f Secubit Garam: MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS.. again...

Sunday, June 10, 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS.. again...

ASSALAMUALAIKUM...

Buat lagi muffin yg sedap ni.. muffin ek.. tp rasanya K.Nor lebih suka panggil kapkek sbb teksturnya yg gebu dan letak lak dlm papercup/cupcake liners.. hehe.. Memang mudah nak buat dan sedap muffin/cupcake ni. Makan suam2 panas mmg syok tambah lagi digengkan dgn secawan kopi O panas.. perghhhhh... berketul2 masuk molot :)


Kalau dulu masa pertama kali K.Nor buat ikut stail Ayu S'pore buat (letak dlm papercup) kali ni K.Nor letak dlm silicon mould pemberian org jauh yg dekat di hati.. mekasih dear.. u know who u are ^__^ Memang kuit banget mould ni, kiut miut org kata. Duk plan nak buat jelly atau agar2 dgn nya tak kesampaian lagi. Sabar ya dear, akan ku buat juga satu hari nanti.. hehe Tq so much, suka sgt2 dgn mould ni.. pstt!!! bila nak bagi yr address nih.. dah lama ku tunggu dan menunggu ^__^



Ok.. jom semak balik resipi, mana tau ada yg berkenan dan nak mencuba kan.. :)

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com 
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.