f Secubit Garam: CRISPY ROTI POKET

Saturday, July 21, 2012

CRISPY ROTI POKET

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bersua lagi dlm blog yg makin suam2 siku nih.. Bukan saja2 tak nak update tp lemau betul rasa nak mengupload gambar, nak mengedit dan mengarang tu.. Ni pun mengarang dlm mood kemengantukan yg amat.. Kalau dilayan mood lemau ni mmg parah kan.. haishhh...


Untuk hari ni K.Nor nak share satu resipi simple tapi sedap dan dlm masa yg sama dpt mengelakkan pembaziran roti sandwich (kiranya ada la kat dapur tu). Kalau nak beli roti baru utk nak buat menu ni tak jadi masalah. Kebiasaanya org buat puding roti dgn lebihan roti kan, kali ni kita buat menu yg juga sesuai dibuat berbuka puasa.. Walau ianya nampak menu yg ringan jer, tp cukup mengenyangkan dan juga berkhasiat. 
gambar pinjam dr pck google.. mekasih pd empunya gambar...


Opsss... sebelum terlupa, di kesempatan ni K.Nor nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung SecubitGaram yg beragama Islam. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kita utk bertemu lg dgn Ramadhan tahun ni. Semoga ia memberi keberkatan pada kita semua dan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa, ibadah wajib serta yg sunat lain2nya dengan lebih baik lagi. Tak lupa juga K.Nor mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita di alam maya maupun di alam realiti. Mungkin ada ayat2 yg terkasar atau pun gurau senda yg mengusik rasa di hati sesiapa yg berkenaan.. harap dpt maafkan K.Nor ya.. yg tak elok tu semuanya dr kelemahan K.Nor juga.. 


Berbalik pada entri kali ni, ilham membuat Crispy Roti Poket ni datangnya dari ROTI POKET, resipi Mamazieza yg pernah K.Nor cuba satu masa dulu. K.Nor edit sket nama resipi tu supaya dpt dibezakan dgn resipi yg asal. Jangan marah ya Ma, puasa ni tak baik marah2 tau.. kang kurus pahala puasa hehee...  Jom kita tengok resipi yg dah diolah ni.. Cubalah utk berbuka puasa nanti, insyaallah menyelerakan..

CRISPY ROTI POKET
resipi : K.Nor@SecubitGaram
idea resipi : MamaZieza

Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti).  Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..


* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack).  Api biar sedang2 jer..
*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.