f Secubit Garam: November 2012

Thursday, November 29, 2012

FRUIT JELLY again...

ASSALAMUALAIKUM...


Dessert yg pernah jd fenomena satu ketika dulu.. ermm.. adalah dlm akhir2 tahun 2010 kut selepas K.Nor post entri INI.. Alhamdulillah.. itu lah manisnya berkongsi sedikit ilmu yg Allah pinjamkan.. Senyum sendirian bila tengok di sana sini, situ sinun org duk tayang Fruit Jelly hasil tangan masing2.. Tumpang seronok sebenarnya tapi bukan tumpang bangga. Buat apa nak bangga, kang timbul riak.. Tak baik riak2 nih.. lagipun semua yg elok2 tu datang dr Allah jua.. kan. Dan terima kasih pada Yani MyResipi@Decochoco yg berkongsi resipi pada permulaannya.. Dari resipi yg Yani share kat MyResipi, dah K.Nor olah mengikut citarasa K.Nor dan akhirnya K.Nor stick dgn resipi tu.. Apapun, terpulang pada masing2 nak ikut resipi asal dr Yani atau yg dah K.Nor olah.. tak ada paksaan okay :)

Bagi yg nak tengok step by step utk menghasilkan Fruit Jelly ni boleh klik kat SINI ya...



Kali ni K.Nor tak buang orange pulp (tak tapis perahan jus oren) utk memberikan efek yg lebih real pd  jelly ..

FRUIT JELLY 
resipi : Yani MyR

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

** Ni resipi yg K.Nor edit sbb K.Nor buat guna agar2 serbuk seberat 10gm sepeket

FRUIT JELLY

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml < air + jus limau >
7 sudu besar gula
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah, boleh juga jika nak gantikan dgn sedikit pewarna kuning)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masak semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Wednesday, November 28, 2012

UDANG CELUP TEPUNG

ASSALAMUALAIKUM...

Biasanya kat Tganu ni pemes dgn ICT (Ikan Celup Tepung) terutamanya di area Teluk Ketapang dan di Kg Penarik pun mmg satu port yg juga pemes kalau nak makan ikan celup tepung. Dengan menggunakan ikan atau seafood lain yg segar yg baru didaratkan oleh para nelayan sekitar, menjadikan ICT di situ mmg best. Biasanya ikan celup tepung ni menggunakan bancuhan tepung spt yg selalunya kita guna utk menggoreng pisang, cempedak, sukun dan juga ubi keledek.


Kali ni K.Nor nak share satu resipi hasil olahan dr resipi2 menggoreng cendawan dan juga ayam yg pernah K.Nor cuba sebelum ni. Bancuhan tepung yg dihasilkan banyak gak la tp tak jadi hal sbb lebihan tepung tu boleh disimpan dlm peti ais. Masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm peti ais, insyaallah tahan lama. Time nak goreng, keluarkan dan guna.. mudah jer kan.. Selain menggunakan udang, bancuhan tepung ini boleh juga digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi (spt yg K.Nor buat dlm gambar di bawah nun... Terpulang pada stok bahan2 di dlm esbok dan juga pada selera anak tekak masing2 ya...

Udang dan Bendi  Celup Tepung

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 

Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.

*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..


Tuesday, November 27, 2012

HOKKAIDO CHOCOLATE MARBLE LOAF

ASSALAMUALAIKUM..

Dari roti loaf biasa, K.Nor buat tambah sedikit chocolate emulco dlm sebahagian doh, kemudian bentukkan secara pintalan/tocang. Kemudian letakkan kembali dalam loaf tin, biarkan naik 2x ganda kemudian bakar spt biasa dan hasilnya.. wallahhhhhhhh...


Ni lah hasilnya, HOKKAIDO CHOCOLATE MARBLE LOAF, dengan menggunakan resipi asal HOKKAIDO MILKY LOAF yg pernah K.Nor buat dulu. Roti yg halus mulus dan sangat gebus. Hasil dr penggunaan whipping cream di dalam adunan doh, memberikan hasil yg cukup memuaskan hati.


Dari doh yg sama yg mana satu adunan menghasilkan doh yg agak banyak, K.Nor buat bentuk flower bun dgn menggunakan sosej ayam Ramly.. ermmmm.. so yummy!!

HOKKAIDO MILKY LOAF
Source: Angie's Recipes & Wendy
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid
source :  K.Nor@SecubitGaram

540 gm Bread flour
60 gm Cake flour
10 gm instant yeast
30 gm Milk powder
80 gm Sugar
9 gm Salt
1 large Egg
250 gm Fresh milk
150 gm Whipping cream

1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved.
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.

Monday, November 26, 2012

APAM KELEDEK OREN

ASSALAMUALAIKUM...


