f Secubit Garam: NASI GORENG (IKAN)

Friday, June 1, 2012

NASI GORENG (IKAN)

ASSALAMUALAIKUM...


NASI GORENG (IKAN) mmg sinonim dgn org Tganu. Memang selalu dibuat oleh org2 tua dari dulu hingga kini. K.Nor pun mmg suka goreng nasi letak ikan pastu mesti ada pengiringnya iaitu keropok ikan (biasanya org Tganu panggil keropok keping jer) Kalau ada kacang panjang atau kacang botol, hiris2 dan masukkan dalam nasi goreng ni. Memang sedap! Boleh bertambah berpinggan2 tau... hehe.. 


Selain mengguakan ikan goreng boleh juga kalau nak guna ikan panggang atau pun boleh aje guna ikan goreng yg tak abis dimakan. Jadi tak la membazir kan.. :)

NASI GORENG (IKAN)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi

* cawan rice cooker