Thursday, August 2, 2012

SAMBAL SOTONG BERKENTANG & LAUK2 PENGIRING

ASSALAMUALAIKUM...


Sebenarnya dah lama K.Nor tak masak Sambal Sotong, duk asyik pelbagaikan menu utk sotong jer sebelum ni. Tapi smlm bila nak masuk opis, K.Nor tanya Along, nak buat lauk apa dgn sotong ni, dia terus jawab, Sambal Sotong. ermm.. yer la.. Sambal Sotong mmg salah satu menu pebret dia dari dulu2 lagi. Dah teringin sgt la tu sbb dah lama dia tak makan kan.. Jadi tu la menu yg dibuat ptg semalam (walau pun dlm hati plan nak buat Singgang Sotong awalnya hehehe....) Pastu, K.Nor gandingkan Sambal Sotong Berdaging ni dgn Tumis Air Taugeh dan Sambal Belacan. Simple jer kan menu K.Nor, mmg hari2 simple jer. K.Nor tak masak banyak lauk, cukuplah secara ala kadar jer.. Alhamdulillah.. tetap menyelerakan dan mengenyangkan... 


Kali ni K.Nor buat Sambal Sotong versi baru sket.. Yer la sangat kan.. baru sgt la tu.. Sekadar ditambah kentang yg digoreng jer dalam tu.. eermmmm.. lain la jugak dr Sambal Sotong biasa kan.. Setakat ni rasanya K.Nor tak pernah jumpa lagi org lain buat gini (tp kalau ada, dan K.Nor terlepas pandang, maaf ya.. mmg tak disengajakan.. ) K.Nor mmg suka kentang yg dimasukkan dlm lauk. Best jer meratahnya.. ^__^

Sambal Sotong Berkentang
SAMBAL SOTONG BERKENTANG

Bahan2:
5 ekor sotong ~ saiz sederhana
3 bj ubi kentang ~ dipotong baji/wedges
2 sudu besar cili mesin 
1 labu bawang besar ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 cm halia ~ dikisar
2 sudu besar kicap
air asam jawa secukupnya
air
garam dan gula 
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan goreng ubi kentang hingga masak. Ketepikan.
Dalam minyak yg sama, masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan yg dikisar dan tumis lagi.
Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan 1/2 cawan air.
Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, garam, dan gula.
Biarkan garing sedikit dan masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air.
Biarkan merenih dan kuah hampir pekat.
Masukkan sotong yg dah dipotong dan ditoskan terlebih dahulu.
Kacau dan biarkan sotong masak dan kuah sedikit pekat/kering.
Masukkan kentang yg dah digoreng tadi dan kacau rata. Biarkan sebentar.
Angkat dan sedia utk dihidangkan.



Tumis Air Taugah

Sambal Belacan
SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
5 - 7  biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
1 -2  biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda 

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.