Dah breakfast? Belum? Awal lagi kan, meh jamu mata dgn apam yg sedap lagi mantop nih.. APAM KELEDEK OREN.. resipi yg pernah dibuat dulu, sumber asal dari majalah kalau tak silap K.Nor.. Bila K.Nor letak bawah tajuk resipi dgn perkataan 'sumber', bermakna resipi tu bukan milik K.Nor ya.. melainkan kalau K.Nor letak 'resipi : K.Nor@Secubitgaram'.. ni baru resipi dr K.Nor sendiri.. Kalau tak explain kang ada pulak yg kecoh kata K.Nor ngaku resipi org lain sbg resipi K.Nor sendiri.. Harap maklum... Rasanya tak perlu lah huraikan hal ni lebih detail, kang ada lak yg berasap telinga pagi2 nih.. hehe


APAM KELEDEK (olahan dr Apam Kentang)
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
1 cwn keledek oren
250 ml susu cai/santan
1/2 cwn gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
3/4 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder


Cara-cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan (biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yis, baking powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati (K.Nor guna handwisk jer)
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut yg digaul dgn sedikit gula dan garam.


* cara K.Nor:

  • setelah adunan siap dibancuh, isikan  1/2 penuh bekas/mould yg telah disapu dgn sedikit minyak.
  • perap selama 1 jam.
  • baru lah dikukus hingga masak.



  • Thursday, November 22, 2012

    PUDING KEJU DE BELANG2

    ASSALAMUALAIKUM..

    Entri tertunggak ni.. jgn marah ek.. dah lama jadi baja dan pernah menjadi hidangan masa Ibh Sue dtg bertandang ke rumah K.Nor hari Jumaat lepas.. (terima kasih buat Sue & suami yg sudi mencmar duli ke teratak tengah padang baru2 ni ya.. harap maaf andai ada layanan yg terkurang :) ehhh...esok dah Jumaat kan.. aishh dah seminggu pun, baru sempat tayang.. Tak per lah.. gambar tak basi kan.. hehe


    Puding yg pernah meletop satu ketika dulu, resipi hasil kreativiti AlongRoz yg menggunakan biskut keju (cheese crackers). Rasa yg lemak2 berkrim, mmg sgt sedap.. Kali ni K.Nor buat versi belang2 atau berlapis2 utk memberi kelainan rasa dan rupa pd puding yg menjadi kegemaran anak2 nih.. 

    Mekasih Along atas perkongsian puding yg best ni, mcm biasa, izinkan Nor share lagi sekali kat sini ya.. mmuuah utk Along dan Liana :)


    PUDING KEJU
    resipi : AlongRoz
    sumber : K.Nor@SecubitGaram


    Saiz 8" persegi
    BAHAN2:

    13g Serbuk Agar-Agar
    1 liter Air
    120g Gula
    3 biji Telur
    120-150g Biskut Cheese - blend halus
    1 sb Tepung Kastad
    400ml Susu Cair
    200g Susu Pekat
    50g Mentega

    CARA2:
    1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
    Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

    2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
    Masukkan susu & kacau sebati.
    Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
    Masukkan mentega sehingga sebati.

    3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
    Sejukkan sebelum di hidangkan.


    * Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
    Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

    ** utk menghasilkan puding yg berbelang/berlapis, bahagikan adunan puding kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan 1/2 sudu kecil chocolate emulco dan kacau hingga sebati. kemudian sendukkan secara berselang seli dgn adunan plain ke dalam mould/loyang sehingga habis.

    Wednesday, November 21, 2012

    AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS

    ASSALAMUALAIKUM...

    Satu lagi resipi ayam panggang/bakar yg sedap, menjilat jari! Memang akhir2 ni K.Nor suka buat ayam panggang, terutamanya bila dah ada 'pembantu baru' yg cekap bekerja tu.. Alhamdulillah.. kerja2 memanggang pun cpt.. Lagi pun cik abe dan anak2 K.Nor mmg suka makan ayam panggang.. Masak ayam panggang adalah kerja yg sangat mudah, perap ayam dgn rempah ratus dan bakar/panggang.. mudah jer kan.. hee...


    Kali ni K.Nor mencuba satu resipi hasil google, cari punya cari resipi ayam panggang, terjumpa kat rumah Che CT yg sinonim dgn baju merah dan tudung hitam tu.. hehee Sorang blogger masakan yg semakin hari semakin top, dah ke persada luar negara tau.. Memang sangat bangga dgn pencapaian CT nih, sorang yg sangat baik hati dan tak meninggi diri.. Senang berkawan dgn CT.. (bodek baekkkk punya ni tau CT hehe)

    Resipi asal dr Ros JintanManis yg dah kembali menetap di Jepun. Mekasih ya Ros, mmg sedap ayam panggang/bakar yg diletak mayonis ni.. Memang finger lickin' good :)



    AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS
    resepi : Ros@Jintanmanis
    sumber : Ct Delima & K.Nor

    Bahan-bahan:
    1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
    1 sudu kecil blackpaper
    2 cm halia ( agak-agak je)
    2 biji bawang putih
    1/4 biji bawang besar
    1 sudu besar madu
    1 sudu besar gula
    1 sudu kecil kicap manis
    1/2 sudu kecil garam
    2 sudu besar mayonis
    sedikit lada sulah

    Cara-cara:
    1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
    2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).

