Monday, June 25, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 5

ASSALAMUALAIKUM...

Salam di pagi Isnin yg terang benderang.. Baru jer abis bergurau senda dgn teman2 kat fb, kisah lelongan hero2 kesayangan.. Memang menghiburkan.. hehe.. Jom kita sambung episod jalan2 ke Jordan, kali ni kita ke Gua Ashabul Kahfi,  lebih kurang 7km dr Amman.




Lawatan ke Gua Ashabul Kahfi ni diteruskan setelah keluar dari Laut Mati (dlm part 4). Ketika ahli rombongan yg menaiki 4 buah mpv sampai ke perkarangan Masjid Kahf Ahlil Kahf, dah hampir waktu Asar, tp matahari masih terik memancar.. mmg panas sungguh! Sementara menantikan org yg akan menceritakan sedikit perihal Gua Ashabul Kahfi, ahli2 rombongan ke masjid dulu utk sama2 berjemaah solat Asar. Yg sedang 'bercuti' tu duk la melepak kat taman di hadapan perkarangan masjid sambil 'tembak' bunga2 yg sedang mekar yg menghiasi sekitar taman kecil tu.. Antara bunga2 yg ada adalah bunga ros dgn pelbagai warna (tak leh nak shoot sgt sbb matahari yg terik, gambar tak cantik ler) dan juga satu bunga yg buat K.Nor sangat teruja, bunga lavender! Bukan senang weh nak tengok lavender dpn mata ni, dapat hidu keharumannya lagi.. Mana ada kat Malaysia, kan! Yg artificial tu banyak ler hehe..

LAVENDER!! ^__^





 Ok lah.. dah layan intro sket tu, jom kita layang Gua Ashabul Kahfi..  Gua di mana 7 org pemuda telah tidur selama 307 tahun dan ditemani oleh seekor anjing yg menjadi penjaga pintu gua,bernama Qitmir. Kisah ni terdapat dlm Al Quran dlm surah Al Kahfi (adalah sangat digalakkan membaca surah Al Kahfi pd malam Jumaat). Kalau nak tau citer lebih lanjut tentang Gua Ashabul Kahfi ni sila ke BLOG NI, sbb empunya blog ni telah menceritakan secara detail kisah tentang 7 pemuda bersama anjing dan juga gua tempat di mana mereka telah tidur selama 309 tahun lamanya.. terima kasih kepada empunya blog.. 


Pemandangan gua dr jauh
Boleh nampak binaan yg terdapat di atas gua tu kan.. tu lah tapak masjid yg telah dibina di zaman dahulu
Pintu masuk ke gua
Ukiran bintang lapan segi yg dikatakan bukti zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke 3 M
Di sebelah kiri pintu gua terdapat 3 keranda batu
Terdapat 4 keranda batu di sebelah kanan pintu gua, salah satunya terdapat lubang (spt yg nampak dlm gambar seorang lelaki sdg mengambil gambar melalui lubang tersebut)
Tulang2 yg dapat dilihat melalui lubang pd keranda batu tu (tak pasti  dr mana asal usul tulang2 tu)
Artifak yg terdapat di dalam gua
Pemandangan  kawasan sekitar dr tapak runtuhan masjid di atas gua
Tapak masjid yg masih ada membuktikan wujudnya bangunan/masjid yg pernah didirikan spt yg terdapat dlm Surah Al Kahfi yg membuktikan situlah letak sebenar Gua Ashabul Kahfi
Lubang yg terdapat di atas gua, yg dikatakan memberikan udara dan cahaya kepada  pemuda2 yg tidur di dlm gua  dulu
Group photo yg cukup kesemua ahlinya ^__^

* Maaf lah, tak dapat nak shoot bahagian dalam gua dgn lebih baik sbb ruang dlm gua tu tak luas mana pun dan pengunjung pulak agak ramai ketika tu (termasuk pengunjung2 lain selain group rombongan K.Nor)