ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah.. dapat kembali bersiaran secara live setelah 12 hari berada di perantauan. Yg sebenarnya entri2 sepanjang 2 minggu lepas adalah entri berjadual, yg telah K.Nor siapkan sebelum berangkat ke Jordan dan ada gak yg dibuat semasa berada di Jordan. hehe jangan marah ya.. sengaja K.Nor buat gitu supaya tak ketara sgt ketiadaan K.Nor sepanjang berada bersama2 anakanda di Jordan. Nanti kalau tak ada entri, org duk tertanya2 kemana menghilangnya empunya diri, kang duk tayang menu yg sama jer sepanjang 12 hari tu. Sajalah tak nak heboh2kan yg K.Nor akan ke luar negara, kang ada yg meluat pulak, lagipun K.Nor lebih suka low profile gitu kan.. hehe.. Jadi K.Nor tak cakap dgn sapa2 kecuali famili terdekat yg tau dan selain dr tu hanya 3 geng blogger yg tau.. u know who u are :) Adalah sebab2 kenapa K.Nor beritau dia org ni.. So yg lain2 jgn jeles ya.. :)
Seperti yg dah ramai tau, anakanda sulong K.Nor, Mohd Shukri Tolahah telah mengambil pengajian dlm bidang pergigian di Jordan dan telah berjaya dlm final examnya pada akhir Mei baru2 ni setelah 5 tahun bergelut dlm pelajaran dan kehidupan di bumi Jordan.. ALHAMDULILLAH.. Terbayar sudah pengorbanan yg dilakukannya selama 5 tahun di sana dgn kejayaan yg dimiliki. Syukur dipanjatkan pada ILAHI atas segala rahmat dan keberkatan yg dilimpahkan pd anakanda dan K.Nor sekeluarga.. Lepas ni adalah DR. pada pangkal nama anakanda ku itu .. hehee Si ibu cuma tumpang happy jer kan .. Insyaallah lepas ni dia akan pulang berkhidmat pd negara dan mula kerja pada awal bulan September. Posting tu jgn tanya la ya sbb tak confirm lagi kat mana... Semoga dpt berkhidmat di negeri sendiri .. aminn... (tak boleh nak buka klinik sendiri lg sbb terikat dgn kontrak selama 10 tahun.. biasalah kalau pengajian ditanggung sepenuhnya oleh JPA ni kan.. )
K.Nor mulakan entri sepanjang ke Jordan ni dgn Majlis Grad anakanda dulu ya.. Insyaallah akan menyusul gambar2 yg diambil sepanjang lawatan ke bumi Jordan spt Makam Nabi Yusyak, Makam Nabi Shuaib, Kubu Salahudin al Ayubi, Laut Mati, Petra dan pelbagai tempat lagi.. Terlalu banyak gambar2 utk dipilih, diedit dan pastu nak upload dan dijadikan entri pun makan masa gak. Dengan badan yg baru nak pulih dr keletihan dan sakit urat2 serta kemengantukan yg menjadi2 (biasalah tu kan kena jet lag kalau dah travel yg jauh dan makan masa yg lama serta perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu yg amat jauh dan dilambung dlm mpv yg agak uzur.. ) Sabar menunggu ya.... :)
Anak mak yg sentiasa encem ^___^
Parents yg sabar menanti saat majlis dimulakan..
Majlis diadakan secara open air di stadium JUST
Majlis bermula pukul 7ptg tp matahari masih hebat menyinar
Majlis selesai.. kemudian berjalan keluar dr stadium...
Tak leh nak shoot gambar terima ijazah sbb jauh sgt, ni pun amik guna hp jer :)
Bersama teman seperjuangan...
Bersama teman2 dan lecturer2
Para lecturer...
Bersama lecturer yg baik hati dan peramah :)
Anak2 dara yg kini bergelar DR. :)
Para graduate dr Malaysia
Close up sket :)
Kegembiraan yg terpancar di wajah masing2 membayar segala penat lelah mengharungi kehidupan selama 5 tahun sebagai pelajar dan perantau di negara asing..
Mengabdikan kenangan bersama salah sorang peminat SECUBITGARAM, ULYA HUSAMUDIN
(special utk tatapan Ulya .. mekasih banyak2 ya.. )