Tuesday, August 14, 2012

AYAM PRUN

ASSALAMUALAIKUM...

Entri masakan pertama selepas beberapa hari menyepikan diri. Menu tertunggak nih, dah buat beberapa hari yg lepas. Masak mmg tetap masak, duduk kat kampung ni payah sket nak main order2 lauk atau makanan kedai makan. Kalau sebelum ni, rumah tepi gergasi tu, mudah jer nak dptkan makanan. Call dan order jer dgn tokey kedai makan, pastu gi amik dan bayar sbb kedai makan dekat jer dgn rumah. Skrg ni, kena masak gak, kalau tak masak nak main order2 dah tak boleh mcm dulu. 


Bila dah masak, shooting tetap shooting nak2 kalau masakan yg baru dicuba atau dah create resipi baru. Cuma tang mengedit dan mengarang entri jer yg kurang kerajinan. Harap2 dapat kembali mood yg hilang sebelum ni walaupun hati tak rasa segembira sebelum ni nak menyambut raya di suasana baru.

Berbalik pada entri hari ni, AYAM PRUN, resipi Dayang yg dah pun dicuba oleh Sheila sebelum ni. K.Nor mmg dah save resipi Dayang ni sejak dia post kat blognya tu tp sbb asyik lupa nak beli prun tu yg jd tertangguh jer. Bila dah beli prun terus buat resipi ni.. Alhamdulillah.. tak mengecewakan.. mmg sedap. Seakan Ayam Masak Merah Berempah yg pernah K.Nor post dulu. Cuma ada kelainan bila diletakkan prun dalamnya. Ada rasa masam2 sket, tambah2 lagi bila kita mengunyah prun tu.. 


Mekasih Dayang, sudi berkongsi resipi. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya..

AYAM PRUN
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil atau ikut suka)
70g buah prun (pitted atau dibuang biji) +/-
1 sudu besar rempah kerutuk (DJ menggunakan rempah kerutuk Adabi)
4 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang)
air secukupnya
2-3 sudu besar madu atau secukupnya
garam secukup rasa
4 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)

Bahan-bahan kisar :
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara : Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama 1 jam.
Panaskan minyak secukupnya. Tumis rempah rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan air secukupnya.
Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka. Gaulkan.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan. (jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang dan bawang goreng)