Friday, August 31, 2012

PAPRIK AYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Bila kebuntuan idea nak memasak semalam, Along kata buat Ayam Paprik la mak.. zaassss... terus jer godek PAPRIK AYAM resipi Makyong @ MyResipi ni. Resipi Makyong ni mmg dah terkenal di merata dunia blogger masakan. Dah pernah buat dulu cuma tak hantar report jer kat MyR nun.. Memang sedap, dan dikira lauk 2 in 1 sbb dah dimasukkan sayuran jadi tak perlu lagi nak masak lauk sayur yg lain sebagai pelengkap hidangan.


Mekasih Makyong berkongsi resipi di MyR nun.. Kali ni nak share kat sini lak utk dijadikan rujukan di masa akan datang ya.. 

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan 
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah
bahan2 perasa

Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin)
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Thursday, August 30, 2012

ALMOND BISCOTTI

ASSALAMUALAIKUM...

Kukis review terakhir utk kali ni. Dah lama K.Nor mengidam nak buat biscotti. Bila tengok kat blog Gert yg mana Gert pernah tayang biscotti dulu org kata mmg duk terbayang jer nak buat. Pastu mula la congok2 dlm fikiran nak buat utk dijadikan kukis raya. Awal2 bulan puasa K.Nor dah pun beli almond utk menjalankan projek biscotti ni. Yer la, kena prepare awal2, kang dibuatnya almond kehabisan stok kat kedai, terlepas lak hajat nak menbiscotti kan..


Pastu bila tengok Nina Mirza tayang dia punya biscotti lagi la menggelodak jiwa nak menggodek tu kan. K.Nor biasanya buat kukis raya bila masuk minggu terakhir puasa, tu yg duk peram jer hajat nak membiscotti tu. Jadi bila mood mengukis dtg, biscotti ni la yg mula2 K.Nor buat. Mudah aje penyediaanya, cuma kena bakar sekali lagi doh yg dah siap dibakar dan dipotong tu. Tak la susah mana pun, cuma step jer lebih sket. Tapi tak jadi hal sbb hasilnya............ SANGAT2 SEDAP!! Memang syok abis melayan biscotti ni tambah lagi bila kita dip dlm air kopi panas!! perghhhhhhhh.. tak sedar berkeping2 masuk mulut ..


Tapi kan.. K.Nor tak dapat nak hidangkan Almond Biscotti ni pada tetamu pasa raya aritu sbb K.Nor potong biscotti ni ikut saiz yg dinyatakan. Dan hasilnya biscotti ni agak tebal sket utk dimakan begitu aje spt kukis raya yg lain. Kalau makan gitu aje mmg boleh patah gigi, so K.Nor sarankan kalau nak buat sbg kukis raya, kena slice nipis2 mcm yg Nina Mirza buat tu. Yg K.Nor buat ni, mmg tak leh ngap gitu aje, wajib kena dip dlm air kopi/teh panas (ni warning awal2 ya.. kang kalau patah gigi tu, K.Nor tak bertanggungjawab tau hehe) Sapa2 yg ada lebihan badam yg tak abis masa buat kukis raya baru2 ni, jom la try ALMOND BISCOTTI ni.. Tapi disyorkan jgn bakar sampai keras doh bagi pembakaran kali pertama tu ya, nanti payah nak slice. Dan kalau nak slice kena guna pisau bergerigi tau, utk mudahkan kerja slicing..

Lepas ni K.Nor nak mencuba lagi satu dua resipi biscotti sbb K.Nor pun dah jatuh chintaaaaaa dgn ini biscotti. Bukan K.Nor sorang jer suka tau, Cik Abg, Along, Naim dan Aisyah pun suka. Time sahur K.Nor cuma makan biscotti ni 2 - 3 keping bersama segelas air kopi panas.. memang best! Kalau tea time tu, dating dgn cik abe di beranda sambil ngap biscotti bersama se mug kopi panas.. fuhhhh... nyamannnnnnn ^__^


Mekasih Gert for sharing the recipe, Nor nak try gak versi letak mix fruit tu tp Nor nak letak dried cranberry plus other nuts kut.. Thanks again :)

ALMOND BISCOTTI
source : Gert@KitchenSnippets
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:
2 cups of flour
1/4 tsp baking soda
1 cup sugar
1/8 tsp salt
2 eggs
1 tsp pure vanilla extract or ½ tsp almond extract
1 cup whole almonds - toasted
3/4 cup shelled pistacios ~ ni k.nor tambah

1. Preheat oven to 350 degrees F. Line a baking sheet with parchment paper.
2. Combined flour, salt and baking soda together. In your mixer whisk eggs and sugar until well combined. Add in flavoring.
3. Gradually add in the flour into the egg mixture until dough is form. Add in almonds and pistachios. With floured hands divide dough into half. On a lightly floured surface roll each half of dough into a log.
4. Transfer the logs to the prepared baking sheet, spacing the logs about 3 inches apart, and bake for 35-40 minutes, or until firm to the touch and lightly brown.
5. Remove from oven and let cool on a wire rack for about 10 minutes. Transfer logs to a cutting board and using a serrated knife slice log into 1/2 inch thick. Arrange evenly on baking sheet. Bake for 10 minutes, turn slices over, and bake another 10 minutes or until lightly brown and crispy. Remove from oven and let cool and store in an airtight container.


