ASSALAMUALAIKUM..
Ramai nampaknya duk tertunggu entri pengembaraan K.Nor ke Jordan baru2 ni kan.. Memang hajat di hati nak buat entri Jalan2 @ Jordan siang tadi sebab tak plan nak kemana2 pun hari ni, tup2 cik abg ajak keluar utk settle projek 'kerbau di padang'. Nak tak nak kena gak keluar sbb projek dah masuk phasa terakhir dah ni.. Rasanya 6 jam lebih keluar tadi, jadi bila balik rumah dah penat la wehh nak memilih dan mengedit gambar. Jadi kena KIV esok la ya entri tu .. jgn marah .. nanti cpt bertambah kedut kat muka hehe..
Utk entri malam ni, K.Nor hidangkan menu ulangan yg keberapa kali ntah.. Memang tak pernah jemu buat ni sbb ni antara puding kegemaran anak2 kat rumah ni (termasuk bapak anak2 ku itu hehe) Puding ni kiranya duk di carta teratas utk Luqman, jadi tiap kali dia balik dr asrama mmg K.Nor cuba utk buat puding ni. Buat awal2 bila dia sampai rumah, puding dah ready (sejuk) dlm esbok... Nyaman anak tekak..
Bila baca ayat2 kat atas ni, paham2 la ya.. ni maknanya menu tertunggak, dibuat awal cuti persekolahan baru2 ni.. Semua dah sold out ... kalau nak kena buat sendiri la ... Jom semak resipi yg dah dipermudahkan dari resipi asal yg pernah K.Nor post kat MyResipi. Kalau dulu buat dlm versi agar2 bertali tu, skrg ni diubahkan dlm versi agar2 serbuk sbb penggunaan agar2 serbuk dah meluas. Lagipun utk famili yg kecil elok lah dibuat dlm versi agar2 serbuk, sbb tak banyak sgt spt yg dibuat dgn agak2 bertali.. Apa pun, pilihan terletak pd diri masing2.. Selamat mencuba :)
PUDING BUIH
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 paket agar2 serbuk (1pkt 10gm)
1.2 liter air
6 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
4 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste/emulco ikut citarasa
utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 4 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/4 sudu kecil garam
Cara membuat puding:
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya).
Bagi yg cuma ada mixer biasa or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian jika nak buat 2 lapisan/kaler puding. Masukkan pewarna dan paste yg disukai dan kacau hingga sebati.
Basahkan acuan dgn air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit dibahagian atas.
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dgn perlahan2 ditepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tak jerlus kedalam lapisan sebelumnya.
Bila puding dah tak panas lagi, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.
Cara membuah kuah:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Sedap dimakan sejuk.