    Tuesday, November 20, 2012

    KEK COKLAT BERYOGURT

    ASSALAMUALAIKUM...

    Bila anak tekak craving nak makan kek cekelat... Memang dah lama tak buat kek cekelat yg berganache nih.. Last sekali masa raya puasa hari tu, tu pun tak sempt makan secubit pun walhal buat 2 biji.. Nak tunggu org hantar dpn pintu, bila lah agaknya kan.. Ada gak yg hantar tp dpn muka buku, yg kenyang hanya mata  hehe..

    Kek yg togel tanpa hiasan tp sooo yummy!! ^__^

    Memang nak godek sgt kek cekelat, tambah lagi hati meronta nak menerai satu resipi yg nampak menyelerakan sungguh kek cekelatnya pd pandangan mata K.Nor. KEK COKLAT BERYOGURT yg pernah Doc Ina Harlina tayang kat blog dan fb dia. Pastu kalau tak silap Ibh Sue lak buat dan tayang kat blog dan fb.. errmmm.. menggoda habis! Memang nampak gebu dan moist... Kebetulan ada 2 cup yogurt dlm esbok, terus  la K.Nor godek kek yg dikongsikan oleh Puan Doc tu.. Siap jer salut kek dgn ganache, ada tetamu dtg ke rumah.. ermmm... mmg langkah panjang betul la adik sorang tu.. hehe.. Jadi la rezeki dia sekeluarga dan juga sorang anak sdara K.Nor. Alhamdulillah.. mmg moist dan sedap kek ni tp yg K.Nor buat ni agak padat sket tak spt yg Doc Ina buat nampak gebu jer. Memang a keeper la resipi ni.. Insyaallah akan dibuat lagi nanti, sbb K.Nor dan anak2 mmg suka rasanya tu..

    Ina, Nor share kat sini lak resipi tu ya.. Mekasih banyak2 kongsi resipi yg best ni.. :)

    KEK COKLAT BERYOGURT
    sumber : inahar's cooking time
    sumber : K.Nor@SecubitGaram

    BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)- menghasilkan kek yg besar.
    2 cawan tepung gandum
    2 cawan gula perang
    1 cawan cocoa powder
    1 cawan susu pekat manis ~ k.nor guna 1/2 cawan jer
    2 tsp baking powder*
    1 tsp baking soda*
    3 biji telur
    1 cawan yogurt
    1 cawan corn oil
    1 tsp vanilla essence
    1/2 tsp garam,
    1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1suduteh nescafe ngan 1 caw air panas)

    Cara Membuatnya:
    Ayak bahan * sekaligus
    Pukul sekejap semua bahan.
    Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .

    Bahan Topping/Ganache:-
    300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
    1 sudu teh esen vanila
    150ml susu segar
    sedikit butter

    Cara:
    Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.
    * cara k.nor, panaskan susu cair menggunakan kaedah double boiler, bila susu dah panas, masukkan cooking chocolate yg dah dipotong kecil. kacau hingga coklat cair, padamkan api dan masukkan butter. kacau lagi hingga butter cair . kacau hingga sebati.

    * k.nor guna loyang 9 x 9, lain kali nak guna 8 x 8 baru tinggi sket kek..

    Sunday, November 18, 2012

    ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

    ASSALAMUALAIKUM..


    ASAM PEDAS KEPALA IKAN KERACHI (TONGKOL)
    resipi : YatieMemories

    Bahan-Bahan
    2 ketul kepala ikan kerachi/merah-di belah 2 ~ k.nor guna ikan tongkol
    2 biji tomato-belah 4
    1 cekak daun kesom
    1 btng bunga kantan-belah 2
    2 btng serai- di ketuk
    3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
    Garam dan sedikit gula
    minyak utk menumis

    Bahan Kisar
    1 cawan cili kisar
    1 inci kunyit hidup
    1 inci halia
    1 biji bawang besar
    5 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1/2 inci belacan, dibakar
    1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)
    Air secukupnya -dlm 4 cwn

    Cara-Cara
    Kepala ikan di belah 2, jadilah dlm 4 keping semuanya, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.
    Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
    Bila mendidih, masukkan kepala ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
    Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
    Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

    Thursday, November 15, 2012

    KERABU TAUGEH & KERANG

    ASSALAMUALAIKUM...