Wednesday, August 29, 2012

ALMOND LONDON

ASSALAMUALAIKUM...

Kukis review ke 4.. Asalnya beli kacang badam utk projek lain tp disebabkan ada lebihan jadi K.Nor godek2 dan jadikan ALMOND LONDON. Kukis kegemaran Naim dan Luqman. Sebenarnya kalau ikutkan mmg 'MMMM' benor nak buat Almond London yg banyak kerenah ni tp teruskan buat jugak sbb nanti Luqman pasti nak bawak balik kukis raya ke asrama, gitu gak Naim.


Kali ni K.Nor guna resipi yg diambil kat dapur Rahel, yg mana resipi asalnya dari Nizamadey MyResipi. Mekasih buat ke duanya atas perkongsian resipi Almond London ni ya.. Psst!! Jgn tanya sedap ke tak sbb sebijik pun tak masuk mulut K.Nor.. Lupa terus nak merasa, baki2 kukis ni semua dah diangkut ke asrama anak2.. Rasanya sedap kut sbb bila K.Nor bertanya pada Rahel AL mana yg lebih sedap yg pernah dia cuba buat (sbb kat blog Rahel ada pelbagai resipi AL), Rahel mengesyorkan resipi Nizamadey ni..

Kerja org kurang ghajen, curah jer coklat cair atas kukis ^__^

ALMOND LONDON
Sumber : RahelNizamadey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

BISKUT COKLAT CHIPS

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi utk kukis review ke 3 dengan kukis wajib buat utk anak2, BISKUT COKLAT CHIPS. Memang kukis yg tak pernah miss dibuat tiap2 tahun, sama mcm Tart Nenas.. Kalau kukis lain tak buat tak per tp yg dua ni mmg insyaallah akan sentiasa dibuat.. Adil la kan, ada kukis wajib buat utk si anak2 dan ada yg wajib buat utk si emak dan si ayah...


Kali ni K.Nor buat sedikit kelainan pada rasa dohnya, dgn mencampurkan sedikit serbuk koko ke dalam adunan utk menghasilkan kukis berperisa coklat. Terpulanglah pada selera masing2 nak yg versi asal atau yg berperisa coklat ya.. :)


BISKUT COKLAT CHIPS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang 

Cara:
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 min - 30min (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

* utk menghasilkan biskut yg lebih leper, boleh lebihkan sukatan tepung naik sendiri dan kena kurangkan sukatan tepung gandum ( lebih kurang 260gm tepung naik sendiri & 100gm tepung gandum).

** utk menghasilkan biskut versi coklat boleh tambah 30gm serbuk coklat tapi kena kurangkan 30gm tepung gandum.



Tuesday, August 28, 2012

TART NENAS

ASSALAMUALAIKUM..

Kukis review ke 2.. TART NENAS, kukis wajib tiap kali raya sbb ni kukis kegemaran tuan rumah hehe. Kalau utk anak2 ada kukis wajib, apa salahnya buat kukis wajib utk si emak dan si ayah kan.. Tahun ni kena tunggu anak dara balik dr asrama baru boleh buat tart, kalau nak buat sorang2 tak terdaya rasanya..lambat!! Tart ni K.Nor buat hari Jumaat, 2 hari before raya hehe mmg betul2 tunggu si anak dara tu ada..


Resipi tart mmg sentiasa mengguna pakai resipi yg sama saban tahun.. Pernah sebelum ni Tart Bunga hot di persada alam maya ni dan skrg ni dah macam2 nama yg timbul. Tak kisah lah.. Mana2 yg lama tu tau la dari mana asal usul Tart Bunga tu ^__^


Bagi yg nak resipi TART NENAS samada versi gulung atau versi bunga, sila ke SINI.. tuan rumah nak  sambung mengiron timbunan baju yg semakin ditambah dan bukannya semakin surut tuh... JUMPA LAGI  dgn kukis review seterusnya esok ... insyaallah....

ehhh.. gatal tangan lak nak mengopy gambar TART BUNGA sbb mmg suka dgn gambar dan tart yg terhasil ^__^

Watermark pun masih style yg lama, tahun 2009 tu..  ^__^

BISKUT GREEN PEAS

ASSALAMUALAIKUM..

