ASSALAMUALAIKUM....
Quick update ya.. Banyak kerja yg perlu disettle hari ni. Dah dua hari tak bersiaran, hari ni kena merajinkan diri dan meluangkan masa sekejap utk menghapdet. Dan jangan marah ya, sbb pancake ni sebenarnya dibuat minggu lepas. Lupa nak update jd K.Nor pilih pancake ni utk dijadikan entri arini.
Makan dgn susu pekat manis.. emmmm best!! |
Sebab nak cepat, gambar pun sempat edit sekeping jer. Resipi pulak copy paste dr resipi yg lepas2. Apapun disyorkan sgt utk mencuba resipi pancake yg paling sedap yg pernah K.Nor cuba. Boleh guna resipi resipi yg basic, FLUFFY PANCAKE (resipi dr Allrecipes) kalau tak nak letak paste cappuccino. Dari resipi yg basic ni, kita boleh pelbagaikan menggunakan bahan2 lain utk menghasilkan pelbagai pancake yg yummy.. Taip jer kat kotak search box tu fluffy pancake, insyaallah akan keluar resipi2 yg berkaitan yg pernah K.Nor cuba..
FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu besar cappuccino paste ~ boleh dibeli di kedai bakeri
4 sudu besar butter ~ dicairkan
Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan cappuccino paste. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)