Sunday, September 30, 2012

PERSONA again....

ASSALAMUALAIKUM...

Apa kabar, terutamanya pada yg masih menjadi pengunjung setia blog yg dah suam2 siku ni.. Tuan rumah dah makin lemau nak mengahapdet.. Lebih syok bersantaian kat rumah sambil berkebun. Pagi petang duk asyik membelai pokok2 yg semakin subur, alhamdulillah.. Dah berzaman menyimpan hajat nak bercucuk tanah, akhirnya diizinkanNya.. alhamdulillah.. Bila kita bersabar dgn redha dgn segala ujianNya tu, ada hikmah menanti kita insyaallah.. K.Nor mmg suka bercucuk tanam, sejak remaja lagi. Arwah ayah K.Nor selalu membantu kalau K.Nor nak buat apa2.. Masa menanam pokok kacang botol, dia yg sediakan para/trellis dr kayu yg dibuatnya menggunakan kayu2. Bab menyangkul atau menanam, mmg K.Nor sendiri yg buat.. hehe Arwah dulu pernah kerja kat Pejabat Pertanian jd dia banyak tau hal2 berkaitan penanam pokok. Dan arwah sendiri pun mmg gemar menanam pokok.. mungkin dr situ lah mengalir minat K.Nor dlm bab menanam ni kan.. alhamdulillah... 


ehhh..  kita balik pd entri hari ni. Mula2 nak mintak maaf. Sebenarnya Kek Lapis Cheese Persona ni dah lama K.Nor buat, cuma tak sempat tayang jer. K.Nor buat sehari sebelum ke Puchong baru2 ni, kes nak perabiskan seketul cheese dlm esbok. Jadi K.Nor buat 1/2 jer la dr adunan kat bawah sbb tu dpt kecik jer kek. Alhamdulillah.. kek ni mmg sentiasa sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga.. Mekasih pada empunya resipi, sapa lagi kalau bukan DJ radio yg makin meletop nun.. Kalau sebut jer Kek Lapis Cheese Persona mesti semua tau, pemilik resipinya adalah RYO AZHAR kan. Mekasih Ryo, mmg mabeles kek ni .. :)

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, k.nor guna biskut marie perisa kopi jenama Ping Pong)
500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml
1/2 cawan gula halus
30gm butter ~ yg ni k.nor tambah

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter)
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.