Raya dah berlalu baru berkesempatan nak tayang kukis raya. Tak sempat nak tayang sebelum raya sbb kebizian yg teramat sgt. Lagipun kali ni, mengukis dalam minggu terakhir nak raya, mmg tak sempat la nak buat tayagan amal masa tu kan. Takper lah kan, kita tayang jer lewat sket, sekadar utk dijadikan rujukan di masa akan datang. Kalau nak mengukis lagi pun apa salahnya. Lagipun Syawal masih ada lagi, kut2 ada yg masih dlm mood raya dan nak mengukis lagi. Kalau sebelah Pantai Barat sebulan beraya kan.. hehe


Kukis pertama yg direview kali ni adalah BISKUT GREEN PEAS. Kukis yg top pada raya tahun lepas, tahun ni baru jer K.Nor berkesempatan nak buat. Tak kisah lah.. better late then never org kata kan.. Memang tak rugi mencuba kukis ni, spt kata teman2 lain yg dah menerai, mmg sedap! Wangi jer bau kacang peas tu. Dan kukis ni cam cair kat dalam mulut, tak leh cakap time mengunyah tu ya.. kang tersembur abis ^__^

Mekasih pada AlongRoz yg dah mengedit resipi Biskut Green Peas dan menghasilkan satu resipi lain. Yg K.Nor cuba ni adalah resipi olahan AlongRoz. Izinkan Nor share kat sini lak ya Along... 

Hijau sinonim dgn daun...  tapi tak berapa nampak sgt shape daun tu kan..

BISKUT GREEN PEAS
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Makes 50 pcs

BAHAN2:
1 cwn Tepung Kcg Peas
1 cwn Tepung Gandum
1/2 cwn Gula Aising
1/2 st Baking Powder
1/2 st Garam
Minyak Mazola
1 biji Telur Kuning

CARA2:
1. Gaulkan kesemua bhn2 kerng sehingga sebati.
Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
2. Bentukkan bulat2 seperti guli.
3.Berus atas nya dgn telur kuning.
4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.


Monday, August 27, 2012

BELLA @ NTV7, 23 OGOS 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. kembali bersiaran setelah bercuti lama.. Rasanya jarang sgt tuan rumah amik cuti lama gini.. Memang beraya sungguh kali ni, adegan ziarah di hari raya rasanya masih mcm biasa yg dilakukan cuma tetamu yg hadir ke rumah kali ni agak luar biasa.. hehe.. agaknya masing2 nak tengok suasana rumah tengah padang ni kut.. ^__^ Alhamdulillah.. mmg seronok walau pun penat berganda2 kalau nak bandingkan masa duk rumah kotak dulu. Kalau dulu2 time raya pertama mmg tak ada kat rumah satu hari suntuk (keluar pagi, malam baru balik) tapi tahun ni, raya pertama dah meriah dengan tetamu. Makna disebaliknya, dapur mmg start berasap la tu.. Sehari sebelum raya hinggalah ke semalam, dapur mmg sentiasa berasap. Tiap2 hari mmg menjadi open door.. Alhamdulillah..

Hari ni, rumah kembali sunyi, hanya tinggal K.Nor, Cik Abg dan Along kat rumah. 3 lagi anak2 dah kembali ke asrama masing2 pada hari Sabtu. ermm... dah makin panjang mukaddimah.. jom lah kembali ke tajuk entri ya.. hehe


Yep, BELLA @ NTV7 !! Tak caya ke?? Betul la tu.. Kut2 ada yg tak tau, Bella ni adalah satu talk show kat NTV7 dan K.Nor telah dijemput utk menjadi tetamu (bukan tetamu VVIP la .. hehe) dalam salah satu shownya yg telahpun disiarkan pada 23 Ogos (raya ke 5) baru2 ni. Memang tak disangka2 kan, dan tak pernah terbayangpun selama ni dapat masuk tibi! Yer la.. kalau dulu masa masuk JELITA pun dah rasa happy dan bersyukur sangat, kali ni masuk tibi lak wehh... hehee... Bukan glamor yg dicari, bukan pemes yg dikejar.. Cik Abg dan Along yg duk pujuk suruh terima tawaran bila pihak Bella hantar email jemputan (lebih kepada mencabar si emak sebenarnya tu hehe). Nak dijadikan cerita, hari recording tu jatuh hari yg sama temuduga Along kat Putrajaya. Sedang elok la kan (2 in 1 gitu), jadi K.Nor accept la jemputan dr pihak Bella tu.. Walaupun hati tu duk dup dap jer bila terfikir hal recording ni.. Mana tak nyer! 1st time tuh.. rasa cam nak putus urat perut hehe.. mmg sangat nervous hehe..

