ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni bersiaran awal sket sbb lepas ni ada banyak kerja yg perlu diuruskan. Kepada yg setia mengunjungi SecubitGaram, jutaan terima kasih diucapkan. Alhamdulillah.. walau tuan rumah hanya post gambar dan tak ada pot pet langsung, sekadar bagi salam jer, masih ada yg setia meninggalkan jejak. hehehe.. maaf lah ya.. sejak akhir2 ni tak tau nak cakap apa, selalu kebuntuan idea, blurrrrr gitu (bila gi BW pun gitu gak, masuk baca dan gi ke blog lain..maaflah pada geng masak2, bukan K.Nor tak berkunjung ke blog anda, cuma K.Nor tak tau nak ngomen apa .. masuk baca dn senyum sorang hehe ) Last2, masukkan gambar dan resipi aje, ok la kan dr blog tak berupdate. Mungkin lepas ni akan berulang gitu lagi cuma sesekali jer bila terasa nak pot pet baru ada karangannya nanti .. (kalau panjang berjela, jangan marah ya.. hehe)
Kalau di negeri2 lain, ada mee rebus masing2 yg pemes kan. Ada Mee Rebus Muar, Jawa, Mee Rebus Udang, Mee Racun, Mee Rebus Utara dan bermacam lagi lah.. Sebenarnya di Terengganu pun ada Mee Rebus yg tersendiri, yg tak sama dgn Mee Rebus yg pemes yg lain. Dari segi gravy/kuahnya tu, ianya jernih dan tak berempah mcm mee rebus lain2 tu. Yg utama dlm gravynya tu adalah kehadiran serbuk lada hitam (yg baru ditumbuk lagi best, juga jgn ditumbuk terlalu halus). Bila makan kuah gini, badan cepat hangat dan makan banyak pun tak muak sbb jenisnya kuahnya yg tak pekat berempah tu. Ada keenakkan yg tersendiri pada kuah Mee Rebus gini. Hanya org2 Trg yg selalu makan dan juga outsider yg juga dah biasa makan yg tau keenakkannya. Mee Rebus Trg Style gini, mmg menyelerakan terutamanya pada org yg demam atau tak ada selera makan. Memang layanaaan sgt time tu, bermangkuk pun boleh habis. Utk menambahkan keenakkannya, selalunya K.Nor sediakan Sambal kicap cili, iaitu cili merah/api yg dihiris dan dicampurkan kicap manis dan sedikit cuka. Kalau nak makan dgn sambal kicap (spt sambal kicap yg dimakan bersama mihun soto) pun boleh. Kalau kat kedai2 makan/warung2 selalunya disediakan cili jeruk, tu pun syok tau bila makan dgn Mee Rebus ni. Pedas lada hitam bergabung dgn kepedasan sambal kicap cili atau cili jeruk ... fuhhh mmg berpeluh satu badan. Yg demam pun kejap jer kebah hehehe
Jom lah mencuba Mee Rebus yg cukup mudah tapi menyelerakan ni.. Semoga kena pada selera anak tekak masing2 ya.. ^__^
MEE REBUS Trg Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 bungkus mee kuning
200gm daging/isi ayam
5 bj bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk
2 liter air
Bebola ikan/sotong
2 - 3 bj telur
Lobak merah
Sawi/kobis secukupnya
2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
1 biji cili merah ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun saderi ~ dihiris
Minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris.
Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan.
Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit).
Angkat dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.
SAMBAL KICAP CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
3 biji cili merah atau 9 biji padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
secubit gula
Cara:
Hiris cili merah atau cili padi.
Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.
Mungkin ada yg tak tau mengenai MALAYSIAN FOOD FEST yg diadakan dikalangan blogger2 masakan. Sila klik link utk mengetahui detail mengenainya. Kebetulan bulan ni, menu bagi bulan ni jatuh pada negeri Terengganu dan host bagi bulan ni pula adalah LENA of FROZEN WING. Sebelum ni K.Nor dah tau hal ni dari Gert (bila Gert duk tanya apa menu2 dr Trg yg fames dan mudah disediakan) dan bila Lena maklumkan yg dia guna gambar Laksa Kuah Putih dlm entri pengenalannya tu dan mengajak K.Nor join sama, terasa terseru la pulak nak join sama. Seronok tengok ramai blogger2 yg amik bahagian (Wendy, Gert, Phong Hong, Lena dan lain2),walaupun ada yg tak pernah makan masakan tu, tp dgn sportingnya turut sama amik bahagian dan masak menu2 yg femes di Trg ni.. Ada yg buat Nasi Dagang, Roti Paung, Laksam, Nasi Minyak Trg Style, masakan ayam chinese style dan ada yg buat Ketupat Sotong dan Rojak Betik pun ada. Bila dah ramai buat masakan yg mmg pemes di Trg tu, K.Nor rasa nak buat yg org luar kurang kenal la.. tapi tetap pemes bagi anak Trg.. MEE REBUS Trg Style..
Jadi K.Nor nak submit post ni ke MALAYSIAN FOOD FEST yg mana LENA of Frozen Wing menjadi hostnya..