f Secubit Garam: NASI TOMATO SERAI

Thursday, October 25, 2012

NASI TOMATO SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Ada yg berpuasa hari ni? Selamat berpuasa ya.. semoga ibadah kita diterima oleh Allah.. K.Nor nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua teman2 pengunjung beragama Islam. Ampun dan maaf andai ada silap tutur kata, terlebih gurau senda yg tak disedari menyentuh hati dan perasaan sapa2 aje.. semoga esok dan hari2 mendatang adalah yg lebih baik dr yg semalam dan sebelumnya.. 


NASI TOMATO SERAI & The Gang ni sebenarnya dah lama K.Nor buat, tak perasan pun masih ada tercongok dlm fail, tanpa diedit pun lagi. Jadi K.Nor amik kesempatan tayang set nasi hari ni sekurang2nya boleh dijadikan idea utk dimasak pada hari raya nanti ya.. 

Mekasih pada Kak Pah @ Ibundo yg sudi berkongsi resipi ni. Memang banyak resipi2 yg menarik dan menyelerakan kat blog Kak Pah.. Insyaallah ada masa akan dicuba lagi pelbagai resipi yg K.Nor post kat sana.. ^__^

Kebetulan masa nak buat nasi ni baru perasan tak ada stok tomato puree jadi K.Nor gunakan tomato sos jer sebagai pengganti. Sebab tu warnanya pucat sket.. :)

NASI TOMATO SERAI
resipi : K.Pah@Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 cawan (cawan rice cooker) beras basmati
1/2 tin kecil tomato puri
3 sudu besar butter/majerin
2 biji bawang besar bersaiz kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai dipotong dua dan dititik
1 genggam kismis
1 cawan susu cair
3 cawan santan cair
air secukupnya
1 cube stok ayam
1 sudu kecil garam

Cara:
Panaskan butter/majerin. Tumis bawang merah,putih, halia dan rempah penumis. Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan. Masukkan tomato puri dan goreng sekejap. Masukkan ke dalam rice cooker bersama beras yang telah dicuci.
Masukkan susu cair dan santan ke dalam beras. Tambah air secukupnya.
Masukkan serai, garam dan cube stok ayam.
Apabila nasi hampir kering airnya, masukkan kismis.
Gaul perlahan-lahan apabila nasi telah masak supaya beras tidak patah.



KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.



AYAM MASAK KANDAR
Resipi : Nieza
Sumber : K.Nor

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.