Pada hari yg ditetapkan K.Nor ke Studio NTV7 di Glenmarie, Shah Alam ditemani Cik Abg (personal photoq mesti ada kan.. hehe ) dan anak sdara, Lela (dia jadi PA K.Nor aritu.. hehehe). Opss.. lupa nak beritau, main point K.Nor dijemput ke Bella aritu adalah utk menceritakan kisah KETUPAT SOTONG, satu masakan dari  tradisional Terengganu. Biasalah kan, ketupat mmg sinonim dgn time raya, jadi pihak Bella nak tunjuk kelainan pada hari raya dgn hidangan yg juga ada nama ketupat dan masa Aril search ketupat, terjumpa resipi KETUPAT SOTONG kat SECUBITGARAM ni.. Dan yg akan membuat demo masakan tu adalah ANIS NABILAH (celebriti chef kat AFC ~ cooking shownya ICIP2). Dan host pada hari tu adalah DAPHNE IKING dan tetamu jemputan lain adalah DEJA MOSS (yg akan assist SHAREEN RAMLI memasak LAKSA SARAWAK. Sorang lagi tetamu jemputan adalah YUHANIS, pemilik cafe (sori Anis, K.Nor dah lupa kat mana cafe Anis)

Sepatutnya Housewife & Blogger kan.. ^___^

Memang nebes sungguh time recording tu.. Studio yg sejuk pun terasa panas, agaknya bahang sportlight kut hehe .. Suara pun bergetar jer dah la slow jer yg keluar. Alhamdulillah.. sesi recording berjalan lancar tanpa perlu retake. Semua crew yg terlibat mmg mesra dan baik hati. Hostnya lagi la mesra, sapa lagi kalau bukan Daphne. Suka tengok cara dia bekerja aritu, mmg selamber jer. Kata suami Daphne merangkap manager dia, Daphne mmg gitu la kat rumah. Masa break utk ke segmen terakhir, Daphne seronok bercerita kisah bagaimana dia memeluk Islam dan kisah masa nak berkahwin dgn suaminya. Kata Daphne dia memeluk Islam masa kat Taj Mahal, India.. Hidayah Allah datang mmg kita tak terduga kan.. Alhamdulillah...

Part K.Nor mmg biasa2 jer dlm show aritu, tak kisahlah.. Bagi K.Nor, pengalaman yg penting... bukan mudah utk mencapai tahap tu kan.. Memang tak pernah diangan2kan pun selama ni. Semuanya aturan Allah, yg baik2 hanyalah dari Nya juga...Alhamdulillah... Tak ada niat nak riak, nak menunjuk2 dan membangga diri bila K.Nor kongsikan kat sini ya.. sekadar utk dikongsikan kegembiraan dan utk dijadikan tempat rujukan anak2 di masa akan datang.. I'm still the same person... insyaallah...  ^___^

Kepada BELLA NTV7, terutamanya ARIL, terima kasih banyak2 atas jemputan ke show BELLA. Seronok dapat menimba ilmu di sebalik tabir sesuatu show tv, sesuatu yg pasti takkan dilupakan... ^__^ Jom kita layan sedikit gambar sekitar recording aritu (recording telah dijalankan pada 25 Julai, 2012). 


Signing Guest Book ^__^
BELLA's Guest Book

Action!
Segmen pertama, main dish, Laksa Sarawak bersama Deja Moss dan Shareen Ramli
Behind the scene
Segmen ke dua, side dish ~ Ketupat Sotong
Membantu Anis memasukkan pulut ke dalam sotong
Segmen dessert, bersama Yuhanis
Daphne bercerita tentang kisah pengislamannya semasa break time

Segmen terakhir.. (mcm mana nak makan kalau recording time puasa  hehe)

Ketupat Sotong yg Anis Nabilah sediakan..
Lela dan K.Nor bersama Deja Moss
Bersama Yuhanis
Bersama Selebriti Chef, Anis Nabilah

Untuk menonton kembali siaran BELLA Raya Special bagi yg terlepas tempohari bolehlah layari tonton.com.my dan search Bella episod 166. Tapi kena sign up dulu bagi yg pertama kali nak tengok apa2 siaran kat tonton.com tu ya.. Dan kalau nak tengok video yg dihasilkan oleh my darling photoq bolehlah tengok kat bawah ni.. Layaaannnn....... ^__^



Saturday, August 18, 2012

SALAM LEBARAN..

ASSALAMUALAIKUM...



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua teman2 dan pengunjung SECUBITGARAMNOR67.. Di kesempatan ni K.Nor memohon ampun andai ada silap dan salah dr segi tuturkata, gurau senda selama ni. Mungkin ada yg terkasar bahasa dan membuat ada yg tercuit rasa.. Yg baik2 tu semua dari Allah dan yg tak elok tu semuanya dari kelemahan K.Nor jua.. 

