Monday, October 8, 2012

SHEPHERDS (COTTAGE) PIE

ASSALAMUALAIKUM..

Kenapa ada cottage dlm bracket kat tajuk? Kalau ikutkan K.Nor guna resipi SHEPHERDS PIE yg K.Nor ambik kat rumah AYU S'Pore tp spt kata Ayu, kalau kita guna daging kambing baru kita boleh panggil sheperd pie dan kalau kita guna daging lembu sepatutnya kita panggil cottage pie. (boleh refer entry Ayu utk sahihkan info ni) Sebelum ni K.Nor pun pernah buat COTTAGE PIE, nak resipi sila klik kat SINI..  Menang K.Nor dah lama baca kisah nama yg sepatutnya bg dish ni tp tu la kan, dah penggunaan namanya dah jd kebiasaan kat mana2, walau guna daging lembu pun disebut Shepherds Pie..Tak kisahlah nak panggil apa pun tp rasanya tak salah kalau kita perbetulkan dan tak salah juga kalau kita tak nak ikut pun.. terpulang pada diri masing2. 


Okay lah ya.. kita balik pd menu kali ni.. Seperti yg K.Nor bagi tau awal2 tadi, resipi ni K.Nor ambil kat rumah Ayu S'pore. Bila tengok Ayu post kat FB terus start enjin jet ke dapur dia.. dan terus save resipi hehe.. Memang sangat2 tirguda nak buat tp disebabkan tak ada keju mozarella dlm stok, terpaksa ku pendamkan hajat. Ingat nak ke gergasi nak cari cik moza tu tp sejak duk jauh sket ni, payah betul nak gi rembat itu ini kat gergasi nun. Kalau dulu masa duk sebelah gergasi, rasa nak buat apa2 terus jer start enjin keter.. skrg ni, fikir seploh kali kalau nak buat apa2.. ermmm.... nasib la kan..

Bila dah teringin sangat nak buat, K.Nor tak peduli dah tak ada cik moza pun, K.Nor gantikan aje dgn keju parmesan yg masih ada kat esbok. Keju gak kan.. hehe.. dan K.Nor skip kacang peas sbb tak ada stok lagipun anak2 kurang suka sket bila letak kekacang ni.. Bila dah masak tu, makan masa suam2 panas.. pergghhhhhhhhhh... mmg sedap sungguh! Along ngap hampir setengah mangkuk tu.. Memang sedap katanya.. K.Nor suka rasa daging tu, cukup sedap! (cuma next time kalau nak buat K.Nor nak skip part white sauce sbb rasa cam muak sket hehe) Mekasih Ayu sudi menggoda diriku dgn SHEPERDS PIE tempohari. Memang berbaloi membuatnya.. Cuma Nor kurangkan sket penggunaan cili serbuk (letak 1 sudu besar pun dah cukup pedas!!) dan ada bahan yg Nor gantikan dgn bahan yg ada kat dapur dan ada yg Nor skip. Biasalah tu kan.. hehe  Thank u for sharing ya Ayu! opss... Mekasih juga buat K.Liza sbb resipi utk bahagian topping tu asalnya dr dapur K.Liza :)



SHEPHERDS PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan Kentang 
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah

Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)

Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms) ~ k.nor guna kimball (mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor tak letak
1 tin kecil cendawan butang dihiris ~ k.nor tak letak
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu
1 biji lada merah dipotong dadu
1-2 sudu besar cili serbuk ~ k.nor guna 1sb jer
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 kiub stok ayam
1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum
garam + perasa secukupnya

Mozarella cheese untuk taburan ~ k.nor guna parmesan cheese

Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.

Cara Assembling Shepherd Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.