    Tak pernah makan pun lg sebelum ni Kerabu Taugeh dan Kerang. Selalu gak tengok Geng Masak2 duk tayang menu ni. Tapi org kata seru tak datang, jd tak buat la.. Kebetulan K.Nor tanya geng2 lama forum Myresipi, apa menu dr negeri Kedah dan Perlis (kes nak join MFF yg bulan ni jtuh kepada bulan Kedah dan Perlis) ada yg syorkan pelbagai menu dr Kedah spt Gulai Daging Batang Pisang la, Pulut dgn Mangga la.. dan ada yg syorkan Kerabu Taugeh Dgn Kerang dan pelbagai menu2 lain... erm... hati dah terpaut dgn menu kerabu ni.. Apatah lagi bila diletak kerang, mesti best kan :)


    Bila ke pasar baru2 ni K.Nor beli la 1kg kerang, mahel wehh skrg ni. Tak tau la kat pasar tu yg mahal atau mmg dah mahal giler kerang sekarang ni. Dah 5 hingget sekilo. Kalau dolu2 seringgit jer sekilo.. ermmm... semua harga barang naik, tak ada yg turun kan.. yg pasti air hujan jer yg turun hehe

    Bila dah buat kerabu ni, punya la sedap! Memang syok kalau meratah gitu aje. Tambah lagi kalau diletak kerang banyak2 sket hehe..Taugeh tu K.Nor tak celur pun, K.Nor lebih suka makan kerabu taugeh ni bila ada rasa rangup2 taugeh tu. Memang tak rugi mencuba resipi yg K.Nor ambil dr dapur Ika@Mek Siam yg dah lama menyepi tu.. Resipi asal dari Sherry MZ@MyResipi. Mekasih ya atas perkongsian resipi dan mekasih gak pada geng2 potpet atas idea yg disumbangkan  ^__^


    KERABU TAUGEH n KERANG
    sumber : Ika@Arah

    Bahan-bahan ( 4 orang )
    Sebungkus taugeh (50sen - 1.00)
    3 ulas bawang merah (dihiris)
    7 biji cili padi (dihiris)
    Seinci belacan (dibakar)
    Sedikit udang kering (rendam dulu)
    1 sudu teh lada hitam biji
    2 sudu makan air perahan lemon/limau
    1 sudu makan kerisik
    Garam & gula secukup rasa

    Cara-cara:
    Taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak. (k.nor skip)
    Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
    Hiris halus bawang merah & cili padi.
    Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
    Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh. Gaul rata.
    Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
    Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula.
    Sedia untuk dimakan dgn nasi panas

    * K.Nor juga spt Ika, tumbuk semua bahan2 ~ bawang merah, cili padi, belacan, udang kering dan lada hitam.


    I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kedah and Perlis Month hosted by WendyinKK of Table for 2.....or More.

    Wednesday, November 14, 2012

    HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

    ASSALAMUALAIKUM..

    Ni satu lg resipi yg dah merata org duk buat. Memang geram jer tengok sana sinun duk tayang cupcake yg menggoda jiwa raga nih tp sbb masa tu kat rumah ni cuma ada 3 ahli jer, mood nak membaking tu agak merudum. Memang tak syok sungguh kalau nak baking apa2 tp anak2 tak ada. Dan satu lg penyebab tak buat2 sbb tak jumpa cupcake liners yg cun yg berkenan di hati hehe.. Padahal bukan tak boleh buat dgn menggunakan ramekin. Tersadai ramekin dlm gobok, tak ada yg nak guna hehe.. Nanti lah, lain kali buat guna ramekin lak.. sbb aritu buat tak puas makan! silap gi buat 1 adunan jer huhu...


    Resipi HCC ni K.Nor amik kat dapur Sonia. Memang dah lama berkenan dgn HCC ni, sejak Sonia tayang mula2 dulu.. Kebetulan baru2 ni Luqman dan Aisyah balik cuti hujung minggu (3 minggu yg lepas), terus jer K.Nor godek HCC.. yer... dah lama jd baja nih, dah 3 minggu K.Nor buat nih.. hehe.. Tak kecukupan anak2 makan HCC ni.. Lain kali kena buat double adunan tu.. baru puas ngap hehe.. 




    HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
    *makes 9 cupcakes
    source : K.Nor

    Chiffon cake
    3 egg yolks
    20g sugar
    35g corn oil
    60g milk
    70g cake flour

    3 egg whites
    25g sugar

    Filling
    60g dairy whipping cream
    10g sugar
    1tsp instant custard powder

    Icing sugar, for dusting

    Method
    1. Pre-heat oven to 170C.
    2. Arrange paper liners on baking tray.
    3. Hand whisk egg yolk and sugar till pale in colour.
    4. Add in corn oil and milk, mix well.
    5. Sift in cake flour, stir to combine.
    6. Beat egg white until foamy, gradually add sugar, and continue beat till soft peak form.
    7. Take 1/3 of egg white and use a hand whisk to mix into egg yolk batter.
    8. Fold in the balance egg white with a spatula till well combine.
    9. Scoop batter into pre-arranged paper liners to about ¾ full.
    10. Bake for 20-25 mins at middle rack.
    11. Beat whipping cream with sugar till firm and stiff (over a bowl of iced water).
    12. Add in custard powder, mix well.
    13. Pipe custard cream into cupcake and dust with icing sugar. Refrigerated before consume.