Tak boleh nak berbicara panjang.. berderet tugasan yg menanti (biasa lah kan, esok dah nak raya.. mcm2 benda nak kena buat.. nak gi BW dan wish slmt hari raya kat blog teman2 lain pun tak berkesempatan jugak.. maaf sgt2 ya..) Blog akan bercuti rehat beberapa hari, insyaallah akan di update bila kelapangan selepas raya nanti. Maaf lah, K.Nor tak sempat nak buat entri kukis tahun ni. Tak buat banyak mana kukis pun, sekadar utk amik syarat ada kuih raya jer. Tu pun buat yg menjadi kegemaran anak2. Tak boleh tak buat, nanti anak2 nak balik ke asrama, pasti nak bawak balik sket2 sorang kan.. So layan jer la gambar kukis yg diabadikan dlm kad raya, special utk peminat dan pengunjung SecubitGaramNor67...



JUMPA LAGI..........


Thursday, August 16, 2012

DAGING BLACK PEPPER

ASSALAMUALAIKUM..

Wordless Thursday ya... ^___^

 


DAGING BLACK PEPPER 

Bahan2:
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara:
Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.


Wednesday, August 15, 2012

KUETIAW GORENG MAMAK

ASSALAMUALAIKUM..


Selalunya org buat Mee Goreng Mamak kan.. Mee Goreng Mamak mmg kegemaran seisi keluarga. Asyik duk buat dgn mee jer, apa kata kita tukar sesekali kepada kuetiaw... Jadilah KUETIAW GORENG MAMAK.  Alhamdulillah.. sedap tau.. Mana2 penggemar kuetiaw, disyorkan ukt mencuba atau pengemar Mee Goreng Mamak pun boleh lah nak cuba sama.. Mudah2an kena dgn selera ya...


KUETIAW GORENG MAMAK

Bahan2:
1 bungkus kuetiaw
udang basah secukupnya
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 - 3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kobis ~ dihiris
minyak
timun batang
limau nipis/kasturi

Cara:
Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan udang, fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kobis.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan kuetiaw.
Kacau kuetiaw hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis/kasturi bg menambahkan lagi keenakkan kuetiaw goreng ni.

* boleh gantikan udang dgn daging atau ayam.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.


KERABU IKAN TONGKOL

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update ya..

Dah lama buat kerabu ni, tak ingat bila... rasanya sebelum Ramadhan kut .. Terlupa nak buat entri.. Bila duk belek gambar2 dlm folder ternampak gambar ni yg dah siap edit. So masukkan ajer la kan, boleh gak dijadikan idea utk masak petang ni atau esok kan.. lagipun nak cepat ni. Dah ada gambar yg siap edit lg cepat siap buat entri :)



KERABU IKAN TONGKOL 
by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula
kacang botol ~ dihiris nipis (k.nor tambah)
tomato ~ buang empulur dan biji, dan hiris panjang (k.nor tambah)
2 sudu sos ikan ~ (k.nor tambah)

Cara-cara
Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!


Tuesday, August 14, 2012

AYAM PRUN

ASSALAMUALAIKUM...

Entri masakan pertama selepas beberapa hari menyepikan diri. Menu tertunggak nih, dah buat beberapa hari yg lepas. Masak mmg tetap masak, duduk kat kampung ni payah sket nak main order2 lauk atau makanan kedai makan. Kalau sebelum ni, rumah tepi gergasi tu, mudah jer nak dptkan makanan. Call dan order jer dgn tokey kedai makan, pastu gi amik dan bayar sbb kedai makan dekat jer dgn rumah. Skrg ni, kena masak gak, kalau tak masak nak main order2 dah tak boleh mcm dulu. 


Bila dah masak, shooting tetap shooting nak2 kalau masakan yg baru dicuba atau dah create resipi baru. Cuma tang mengedit dan mengarang entri jer yg kurang kerajinan. Harap2 dapat kembali mood yg hilang sebelum ni walaupun hati tak rasa segembira sebelum ni nak menyambut raya di suasana baru.

Berbalik pada entri hari ni, AYAM PRUN, resipi Dayang yg dah pun dicuba oleh Sheila sebelum ni. K.Nor mmg dah save resipi Dayang ni sejak dia post kat blognya tu tp sbb asyik lupa nak beli prun tu yg jd tertangguh jer. Bila dah beli prun terus buat resipi ni.. Alhamdulillah.. tak mengecewakan.. mmg sedap. Seakan Ayam Masak Merah Berempah yg pernah K.Nor post dulu. Cuma ada kelainan bila diletakkan prun dalamnya. Ada rasa masam2 sket, tambah2 lagi bila kita mengunyah prun tu.. 


Mekasih Dayang, sudi berkongsi resipi. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya..

AYAM PRUN
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil atau ikut suka)
70g buah prun (pitted atau dibuang biji) +/-
1 sudu besar rempah kerutuk (DJ menggunakan rempah kerutuk Adabi)
4 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang)
air secukupnya
2-3 sudu besar madu atau secukupnya
garam secukup rasa
4 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)

Bahan-bahan kisar :
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara : Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama 1 jam.
Panaskan minyak secukupnya. Tumis rempah rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan air secukupnya.
Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka. Gaulkan.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan. (jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang dan bawang goreng)


Monday, August 13, 2012

JAZAKALLAH.....

