ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah.. kembali bersiaran setelah bercuti lama.. Rasanya jarang sgt tuan rumah amik cuti lama gini.. Memang beraya sungguh kali ni, adegan ziarah di hari raya rasanya masih mcm biasa yg dilakukan cuma tetamu yg hadir ke rumah kali ni agak luar biasa.. hehe.. agaknya masing2 nak tengok suasana rumah tengah padang ni kut.. ^__^ Alhamdulillah.. mmg seronok walau pun penat berganda2 kalau nak bandingkan masa duk rumah kotak dulu. Kalau dulu2 time raya pertama mmg tak ada kat rumah satu hari suntuk (keluar pagi, malam baru balik) tapi tahun ni, raya pertama dah meriah dengan tetamu. Makna disebaliknya, dapur mmg start berasap la tu.. Sehari sebelum raya hinggalah ke semalam, dapur mmg sentiasa berasap. Tiap2 hari mmg menjadi open door.. Alhamdulillah..
Hari ni, rumah kembali sunyi, hanya tinggal K.Nor, Cik Abg dan Along kat rumah. 3 lagi anak2 dah kembali ke asrama masing2 pada hari Sabtu. ermm... dah makin panjang mukaddimah.. jom lah kembali ke tajuk entri ya.. hehe
Yep, BELLA @ NTV7 !! Tak caya ke?? Betul la tu.. Kut2 ada yg tak tau, Bella ni adalah satu talk show kat NTV7 dan K.Nor telah dijemput utk menjadi tetamu (bukan tetamu VVIP la .. hehe) dalam salah satu shownya yg telahpun disiarkan pada 23 Ogos (raya ke 5) baru2 ni. Memang tak disangka2 kan, dan tak pernah terbayangpun selama ni dapat masuk tibi! Yer la.. kalau dulu masa masuk JELITA pun dah rasa happy dan bersyukur sangat, kali ni masuk tibi lak wehh... hehee... Bukan glamor yg dicari, bukan pemes yg dikejar.. Cik Abg dan Along yg duk pujuk suruh terima tawaran bila pihak Bella hantar email jemputan (lebih kepada mencabar si emak sebenarnya tu hehe). Nak dijadikan cerita, hari recording tu jatuh hari yg sama temuduga Along kat Putrajaya. Sedang elok la kan (2 in 1 gitu), jadi K.Nor accept la jemputan dr pihak Bella tu.. Walaupun hati tu duk dup dap jer bila terfikir hal recording ni.. Mana tak nyer! 1st time tuh.. rasa cam nak putus urat perut hehe.. mmg sangat nervous hehe..
Pada hari yg ditetapkan K.Nor ke Studio NTV7 di Glenmarie, Shah Alam ditemani Cik Abg (personal photoq mesti ada kan.. hehe ) dan anak sdara, Lela (dia jadi PA K.Nor aritu.. hehehe). Opss.. lupa nak beritau, main point K.Nor dijemput ke Bella aritu adalah utk menceritakan kisah KETUPAT SOTONG, satu masakan dari tradisional Terengganu. Biasalah kan, ketupat mmg sinonim dgn time raya, jadi pihak Bella nak tunjuk kelainan pada hari raya dgn hidangan yg juga ada nama ketupat dan masa Aril search ketupat, terjumpa resipi KETUPAT SOTONG kat SECUBITGARAM ni.. Dan yg akan membuat demo masakan tu adalah ANIS NABILAH (celebriti chef kat AFC ~ cooking shownya ICIP2). Dan host pada hari tu adalah DAPHNE IKING dan tetamu jemputan lain adalah DEJA MOSS (yg akan assist SHAREEN RAMLI memasak LAKSA SARAWAK. Sorang lagi tetamu jemputan adalah YUHANIS, pemilik cafe (sori Anis, K.Nor dah lupa kat mana cafe Anis)
|
Sepatutnya Housewife & Blogger kan.. ^___^ |
Memang nebes sungguh time recording tu.. Studio yg sejuk pun terasa panas, agaknya bahang sportlight kut hehe .. Suara pun bergetar jer dah la slow jer yg keluar. Alhamdulillah.. sesi recording berjalan lancar tanpa perlu retake. Semua crew yg terlibat mmg mesra dan baik hati. Hostnya lagi la mesra, sapa lagi kalau bukan Daphne. Suka tengok cara dia bekerja aritu, mmg selamber jer. Kata suami Daphne merangkap manager dia, Daphne mmg gitu la kat rumah. Masa break utk ke segmen terakhir, Daphne seronok bercerita kisah bagaimana dia memeluk Islam dan kisah masa nak berkahwin dgn suaminya. Kata Daphne dia memeluk Islam masa kat Taj Mahal, India.. Hidayah Allah datang mmg kita tak terduga kan.. Alhamdulillah...
Part K.Nor mmg biasa2 jer dlm show aritu, tak kisahlah.. Bagi K.Nor, pengalaman yg penting... bukan mudah utk mencapai tahap tu kan.. Memang tak pernah diangan2kan pun selama ni. Semuanya aturan Allah, yg baik2 hanyalah dari Nya juga...Alhamdulillah... Tak ada niat nak riak, nak menunjuk2 dan membangga diri bila K.Nor kongsikan kat sini ya.. sekadar utk dikongsikan kegembiraan dan utk dijadikan tempat rujukan anak2 di masa akan datang.. I'm still the same person... insyaallah... ^___^
Kepada BELLA NTV7, terutamanya ARIL, terima kasih banyak2 atas jemputan ke show BELLA. Seronok dapat menimba ilmu di sebalik tabir sesuatu show tv, sesuatu yg pasti takkan dilupakan... ^__^ Jom kita layan sedikit gambar sekitar recording aritu (recording telah dijalankan pada 25 Julai, 2012).
|
Signing Guest Book ^__^ |
|
BELLA's Guest Book |
|
Action! |
|
Segmen pertama, main dish, Laksa Sarawak bersama Deja Moss dan Shareen Ramli |
|
Behind the scene |
|
Segmen ke dua, side dish ~ Ketupat Sotong |
|
Membantu Anis memasukkan pulut ke dalam sotong |
|
Segmen dessert, bersama Yuhanis |
|
Daphne bercerita tentang kisah pengislamannya semasa break time |
|
Segmen terakhir.. (mcm mana nak makan kalau recording time puasa hehe) |
|
Ketupat Sotong yg Anis Nabilah sediakan.. |
|
Lela dan K.Nor bersama Deja Moss |
|
Bersama Yuhanis |
|
Bersama Selebriti Chef, Anis Nabilah |
Untuk menonton kembali siaran BELLA Raya Special bagi yg terlepas tempohari bolehlah layari
tonton.com.my dan search Bella episod 166. Tapi kena sign up dulu bagi yg pertama kali nak tengok apa2 siaran kat tonton.com tu ya.. Dan kalau nak tengok video yg dihasilkan oleh my darling photoq bolehlah tengok kat bawah ni.. Layaaannnn....... ^__^