    * k.nor tabur dgn coloured sugar

    Tuesday, November 13, 2012

    AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU

    ASSALAMUALAIKUM...

    Dek kerana geram dgn pokok selasih yg segar merimbun, semalam K.Nor mengugel utk mencari resipi yg menggunakan daun selasih. Tapi dlm kepala memang ingat yg AlongRoz pernah share beberapa resipi menggunakan daun selasih dlm masakannya. Dalam banyak2 resipi, hati tetap tertarik dgn resipi dr AlongRoz. Disebabkan dah keluarkan ayam dr freezer, jadi K.Nor buat menu ayam dulu. Next time nak buat versi ikan pulak..


    Kat dapur Along, K.Nor tertarik dgn resipi AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU. Kebetulan semua bahan2 ada kat dapur, jadi K.Nor procceed dgn menu ni. Bimbang gak kalau anak2 tak suka menu ni, biasalah sbb bau daun selasih agak kuat dan jarang2 dibuat masakan guna daun selasih ni. Lain la kalau daun kesum, daun ketumbar, daun sup, daun limau purut.. semua dah biasa dgn bau daun2 tu.. Alhamdulillah.. anak tekak anak2 semua boleh terima masakan ni. Bagi K.Nor mmg sedap dan wangi jer bau masakan yg simple dan mudah disediakan ni. Memang boleh dibuat lagi lain kali ni.. Mekasih Along sudi berkongsi resipi ni ya.. Lain kali Nor try yg lain2 lak.. Opss.. mcm biasa Nor derhaka sket ya Along, Nor dah goreng dulu ayam tu sebelum dimasak bersama bahan2 lain.. :)


    AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU
    By: AlongRoz@HomeKreation
    sumber : K.Nor@SecubitGaram

    BAHAN2:
    1/2 ekor Ayam - potong2
    6-8 biji Cili Hijau*
    6 biji Cili Padi Hijau*
    6 ulas Bwg Putih* (* tumbuk kasar)
    1 btg Serai - ketuk
    1" Halia - di hiris
    1 bj Bwg Besar - di hiris
    1 sb Sos Ikan
    2 sb Sos Tiram
    1 bj Tomato - di potong
    Daun Selasih - seberapa byk yg suka
    Garam

    CARA2:
    Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bahan tumbuk* sehingga wangi.
    Masukkan serai, halia, bwg besar & kacau sebentar.
    Masukkan ayam, sos ikan, sos tiram & kacau sebati.
    Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk.
    Tutup sehingga ayam betul2 masak.
    Tambahkan garam jika tidak cukup masin.
    Masukkan daun selasih & tomato, kacau beberapa minit.
    Hidangkan dgn nasi putih.

    * k.nor goreng dulu ayam yg digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng 1/2 masak)


    Pokok Selasih.ku...





    Monday, November 12, 2012

    PAIS AYAM TEMASEK

    ASSALAMUALAIKUM..

    Org lain dah merata buat menu ni kan, K.Nor baru jer terhegeh nak mencuba. Takper la.. org kampung sebelah kata, Better Late Than Never.. hehe.. mmg sebelum ni nak buat tp asyik tertangguh. Selalunya lupa nak beli daun kunyit la yg jadi penyebabnya.. Tapi sejak jadi org kampung ni, dan merajinkan tanam itu ini sket2.. dapat lah makan hasil dr tanaman. Org kata tak rugi berbudi pada tanah kan.. insyaallah akan dapat hasilnya.. Jadi tak perlu lagi beli daun kunyit, daun selasih, kucai, daun kunyit, pandan, daun limau purut dan yg paling best, daun kesum pun tak perlu beli dah skrg ni.. alhamdulillah.. banyak tanaman yg sedang hidup subur termasuk daun pegaga yg cukup pantas membiak. Skrg ni tunggu kangkung, selom dan pudina utk membesar dgn jayanya.. Memang seronok skrg ni, dapat melepaskan dendam yg lama membara dek nak menanam.. Setakat ni tak leh tanam pokok buahan lagi, kena tunggu buat pagar dulu sbb kat sini cik kobau dan cik lembu sgt banyak.. Nanti sia2 jer tanam tp jd habuan dek dia ekor tu.. huhu.. Banyak lg yg dah ditanam.. kacang botol, kacang bendi, pisang, limau kasturi.. ermmm.. semua nya K.Nor ada ditayang kat album 'farmville' K.Nor di pesbuk.. hehee... eh... dah melalut tang ke tanaman la pulak.. heee.....