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. tiada ungkapan yg lebih baik dr bersyukur pada Allah, segala puji2an buat Nya yg mengizinkan diri ini kembali mengetuk kibod utk memulakan kembali perjalanan sebagai seorang blogger picisan setelah 5 hari menyepikan diri tanpa sebarang kabar berita utk pengunjung SecubitGaram. Tapi bg mereka yg 'berkawan' dgn K.Nor kat fb, insyaallah dah tau penyebab K.Nor menyepikan diri sejak 5 hari lepas. Bagi yg tak tau mungkin tertanya2 gak kan, tiba2 jer SecubitGaram sepi tanpa entri masakan terbaru utk bulan Ramadhan sedangkan sebelum ni begitu rancak sekali, 2 - 3 entri setiap hari..

Sebenarnya pada Rabu 8 Ogos baru2 ni, ayah K.Nor telah dijemput mengadap Ilahi selepas Zuhur (lebih kurang pkl 1.45ptg). Tengahari tu, K.Nor dikejutkan dgn berita yg arwah tenat, terus jer K.Nor tempah tiket flight utk ke KL.  Tiba2 tak sampai 1 jam, sister call lagi beritau yg ayah dah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir , tak lama selepas azan Zuhur. Sesungguhnya dr Dia kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan... Arwah meninggal pada usia 82 tahun, setelah berbelas tahun terlantar akibat penyakit rheumatoid arthritis (RA) dan sakit tua. Sesungguhnya maut itu pemutus segala kesakitan yg ditanggung..

K.Nor hanya sempat maklumkan hal ni kat fb kerana keadaan agak kelam kabut sket masa tu. Mana nak fikir anak2 yg kat asrama, mana nak fikir tentang keadaan sister kat Puchong, dah la kurang sihat, dia pulak masa tu sorang2 kat rumah bersama arwah ayah.. Memang hiba sangat masa tu..

Apapun semuanya telah selamat dan dipermudahkan oleh Allah. Dengan keberkatan bulan Ramadhan yg mulia, pengurusan memandikan, mengkafan, menyembahyang serta pengkebumian jenazah di tanah perkuburan di tepi sebuah surau, berhampiran dgn rumah sister K.Nor di Puchong Putra Perdana telah berjalan dgn cukup lancar.. Jenazah selamat dikebumikan lebih kurang pukul 10.30 mlm. Syukur pada Allah, jenazah dipercepatkan pengkebumiannya walaupun adik beradik K.Nor yg berada di K.Trg tak dpt menatap wajah arwah utk kali terakhir. Itu adalah yg terbaik kan, disegerakan pengkebumian bg jenazah.. Alhamdulillah..

K.Nor mengambil kesempatan ni mengucapkan Jazakallah Khairan Kathira kepada semua yg telah mengutuskan salam takziah, menghadiahkan fatihah serta mendoakan yg baik2 buat arwah ayah K.Nor di fb juga melalui sms.... semoga Allah juga yg menbalas segala budi baik kalian semua..

Insyaallah. blog akan cuba diupdate pagi esok.. setelah mood merudum dan kekakuan jari jemari nak mengarang entri beberapa hari sebelum ni... 


Wednesday, August 8, 2012

MENU WAJIB DI BULAN PUASA....

ASSALAMUALAIKUM..


Spt tajuk kat atas tu, MENU WAJIB DI BULAN PUASA, ya.. betul.. ni antara menu wajib buat time puasa. Kegemaran seisi keluarga. Rasanya dah jd signature dish dah kat SecubitGaram kan.. dah acapkali buat dah ni.. takper.. tayang lagi utk pengunjung2 yg baru mengenali SecubitGaram... :)


Arini tak nak paste resipi. Kalau ada yg terasa nak buat sila ke SINI, K.Nor ada tunjuk step by step, nak buat Roti Sardin ni.. Dan utk sosnya pula samada nak dicicah dgn sos cili kegemaran atau boleh jg buat sos lada sendiri. Sos ni boleh dibuat lebih dan dimakan dgn popia atau cicah jer dgn jemput2 atau cucur udang.. Resipi sosnya di SINI ya..  Sori la ya, arini ada sedikit mood kurang kerajinan ... ermmm.........


SWEET & SPICY CRAB

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi ni dah lama K.Nor simpan dlm draf, sejak Gert syorkan utk buat resipi ni masa K.Nor duk mencari resipi yg nak dibuat dgn udang galah yg pernah K.Nor beli dulu. Mula2 teringin gak nak cuba resipi Gert ni tp masa tu hati tu lebih teringin nak masak rendang dgn si sepit biru. Akhirnya K.Nor buat Rendang Udang Galah jer dan mmg dah plan nak buat gak satu hari nanti dgn ketam bg resipi SWEET & SOUR CRAB. 


