Sunday, July 29, 2012

SOTONG MEKAR BERSOS PLUM

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni satu entri jer ya.. Kebetulan ada lebihan 2 cup PUDING COKLAT BERSOS KASTARD, jadi K.Nor tak buat lah dessert utk berbuka ptg semalam. Kita habiskan dulu yg tu, kalau tak membazir jer kan. Bukan tak boleh buat dessert lain, tp kalau buat, kesian kat yg 2 cup tu, tak ada yg nak perabiskan. Anak dara dan hero bongsu dah pun balik ke asrama masing2 ptg semalam, so tinggal lah K.Nor bertiga jer berbuka puasa di rumah ni. Insyaallah petang ni lah kalau nak godek dessert lain lak .... :)


Ok kita balik ke menu hari ni, eh ni menu berbuka petang semalam. Sempat K.Nor post gambar sotong yg baru masak ke fb. Ada mcm2 jawapan yg diberikan bila disuruh teka apa masakan ni. Yg paling best adalah jawapan Azita (Ita) "Sotong kembang Magrib namanya ni...instead of bunga kembang pagi..." betul gak kan, bunga yg mekar di waktu Maghrib sbb biasanya bunga kembang waktu pagi jer.. so dr jawapan Ita tu, K.Nor bg nama resipi ni SOTONG MEKAR BERSOS PLUM (sib baik tak bg nama sotong mekar maghrib hehe) Ikhlas K.Nor beritau, resipi ni hasil adaptasi dr UDANG BERSOS PLUM, resipi dr Tiffin Biru milik CMGebu yg dah acapkali K.Nor buat. Pernah buat dgn udang, sotong, udang + sotong dan juga dgn ikan. Memang K.Nor suka dgn keenakkan rasa masakan ni. 


Masa mula2 nak masak sotong ni, K.Nor plan nak merendang tp rasa cam lambat la pulak nak siap. Dah masuk blog Ayu Singapore sebelum tu dan jumpa resipi Rendang Sotong tp pusing stereng dan buat yg bersos plum. Lebih mudah dan cpt rasanya buat yg bersos plum ni, kejap jer siap masak. Masa duk baca entri Ayu berkaitan petua utk elakkan sotong mengecut lepas masak, buat K.Nor tertarik hati nak mencuba. Kata Ayu, dia ambil petua tu dr dapur Cida@Denuanza. Menurut petua Cida, sotong tu perlu direndam dlm air cuka lebih kurang 10 min, bila dah masak nanti sotong tu takkan mengecut. Ayu kata bila dia buat, menjadi dan sotong tak mengecut pun. So K.Nor pun cuba gak la ikut petua Cida tu, ALHAMDULILLAH.. mmg menjadi petua tu. Sotong yg K.Nor masak ni mmg tak mengecut, terasa juicy dan manis sotong tu.. Mekasih Cida kerana berkongsi petua yg baik tu dan mekasih juga pada Ayu yg menguar2kannya.. Eh.. tak lupa juga mekasih pada CMGebu atas resipi Udang Sos Plumnya tu, maafkan K.Nor sbb dah mengolahnya menjadi nama lain sbb K.Nor dah tambah sedikit bahan2 lain dlm resipi tu. Harap halalkan ya.. 


SOTONG MEKAR BERSOS PLUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dr resipi : Udang Bersos Plum CMG

Bahan2:
5 ekor sotong ~ saiz sejengkal (ambil badannya sahaja)
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ didotong dadu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos plum ~ k.nor guna brand Life
capsicum merah ~ dipotong dadu, didadu
capsicum hijau ~ dipotong dadu
5 - 7 bj cili padi ~ dipotong serong
3 tangkai daun ketumbar ~ dihiris
sedikit garam dan gula

Cara:
Bersihkan sotong dan hiris selebar 1 in. Gunting/potong dgn pisau disatu bahagian (jgn sampai putus) hingga keliling sotong tadi. Buat hingga habis dan toskan.
Masukkan sotong kedalam kuali kecil dan panaskan dgn api sederhana.
Kacau2 dan biarkan sotong hingga setengah masak.
Tak perlu dimasukkan air kerana nanti sotong tu sendiri akan mengeluarkan airnya (airnya jgn dibuang)
Tutup api dan ketepikan. (jgn masak lama, cuma lebih kurang 2 minit jer)

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar. 
Tumis hingga layu dan masukkan bawang putih yg dicincang tadi. 
Goreng lagi hingga bawang kekuningan.
Masukkan sos cili dan sos plum. Kacau rata.
Bila sos kelihatan pekat masukkan air sotong (air yg keluar masa goreng sotong tadi)
Masukkan juga garam dan juga sedikit gula (jika suka). Kacau dan goreng hingga sedikit pekat.
Masukkan capsicum merah, hijau dan cili padi. Kacau seketika.
Masukkan sotong dan kacau lagi.
Biarkan sotong masak lebih kurang 2 minit dan bila sos dah mesra dgn sotong, taburkan daun ketumbar. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.

* sekiranya tk nak potong bentuk bunga boleh jg dipotong mengikut citarasa sendiri tp tak leh panggil sotong mekar la nanti kat menu tu :)
** kaedah memasak dulu seketika sotong tu utk mengelakkan air sotong keluar dgn banyak kalau dimasukkan direct dlm sos masa memasaknya.
*** digalakkan ikut petua Cida utk mengelakkan sotong mengecut lepas dimasak.

Petua dr Cida:
Setelah sotong dicuci bersih dan dipotong, masukkan sotong ke dalam sebuah bekas dan masukkan air sekadar separas tenggelam sotong tersebut.
Masukkan cuka masakan dan kacau. 
Biarkan lebih kurang 10 min pastu keluarkan air tadi dan bilas dgn air biasa.
Toskan dan bolehlah digunakan utk memasak.

* utk 5 - 6 ekor sotong boleh lah diletakkan 3 sudu besar cuka