    Ok jom, balik ke pangkal jalan. Menu Pais Ayam Temasek ni.. ermmmm... sangat sedap! Mmg menjilat jari..  Gravynya tu.. mmg best! Makan dgn pulut kuning pun best ni.. Memang boleh dibuat lagi dan lagi.. K.Nor tak bakar dlm oven tp bakar dlm pemanggang ajaib tu.. Memang kejap jer masak dan masaknya pun serata.. Sekarang ni sejak ada pemanggang ni mmg tak guna oven dah bila nak bakar ayam.. Guna jer pemanggang tu, kerja2 memasak pun jadi cepat .. Alhamdulillah.. mekasih pd Abang K.Nor yg hadiahkan pemanggang jenis Dessini tu.. sapa yg nak tau rupa pemanggang ni sila klik SINI.. (kita org tak jd jual atau jd ejen pemanggang ni ya... HARAP MAKLUM.. hehe)


    Adehh.. asyik melencong jer dr main point arini kan.. kita kembali lg sekali ke pangkal jalan.. Mekasih Ayu, sudi berkongsi resipi PAIS AYAM TEMASEK ni. Izinkan Nor share kat sini lak ya... :)

    PAIS AYAM TEMASEK
    sumber: Puan Aini Salim
    sumber: Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

    Bahan:-
    1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan(Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje)
    1 helai daun kunyit dihiris
    2 helai daun limau purut disiat
    2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
    2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
    1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
    garam & perasa secukupnya
    daun pisang secukupnya

    Bahan kisar:-
    15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
    12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
    6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
    8 biji buah keras
    1 cm lengkuas
    1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
    beberapa cili padi -(Ayu tambah)
    1 sudu makan serbuk ketumbar
    1 sudu teh serbuk jintan putih

    Cara:-
    Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan santan, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam.
    Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
    Bubuh ayam di atas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit.

    Saturday, November 10, 2012

    DONUT KELEDEK OREN

    ASSALAMUALAIKUM...

    Projek pertama, utk cuti sekolah yg bermula smlm di Tganu. Dah lama ngidam nak buat donut sbb donut. Tapi sebab kekurangan korum dlm rumah terpaksa ditangguhkan. Semalam masa dlm perjalanan pulang dr mengambil Luqman kat sekolahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan, K.Nor sempat sambar ubi keledek dan ubi kayu kat kawasan Penarik. Dalam kepala mmg dah aim si Donut Keledek Oren..


    Alhamdulillah... donut yg dihasilkan sangat memuaskan hati. Lembut, gebus dan sangat lah sedap! Bila diletak ubi dalam adunan donut, tak kiralah ubi keledek atau kentang, donut yg terhasil sangat lah lembut dan  insyaallah akan bertahan 2 - 3 hari kelembutannya (selepas digoreng). Tapi percayalaaaaahhhhh...^____^ donut ni mmg tak sempat bermalam punya. Bila dah goreng tu, gerenti kejap jer licin.. hehe Memang tak leh nak stop makan.. Ni pun silap buat 1 adunan jer.. kena doublekan adunan lain kali, boleh difrozenkan dan goreng anytime kan..

    Asalnya resipi donut ni K.Nor guna resipi yg dah pernah buat dulu (kat SINI). K.Nor dah ejjas sbb berat sebiji keledek yg direbus tu lebih dr utk 1 adunan asal. Jadi resipi yg K.Nor letak kat bawah ni adalah resipi olahan ya.. kalau nak guna resipi asal dr Kak Wan tu pun boleh.. Terpulang lah pada citarasa masing2. Dan kalau tak ada stok keledek boleh aje kalau nak gantikan dgn kentang. Ikut jer sukatan spt keledek tu.. insyaallah no problemo :)

    DONUT KELEDEK OREN
    resipi asal : K.Wan
    resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

    Bahan:
    320 gm tepung gandum
    2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
    60 gm gula castor
    180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
    1 biji telur A
    90 ml air
    1 sudu besar susu pekat manis
    1/2 sudu kecil garam
    1  sudu besar butter
             ~
    minyak 
    gula castor secukupnya

    Cara-cara :
    Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
    Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
    Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
    Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
    Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
    Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
    Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
    Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
    Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
    Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
    Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
    Angkat dan toskan. 
    Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.


    *boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
    * kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut 
    *kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
    * gunakan botol air mineral atau minuman bergas yg kecil. potong bahagian bawah botol spt dlm gambar di bawah


    Gunakan bahagian mulut botol utk menekan bahagian dalam doh yg telah dileperkan ..

    Thursday, November 8, 2012

    LEMPENG PISANG SEDAP

    ASSALAMUALAIKUM..