Alhamdulillah.. mmg sedap menu ni.. Org kata sehingga menjilat jari! Cam biasa, K.Nor ada tambah sket cili padi dlmnya utk memenuhi selera ahli rumah yg suka pedas2. Along dah kata, lepas ni mak buat dgn udang pulak, mesti sedap gak tu.. yer la, nak makan ketam ni cerewet sket kan, kalau udang kejap jer dah boleh masuk mulut.. Jenuh duk mengorek isi ketam, tambah lagi kalau di bulan puasa ni, tak leh main2 sgt kat meja makan.

Ok, seperti biasa K.Nor nak share lak pada yg lain2 utk mencuba resipi yg sedap ni. Mekasih ya Gert, tak sia2 Gert rekomen resipi ni dulu, memang berbaloi :)


SWEET & SPICY CRAB
Ingredients:
6 blue crabs
2 cloves of garlic
1 tbsp finely chopped ginger
1 large red chili – finely chopped
2 spring onions – cut into 1” length
1 egg - beaten


Sauce:
3 tbsp of tomato ketchup
3 tbsp of sweet chili sauce
2 tbsp of vinegar
1 tbsp of sugar
½ tsp of corn starch
Salt and pepper to taste
¼ cup of chicken stock


1. Wash and scrub the shell of the crabs well. Remove the shell, rinse well under cold running water, and remove the gills and inner parts. Remove the claws. Using a large cleaver, cut the crabs into half and crack the claws. Set it aside.
2. Mix all the sauce ingredients and set it aside. Heat up the wok, add in about 2 tbsp of olive oil, and add in garlic, chili and ginger and stir fry until lightly brown and fragrant.
3. Add in the crabs, continue to toss and turn until the crab shells turn into pinkish color. Add in the sauce, stir well and bring it up to a boil. Cover and turn down the heat to medium and let it simmer for 5 - 6 minutes. Continue to stir until the crab is cooked and sauce thickens.
4. Add in a bit of more stock if necessary. Drizzle in the egg, give it a quick stir and turn off the heat. Add in the spring onions, dish out and serve immediately.


Tuesday, August 7, 2012

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Dah 3 entri hari ni.. (entri berjadual jer ni, sekali harung buat 3 entri terus utk hari ni.. ) ermmm.. kena short2 talk jer la ya.. Banyak lg kerja duk menunggu nuh..


TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM.. menu yg sangat membuka selera terutamanya di bulan puasa ni. Boleh gunakan ikan bagi menggantikan terung, rasanya maintain sedap... insyaallah.. Tengok kat SINI jika nak buat versi guna ikan bg yg tak makan terung atau saja2 nak menerai guna ikan...  Part ikan tu, terpulang lah nak guna ikan tongkol ke, tenggiri ke, ikan siakap pun boleh.. KITA YG BUAT DIA... kannnnn ^___^


Jom semak resipi...

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 btg terung panjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
Terung dibelah dan dipotong 2.
Gril terung menggunakan frying pan yg dah dipanaskan hingga lembut. Letakkan ke dalam pinggan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
Tuangkan ke atas terung yg dah digril tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.

SPICY FLORAL EGG BENEDICT

ASSALAMUALAIKUM..

Saja main2 kat dapur petang smlm masa duk masak lauk utk berbuka. Sebelum ni K.Nor dah try buat utk kali pertama, tapi dek kerana capsicum yg ada tak besar sgt, jd telur melimpah keluar. Kena pulak telur yg ada kat dapur hanya gred A. Kali ni ngam2 jer kejadiannya sbb K.Nor guna (baca: gi beli capsicum lain ler.. hehe) capsicum yg lebih besar saiznya dan K.Nor kurangkan sket part putih telur tu. Alhamdulillah.. menjadi dgn elok jer.. Tak tau nak bagi nama apa, jd K.Nor panggil jer dgn nama  SPICY FLORAL EGG BENEDICT..  fanjang funyer nama kan.. hehe


Kalau nak tau, ni gara2 cabaran atau permintaan si hero sulung mintak si tukang masak buat spt dlm gambar yg pernah dia tengok kat web mana ntah.. Dan K.Nor pun pernah tengok kat fb kalau tak silap. Sekali tengok berkenannyerrr.. cantik sgt dan terus simpan hajat nak buat. Bila K.Nor siap buat smlm K.Nor panggil dia ke dapur, seronok dia tengok bila telur tu dah menjadi. Dengan telur tu, K.Nor letak dlm roti burger dan terhasillah SPICY FLORAL EGG PATTI..  Utk anak2 kecil tak sesuai kut sbb diletakkan dlm capsicum melainkan anak2 tu tahan pedas. Tapi capsicum ni mana la pedas pun, wangi dan sedap jer.. :)

(burger ku kosong jer, lupa nak letak salad bagai.. haishhh... ) 

Sesuai dibuat breakfast dan kalau dlm bulan Ramadhan ni, sesuai dibuat juadah bersahur tapi si hero ku dah ngap lepas solat tarawih :) 

Saja lah letak resipi kat sini, kut2 ada yg nak menerai..

