U


Stesen bas dlm kawasan U

 Tasik kat dlm kawasan JUST

 Administration office

Library

Juga library tp dr angle berlainan

Masjid JUST

Administration office juga tp dr angle berlainan


Workshop tempat student engineering buat latihan

Cafe U

 Fakulti Pergigian

Fakulti Kejururawatan

Hospital U 

 Gym dan swimming pool tertutup

Ni lah stadium tempat berlangsungnya majlis graduasi baru2 ni...