    Yer... mmg sedap lempeng ni. Bukan lempeng sebarang lempeng, dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Cuba tengok bahan2 yg digunakan, selain dari pisang yg menjadi bahan utamanya, K.Nor juga letak kismis yg dicampur dgn bahan2 lain kemudian ditabur dgn kepingan badam @almond flakes.. perghhh. masa masak tu kan.. wangi dgn bau pisang dan juga badam tu.. Mmg best! 


    Lempeng ni bukan aje ada rasa manis2 pisang dan kismis (K.nor tak letak gula sbb dah ada rasa manis dr pisang dan juga kismis, jadi sebaiknya guna pisang yg masak ranum) tp ada rasa lemak2 badam yg crunchy bila di ngap tu.. tak yah bayangkan lah.. kalau ada pisang, dan almond flakes, sila lah godek lempeng ni utk breakfast di hujung minggu ya... hehe


    LEMPENG PISANG SEDAP

    Bahan2:
    1 1/2 cawan pisang yg dilecek
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    1/2 cawan susu segar/full cream
    1 cawan tepung gandum
    3 sudu besar kismis
    secubit garam
    kepingan badam (almond flakes) secukupnya

    Cara :
    Campurkan kesemua bahan kecuali kepingan badam.
    Gaul hingga sebati, rehatkan seketika lebih kurang 10 - 15 min.
    Panaskan kuali leper non stick dgn api yg sederhana.
    Tuangkan sesenduk kecik adunan dan ratakan dlm keadaan membulat.
    Taburkan kepingan badam ke atasnya.
    Bila bahagian bawah dah masak keperangan, terbalikkan lempeng tadi.
    Dan biarkan ianya masak sepenuhnya (tp jgn sampai kepingan badam hangus)
    Angkat dan teruskan memasak adunan hingga habis.

    * tiada penggunaan gula dlm bahan2 yg digunakan sbb dah ada rasa manis dari pisang yg digunakan. oleh itu seeloknya guna pisang yg masak ranum ya..

    Wednesday, November 7, 2012

    RED GUAVA JELLY PUDDING

    ASSALAMUALAIKUM..

    Dah banyak hari tak bersiaran kan.. Maaf buat pengunjung2 SG, asyik duk layan Ayam Perap Masak Kicap jer manjang. Tuan rumah agak kebizian sedikit akhir2 ni.. Bila dah bz tu, badan pun fenat.. bila dah fenat.. kurang kerajinan menghapdet pun melanda.. ermm.. sesuatu yg payah nak elakkan skrg nih.. haishhhh.. nak tak nak arini kena la ghajenkan diri mengedit gambar dan mengarang hehe

    Sebelum tu, nak panjatkan rasa bersyukur kehadrat Ilahi, hero sulong akan menamatkan zaman tanam anggurnya tak lama lagi. ALHAMDULILLAH...  Insyaallah Ahad ni (11 Nov.) dia akan melapurkan diri di Hospital Nur Zahirah KTrg sbg sorang dentist. Tempat bertugas belum diketahui lagi tp yg pastinya dalam negeri Tganu, insyaallah.. Sejak grad aritu (bulan Jun), 4 bulan gak la duk jadi penanam anggur yg berjaya.. ermmm.. anggur yg ditanam tp lemak yg bertimbun kat badan.. makin gumuks hero sorang tu sejak duk tanam anggur nih.. heheh


    Jom lah, kita cuci mata dgn menu dessert kali ni.. Dah lama betul tak ada show dessert kan.. RED GUAVA JELLY PUDDING, amat mudah disediakan. (warning ya.. jelly ni jenis GEDIK2 MANJA ya... tak pejal  mcm puding/agar2 sbb kita hanya guna serbuk jelly konyakku dan bukan serbuk agar2) Idea lahir bila tengok pati jus pink guava duk lepak2 kat dapur. Harum jer bau jelly pudding ni.. yer la kan, pink guava atau jambu batu pink mmg wangi dan sedap kan.. masa kecik dulu mmg suka benor makan jambu batu pink nih.. Biarpun butir/biji nya banyak tp best! Manis dan wangi jer..

    Bagi yg tak ada pati jus pink guava, boleh gak nak menerai dgn pati jus lain ya.. Terpulanglah nak derhaka guna bahan yg lain.. Pandai2 la ejjas, tak kena pancung kepala pun kalau derhaka tu.. asal menjadi dah.. hehe


    RED GUAVA JELLY PUDDING
    resipi : K.Nor@SecubitGaram

    Bahan2:
    1 sudu besar serbuk jelly konyakku
    350ml air
    250ml susu fresh
    100ml pati jus pink guava
    3 sudu besar gula
    nata d'coco secukupnya

    Cara:
    Masukkan air dan gula ke dalam periuk.
    Masukkan pula serbuk konyakku dan kacau sebati.
    Panaskan hingga mendidih dan masukkan susu fresh.
    Masak seketika (tak perlu sampai mendidih) dan masukkan pula pati jus pink guava dan kacau.
    Padamkan api dan biarkan sejuk sekejap.
    Isikan nata d'coco secukupnyake dalam bekas/mould yg ingin digunakan.
    Tuang adunan jelly tadi hingga memenuhi mould. Biarkan sejuk.
    Masukkkan ke dalam peti ais dan biarkan ianya sejuk dan mengeras(set) dan bolehlah dihidangkan.

