ASSALAMUALAIKUM..
Orang dah lama ke bintang dan ke bulan, K.Nor baru jer nak panaskan enjin roket hehe.. Yer la, dah lama APAM POLKADOT@ APAM DOT DOT ni berlegar di ruang alam maya, baru hari ni ehhh.. smlm K.Nor berkesempatan membuatnya dgn kata lain mencuba utk kali pertamanya. Kebetulan abg K.Nor nak mengadakan majlis tahlil utk arwah emak dan arwah ayah K.Nor di rumahnya smlm, duk pikir2 nak godek apa lah nak dibawak ke sana. Memang tak best pergi dgn tangan kosong kan, selalunya K.Nor buatkan puding tiap kali abg K.Nor adakan majlis apa2 kat rumahnya. Tapi kali ni rasa tak nak buat puding tp nak mengedot ler pulak hehe.. Tak test skil kata org..
Kebetulan semua bahan2 mmg ada kat dapur, telur lak ngam2 ada 6 biji.. Sedang elok lah utk 2 adunan. Lagipun, K.Nor dlm proses nak clearkan peti ais dan kat dlm tu ada filling strawberi satu bekas dan filling blueberi 1/2 bekas. Alhamdulillah.. cukup2 jer filling tu utk 2 adunan apam yg digodek ptg semalam..
Berdebar gak bila pertama kali nak buat apam ni, takut tak jadi jer. Terus K.Nor contact Tun utk tip2 membuat apam ni (Tun mmg tokey apam, dah lama dia biz apam ni.. Mekasih Tun atas tips semua tu smlm) Alhamdulillah... menjadi dgn elok jer apam yg dihasilkan.. Along pun terkejut gak tengok, cantik dan mcm mario katanya (ingat lagi tak dgn permainan video game Super Mario hehe) dan dia pun kata ada mcm telur dinasour! heheh Dlm duk kata telur dinasour, dia yg paling banyak ngap smlm. Masa dia berbuka pun dah berapa biji dia ngap, pastu masa sahur tadi pun berbiji2 lg .. Alhamdulillah.. sedap la tu kan hehe
Okay, kita pergi pada resipinya lak ya.. Resipi ni K.Nor ambil kat rumah Hana Memories. Resipi apam ni asalnya dari APAM COMEL INTI KELAPA by Lilydvalley MyResipi dan dah diubah penggunaan intinya oleh Ita (APAM COMEL INTI BLUEBERRY) Pastu bila bertukar lagi nama kepada APAM DOT DOT bila Hana mengdot2kan apam yg dihasilkan.. Setakat yg K.Nor tau, tu lah salasilah APAM DOT DOT yg akhirnya bertukar lagi kepada APAM POLKADOT bila memunculkan diri dlm JELITA heheh.. Apapun terima kasih pada semua yg terlibat dlm perkongsian dan penyebaran resipi APAM POLKADOT ni... Semoga semua mendapat keberkatan dari Allah hendaknya...
Kat bawah ni K.Nor akan letak resipi yg dah K.Nor ejjas utk dijadikan rujukan di lain waktu, kalau nak tengok resipi asal APAM POLKADOT sila klik link ke rumah Hana tu dan utk tengok resipi asal APAM COMEL INTI KELAPA sila klik pada Lilydvalley tu ya... Mekasih..
RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : Lilydvalley MyResipi
olahan idea : hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecbubitGaram
Bahan-bahan
3 biji telur A - dari peti sejuk
250 gm tepung gandum
150 gm gula halus
170 gm susu segar (susu full cream)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
papercup secukupnya
acuan lompang
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min) sehingga likat dan agak ringan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12 min)
* k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min