ASSALAMUALAIKUM...
Seperti yg dah dijanjikan sebelum ni, kita teruskan dengan tayangan gambar2 yg diambil sepanjang perjalanan K.Nor ke bandar Amman pada hari ke dua tibanya K.Nor di bumi Jordan. Jgn komplen ya sbb banyak gambar2 yg blur sbb camerawoman tu shoot dr dlm kereta yg bergerak heee...
Gambar2 yg diambil ni adalah selepas K.Nor keluar dr perkarangan JUST spt dlm entri INI. Kalau ikutkan tak ada cerita atau gambar yg menarik sgt pd entri kali ni tp sebagai memenuhi impian teman2 lain yg belum berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Jordan, jadi K.Nor tayang la sket gambar sepanjang perjalanan K.Nor ke Amman.
Untuk pengetahuan semua, kat Jordan ni agak jarang2 ditemui rumah atau bangunan yg berwarna (berwarna terang terutamanya) Majoriti rumah dan bangunan di sana berwarna tanah spt yg dpt dilihat dlm gambar2 dibawah. Ni mungkin disebabkan persekitaran sana yg berdebu menyebabkan debu2 tu mudah melekat pada rumah/bangunan. Dinding2 binaan (rumah/bangunan) boleh dikatakan kesemuanya dipasang tiles yg senada warnanya. Dan disebabkan angin yg kuat dan menyebabkan pesekitaran yg berdebu, pokok2 pun dilitupi debu2 seakan salji kelabu hehe.. Kata Along, time winter atau selepas hujan turun baru lah nampak kehijauan pada pokok2 disana.. Masa tu baru lah nampak cantik persekitaran di sana..
Jom la layan sedikit gambar sepanjang jalan ke Amman sambil kita menyelami kehidupan penduduk di sana.. Insyaallah dlm part yg akan datang akan ditayangkan siri jelajah oleh para ibubapa bersama anak2 ke beberapa tempat bersejarah, selama 3 hari berturut dgn menaiki 4 buah mpv.. Bukan tak nak tayang sekaligus, tp tukang membebel ni tak larat nak pilih gambar yg hampir 2ribu tu.. sbb tu perlu dipilih sedikit2 dan dipecahkan kepada beberapa n3..
3 gambar teratas ni adalah penempatan kaum Badwi yg hanya tinggal di padang, dlm khemah2 jer.
Ni cantik kan, dia org jual air kopi.
Mengikut kata Along, Permaisuri Rania Al Abdullah pernah singgah minum air kopi kat situ.. :)
Balai bomba ^__^
Liku2 perjalanan, naik dan turun bukit...
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Amman, di sana sini org duk jual kat bahu jalan.. Ada mcm2 yg dijual, tp yg dpt K.Nor pasti adalah kekacang..
Tp yg paling best tengok dia org jual buah.. cara dia org susun tu, sangat menarik :)
Empangan air..
Sesuatu yg sangat menarik bila melihat lori pickup dia org yg kalerful ni..
Kebanyakkan lori pickup dia org mmg gini.. :)
ermmm.. dah order sebiji lamborghini kat sini tp dia org silap hantar ke alamat lain kut.. heeeeeeee.....
Ingat citer NurKasih? Perasan tak ada adegan shopping ke apa ntah kat Mekah kununnya.. tp dlm adegan tu terpampang MECCA MALL ni. Dia org bukan buat shooting kat Mekah tp kat AMMAN! hehe.. Along dah perasan hal ni masa tibi3 duk tayang citer ni dulu lg.. Yg adegan kat padang pasir tu pun kalau tak silap dia org shoot kat WADI RUM (Wadi Rum pun merupakan salah satu tempat kita org lawati hari tu.. mmg syok gi situ, sangat adventure hehe) dan bukan kat Mekah gak .. ramai yg tertipu kan.. ^__^
Jumpa dlm part seterusnya... ^__^