ASSALAMUALAIKUM...
Dah tengok entri STOK SUNLIGHT SETAHUN yg K.Nor post sebelum ni? Kalau belum sila scroll ke bawah ya.. Anda berpeluang memenangi stok sunlight sebanyak 12 botol sekiranya anda join Kempen ‘Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’. Jangan lepaskan peluang keemasan tu ok..
Dan bagi yg tinggal di flat, condo, apartment, rumah2 yg tak ada pintu pagar etc tu.. haa... ni la time nak join sama Kempen ‘Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ .. yer.. mmg kesian mereka2 yg berumah tanpa pagar yg nak join kempen ni kan.. Apa nak buat, dah mmg gitu syarat2 yg diberikan hehe... Meh pakat join contest ni utk meriahkannya... Caranya mudah aje..
Ehhh.. sebelum bagi tau syarat2 penyertaan kena la tayang hadiahnya dulu kan... Kita goda dulu dgn hadiahnya yg sangat menawan kalbu terutamanya kaum wanita/ibu.. (ai pun nak gak tp ni hanya utk pengunjung SecubitGaram jer.. huhu.. )
Set CORNINGWARE® bernilai RM429.00 utk sorang pemenang terpilih sahaja..
Tempoh peraduan: 30 Jun, 2012 - 29 Julai 2012
* Untuk maklumat lanjut bagi produk CORNINGWARE®, sila klik http://www.worldkitchenasia.com/my/OurBrands/OurBrandInfo/tabid/1136/Default.aspx?brand=corningware
* Pemenang peraduan ini tidak tertakluk kepada jaminan yang terdapat pada link di tersebut.
* Corak pada produk mungkin berubah, bergantung pada stok
Okay.. dah tengok hadiah, terasa nak join? Kita tengok langkah2 yg perlu diambil jika nak join.. Ingat tau,
tarikh tutup pada 29 Julai 2012.
LANGKAH PENYERTAAN:
* Langkah pertama: Ambil gambar yang bererti ‘Detik bersama Sunlight’ kepada anda.
Contohnya: Gambar makan bersama keluarga, gambar membasuh pinggan bersama anak anda, dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda.
* Langkah kedua: Muat-naik gambar tersebut ke Facebook wall anda, dengan caption ‘Detik Saya bersama Sunlight’.
* Langkah ketiga: ‘Tag’ K.NOR sebagai cara memaklumkannya mengenai gambar tersebut selewat-lewatnya pada pukul 11.59 malam pada 29 Julai (kena frens dulu baru boleh tag, kalau boleh tinggalkan sedikit mssg kat inbox "Sy nak join contest Sunlight") Jangan lupa tag ai ya, tak taq, balik awal la jawabnya.. hehe
Pihak Sunlight akan menyenaraipendek lima (5) gambar yang terbaik bermula 30 Julai. Blogger akan memilih pemenang akhir dan akan mengumumkan pemenang di antara tarikh 6 - 12 Ogos, 2012. Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap atau yang bermastautin di Malaysia.
2. Peserta peraduan hanya boleh menyertakan SATU gambar sahaja.
3. Privasi gambar tersebut hendaklah diletakkan pada ‘public’ supaya pihak Sunlight dapat melihatnya bagi penghakiman.
4. Hadiah akan dihantar kepada pemenang sebulan selepas tarikh pengumuman pemenang.
5. Sunlight berhak menukar hadiah yang ditawarkan sekiranya kehabisan stok. Walaubagaimanapun, nilai hadiah yang ditawarkan akan bernilai RM429.00 atau lebih.
6. Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.
Pengumuman pemenang akan dibuat melalui blog di antara 6 - 12 Ogos.