f Secubit Garam: AYAM ROSEMERY GRILL MADU

Monday, September 10, 2012

AYAM ROSEMERY GRILL MADU

ASSALAMUALAIKUM..

Dari smlm nak masukkan entri ayam panggang ni tapi tak kesampaian. Tak per lah, kita masukkan hari ni walau dah jadi entri tertunggak ya.. 


Pernah nampak LinaPG post ayam panggang ni kat blog dia sebelum ni, jadi bila terasa nak memanggang ayam, K.Nor gi jer la ke blog dia dan kopipes resipi. Resipi aje ya.. bukan gambonyer sekali hehe

Alhamdulillah.. sedap ayam panggang aka ayam grill ni. Meratah gitu aje pun sedap. Izinkan K.Nor panjangkan resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih pd empunya resipi, Choppy MyR dan pada Lina yg dah menguar2kan resipi yg best ni.. :)

K.Nor buat 1/2 ekor jer dan bungkus ayam dlm foil pastu grill ayam dlm frying pan ..

AYAM ROSEMERY GRILL MADU
By :Choppy MyResipi
sumber:linapg.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam size M
1 kiub ayam
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
4 ulas bawang putih(tumbuk)
1in halia(tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit olive oil
2 tangkai daun rosemery (cincang)
sedikit rosemery kering
Kentang dan Karot

Cara-cara
Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
Perap 30 minit atau lebih (sy perap semalaman).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam
saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil)
Sapukan sedikit air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam.(Selebihnya saya kacau hingga pekat-jadikan kuah)
Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang.Supaya ayam tidak kering.

* k.nor hanya guna rosemary kering
* lebihan bahan perapan dan air yg keluar dr ayam semasa proses membakar/gril, k.nor satukan dan masak sekejap, pastu curahkan atas ayam..