f Secubit Garam: JALAN2 @ JORDAN, Part 3

Tuesday, June 19, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 3

ASSALAMUALAIKUM..

Kita teruskan tayangan pengembaraan ke Jordan Part 3 lak ya.. * kali ni semua gambar2 anakanda yg shoot ya.. :)


Awal pagi Sabtu, 2 Jun, K.Nor bersama rombongan parents dan anak2, dengan menaiki 4 buah MPV yg disewa khas oleh anak2 kita org menuju ke destinasi pertama, Makam Nabi Yusha' yg terletak di A Salt. Makam ni terletak di kawasan yg agak tinggi dan dalam satu kawasan dgn masjid. Kebetulan imam masjid ada di situ hari tu dan dialah yg memberikan penerangan tentang Nabi Yusha' AS. Katanya walaupun nama Nabi Yusha' tidak disebut dlm Al Quran tp ada diceritakan dlm surah Al Kahfi bersama Nabi Musa AS. Pak Imam yg memberikan penerangan tu bercakap dlm bahasa Arab dan salah sorang rakan Along (Tg Nadirah,mekasih Irah :) telah menterjemahkan/menceritakan  balik dlm Bahasa Melayu utk memudahkan parents yg tak reti bahasa Arab hehe.. Menurut Pak Imam ni, dia asalnya dr Palestin dan pernah keluar dlm rancangan Jejak Rasul. Orgnya sangat peramah dan baik hati... kiranya glamer gak la Pak Imam ni kan.. :)


Menurut Pak Imam ni, di Makam Nabi Yusha' ni mmg terdapat jenazah Nabi Yusha' dikebumikan. Katanya tak dpt dipastikan samada jenazah itu sememangnya tinggi atau ditanam di bahagian mana, sama di bahagian atas, tengah atau bawah (mengikut panjang kuburnya tu).. wallahua'lam katanya.. Apa yg pastinya mmg terdapat jenazah Nabi Yusha' AS disemadikan di situ.




Sehabis dia bercerita sedikit sebanyak tentang Nabi Yusha' AS, dia terus mengadap kiblat dan berdoa (katanya doa org2 musafir insyaallah dimakbulkan Allah.. lebih kurang gitu lah ayat dia ya... hhehe). Semasa duk mengaminkan doa Pak Iman, hati K.Nor terasa sayu sgt.. Tak sangka dapat menjejakkan kaki ke bumi Anbiya yg selama ni tak pernah pun diangan2kan.. Tambah lagi bila pergi ke sana tanpa Cik Abg yg K.Nor tau dia sangat2 nak ke sana, bersama2 menyaksikan sendiri apa yg telah K.Nor alami sepanjang percutian ke Jordan, melihat anak yg bakal menerima ijazah.. mmg buat air mata ku menitik.. Semoga satu hari nanti dia diberikan kesempatan (bersama dgn ai la kan.. heeee...) utk menikmati semua ni biarpun ditempat bersejarah lain pula..amin....


 Bergambar kenangan bersama sebahagian parents dan anak2 (rakan2 Along) yg turut sama pergi 




Keluar dr makam ni, kita org naik ke bahagian atas utk menikmati air yg mata air yg sangat sejuk spt air dlm esbok (sejuk tu rasa mcm letak ais jer). Nyaman sungguh anak tekak dpt minum air fresh dr bumi Allah ni.. Maklumlah kat sana cuaca mmg amat panas terik. Bila dpt minum air yg sejuk ni mmg satu nikmat yg tak terkata.. Alhamdulillah....


Siap ada yg tadah botol bawak balik naik MPV :)


Nampak tak sayup jer pemandangan dlm gambar ni. Kita org pergi ke hujung jalan bersebelahan masjid (ada tembok di sepanjang jalan tu) ukt melihat pemandangan yg terbentang. Disebabkan masjid ni terletak di tempat tinggi, jd mmg nampak jelas kawasan sekitar. Menurut Pak Imam, di seberang lembah (mcm alur kat tengah2 tu) adalah Palestin dan Jericho. Kalau tak silap dlm jarak 31 - 35km gitu la..Palestine di sebelah kanan dan Jericho di sebelah kiri.. Tak jauh sangat dah kalau menyeberangi kawasan tu utk terus ke Palestine kan.. :)

~ ~ ~ ~ ~ ~ X ~ ~ ~ ~ ~


Selepas bertolak dr Makam Nabi Yusha', kami menuju ke Lembah Syuaib utk menziarahi Makam Nabi Syuaib AS. Tak banyak dpt diceritakan tentang kisah Nabi Syuaib AS sbb pencerita yg bertugas aritu tak cerita banyak dan tak mesra sgt. Hanya Tg Nadirah yg memberikan sedikit sebanyak penjelasan tentang kisah Nabi Syuaib AS pd kita org. Masa berada di Makam Nabi Syuaib kami bertembung dgn satu rombongan umrah dr Malaysia yg dikelolakan oleh Andalusia kalau tak silap. Sebab tu tak leh berlama dlm makam tu, utk bg peluang rombongan tu pulak masuk.



Khusyuk kaum ibu (dan nenek) mendengar penceritaan oleh Tg Nadirah..

Seperti biasa, group photo mmg tak leh miss :)


Dah... tutup panggung utk kali ni.. To be continue dgn citer2 kat Laut Mati lak.. Esok2 la ya.. ^__^