SPICY FLORAL EGG PATTI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
capsicum ~ merah/hijau
telur ~ saiz B
roti burger
mentega
slice cheese
salad, timun
sos cili
mayonis

Cara:
Hiris capsicum secara melintang dgn ketebalan 1 cm.
Belah 2 roti burger dan sapu dgn sedikit mentega.
Panaskan frying pan dan goreng roti tadi hingga garing bahagian yg dibelah (gunakan api sederhana). Ketepikan.
Dengan menggunakan pan yg sama, letak capsicum yg dihiris tadi dan biarkan ia masak lebih kurang 30 saat (supaya bahagian bawah capsicum tu rata dan bila kita letak telur tu nanti, ia tak tembus keluar)
Pecahkan telur dan letakkan secara perlahan2 dibahagian tengah capsicum. (sebolehnya biarkan bahagian kuning telur berada di tengah2 supaya lebih cantik hasilnya nanti)
Tutup dgn penutup dan goreng hingga bahagian putih telur masak. (terpulang samada ingin kuing telur masak terus atau masih cair2 lagi ~ 1/2 masak)
Angkat dan letakkan ke atas roti burger tadi yg dah letakkan cheese dan sayur2 lain.
Picitkan mayonis dan sos cili.
Sedia utk dimakan..



ROTI JALA BERINTI DAGING

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama plan nak buat roti jala yg ada inti nih.. Duk KIV manjang, akhirnya bila smlm ehh.. bila 2 hari lepas K.Nor buat Roti Jala (buatnya 2 hari lepas dan baru post ke blog smlm ya.. ) dan dimakan bersama Kari Ayam, K.Nor buat sebahagian dr adunan tu dan isikan inti daging sebelum menggulungnya. Alhamdulillah.. sangat sedap, kalau cicah dgn kuah Kari Ayam, laaagi la sedap! Inti ni boleh kita pelbagaikan, nak guna isi ayam pun boleh.. Terpulang pada citarasa masing2.. 


Utk menghasilkan roti jala yg tebal sket supaya nak menggulung nanti inti tak mencuri2 keluar perlu pekatkan sedikit adunan. Sebab tu K.Nor guna susu segar berbanding air biasa. Kalau guna santan pun ok. Kalau kita guna semua sekali air, adunan agak cair sket dan jala yg dihasilkan agak halus dan nipis. Kalau nak tambah sukatan tepung supaya lebih pekat pun boleh. Pandai2 la agak ya.. :)


ROTI JALA BERINTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna gred A
1/2 sudu kecil garam
inti daging secukupnya
pewarna yg disukai

Cara:
Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur dan garam kemudian ditapis.
Bahagikan kepada berapa bahagian mengikut berapa warna yg nak digunakan.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5 - 10 min.
Masukkan adunan ke dalam acu roti jala atau botol mayonis 3 muncung.
Panaskan non stick frying pan dan tebar adunan ke atasnya.
Bila roti jala dah masak, angkat dan terbalikkan ke atas papan pencanai atau dulang.
Letakkan 1 sudu kecil inti daging dan gulung seperti menggulung roti jala kebiasaannya.
Buatlah sehingga habis.
Enak dimakan begitu saja atau dicicah dgn kuah kari.

* seeloknya adunan/batter dikacau dgn menggunakan handwisk supaya lebih cepat sebati dan tidak berketul.
** k.nor lebih suka terbalikkan roti jala yg dah masak sebelum digulung. dgn cara ni, permukaan atas roti jala lebih cantik.
*** selain dr menggunakan susu segar boleh juga diguna santan.


Sori lah, ni gambar lama yg diambil dgn hp. K.Nor buat inti ni sebelum Ramadhan lagi aritu .
Buat siap2 dan letakkan dlm freezer, time nak guna, senang jer sbb dah ada dlm freezer kan.. :)

INTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 paket daging kisar~ k.nor guna ramly's brand
2 labu bawang besar ~ didadu kecil
2 biji kentang (saiz besar) ~ didadu kecil
2 - 3 sudu besar cii mesin
2 sudu besar rempah gulai ~ boleh guna rempah gulai kawah/kerutup
2 keping asam keping
1  cawan air
garam dan gula
minyak

Cara:
Basuh sedikit daging kisar dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
Tumis hingga cili garing dan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar, kentang dan daging kisar.
Goreng hingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan asam keping dan air. Kacau.
Renihkan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila inti hampir kering, padamkan api.
Sejukkan dan bolehlah digunakan.

*Jangan biarkan inti terlalu kering, biar lembab2 sket sbb nanti bila inti dah sejuk ia akan lebih mengering.
** Inti daging ni boleh digunakan dlm pelbagai juadah lain spt karipap, pau, puff, bun roti, dadar berinti dan lain2 lagi..