ASSALAMUALAIKUM...
Macam biasa, weekend anak2 balik dr asrama. Si ibu pun bertambah ligat kat dapur, nak sediakan pelbagai juadah kegemaran dia org ni. Penat letak belakang, asal anak2 puas hati menjamu selera berbuka puasa di rumah bersama keluarga.. kannn...
Kali ni K.Nor buat Puding Karamel yg menjadi kegemaran anak2 terutamanya si hero bongsu. K.Nor mmg suka letak roti dlm puding karamel dan lebih suka masaknya dgn kaedah waterbath. Bila kita masak cara ni, insyaallah lubang2 yg selalu terjadi pd puding karamel dpt diatasi. Puding lebih halus mulus berbanding yg dimasak cara kukus. Tapi ada gak yg terror buat guna kaedah kukus dan tak berlubang2.. Agaknya dia org ni mmg guna sk2 kut .. hehe..
Terdapat kesan roti yg ketara sket sbb fp ku dah tumpul, blender lak dah rosak..
ermmmmm... nak yg baru la tu.. ada sapa2 nak hadiahkan blender sebijik? hehe
Kebetulan kat dapur ada roti butterscotch (keluaran gardenia) jd K.Nor guna jer la roti tu pastu terpikir lak nak jdkan satu kelainan dgn Puding Karamel lain bila masukkan paste butterscotch utk menaikkan lagi rasa butterscotch dlm Puding Karamel. Memang wangi dan sedap puding yg dihasilkan tambah lagi bila dimakan sejuk2 time berbuka..
Jom semak resipi bg yg berminat nak mencuba :)
PUDING KARAMEL BUTTERSCOTCH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
5 sudu besar gula * utk jadikan karamel
3 sudu besar air panas * utk jadikan karamel
5 biji telur ~ k.nor guna gred A
3 keping roti butterscotch
1 tin susu cair
200ml air
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil butterscotch essence
Cara :
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama susu cair hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Tapiskan telur tadi ke dalam mangkuk.
Masukkan air, susu pekat dan butterscotch essense ke dalam mangkuk tadi dan kacau perlahan2 hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50 - 65min).
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
* jika bahagian atas puding dah mula nampak keperangan, bolehlah diletakkan sekeping aluminium foil di atasnya dan teruskan proses membakar hingga puding masak.
** puding ni boleh juga dikukus sekiranya tak nak guna kaedah waterbath (kukus lebih kurang 50 min atau sehingga masak)