    Friday, November 2, 2012

    AYAM PERAP MASAK KICAP

    ASSALAMUALAIKUM...

    Resipi asal dr K.Fida@MyResipi tp dah disebarkan virusnya oleh Mas Duniaku.. Mekasih pd kedua2nya.. :)




    AYAM PERAP MASAK KICAP
    Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
    sumber : Mas & K.Nor


    Bahan A :
    1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
    6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
    1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
    1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
    1 sudu besar serbuk rempah kari *
    1 sudu kecil serbuk kunyit *
    1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
    1 - 2 sudu besar air asam *
    garam dan gula secukup rasa

    Bahan B :
    1 biji bawang besar - hiris bulat
    2 biji kentang - potong baji dan goreng
    2 biji tomato - belah 4
    1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
    1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
    sedikit daun sop,daun bawang - dihiris

    Cara :
    Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
    Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
    Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
    Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
    Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
    Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
    Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

    Thursday, November 1, 2012

    CHOCOLATE CUPCAKES WITH GANACHE FILLING

    ASSALAMUALAIKUM...

    Cupcake yg dah lama hadam sbb buat minggu lepas lg dah ni.. Buat tu sbb nak bawak ke asrama anak dara, jadi kelam kabut sket. Lepas masak jer terus ke asrama dia.. Sampai terlupa nak shoot gambar bedah siasat cupcake ni. 


    Rasanya yg lembut, gebu dan sedap, tambah lagi ada filling ganache kat dalam. Sebelum keluar rumah sempat ngap sebiji yg panas2 tu.. perghhh.. manyak sedap!! Ganache yg kat dalam tu melted dan tak ubah makan Molten Chocolate Cake.. Memang yummy!!

    Adunan agak cair sket sbb tu tak berapa naik atau kembung kat atas cupcake ni.. Rasanya next time nak kurangkan sukatan air yg digunakan.. Kalau tengok banyak step yg perlu dibuat utk menghasilkan cupcake ni kan.. tapi mudah jer tu.. cuma perlu sediakan ganache dan batternya jer.. Kalau males nak buat frosting, boleh jer skip (K.Nor pun skip jugak! hehe).. Ni pun dah cukup sedap, nak2 bila dimakan panas2.. 


    Resipi K.Nor ambil dr RASA MALAYSIA.. sori la ya, kurang kerajinan nak translate. Kalau sapa2 yg susah nak faham tu, copy dan translatekan kat google translator ya.. :)


    CHOCOLATE CUPCAKES WITH GANACHE FILLING
    source : Rasa Malaysia & K.Nor
    Adapted from Bakericious
    Make 12 cupcakes | Prep Time: 20 minutes | Cook Time: 18-20 minutes

    Ingredients:

    Ganache Filling
    3 ounces (85g) bittersweet chocolate, finely chopped
    1/4 cup (60ml) heavy cream
    1 tablespoon confectioners’ sugar

    Chocolate Cupcakes:
    3 ounces (85g) bittersweet chocolate, finely chopped
    1/3 cup (28g) cocoa powder
    3/4 cup (180 ml) hot water
    2 teaspoons instant coffee powder
    3/4 cup (115g) bread flour
    3/4 cup (147g) baking sugar ~ k.nor guna 100gm jer 
    1/2 teaspoon salt
    1/2 teaspoon baking soda
    6 tablespoons vegetable oil
    2 large eggs
    2 teaspoons white vinegar
    1 teaspoon vanilla extract

    Vanilla Buttercream Frosting ~ k.nor skip
    1 cup (226.5g) unsalted butter, room temperature
    3-4 cups (375g – 500g) confectioners’ sugar, sifted
    2 teaspoons vanilla extract
    1-2 tablespoons milk

    Sprinkles for decoration

    Method:
    Ganache Filling:
    Combine all three ingredients for the Ganache Filling in a bowl. Double boil the chocolate mixture. Whisk the mixture until smooth. Remove from the double boiler and chill in the refrigerator for not more than 25 minutes.

    Chocolate Cupcakes
    Mix the bittersweet chocolate with the cocoa powder in a bowl. In a cup, pour 3/4 cup of hot water into the instant coffee powder. Slowly add the coffee into the chocolate mixture and whisk until smooth. Chill in the refrigerator for 20 minutes.

    Pre-heat the oven to 350°F. Sift the bread flour, sugar, salt and baking soda in a bowl. Set aside.

    Use a new bowl and beat the oil, eggs, white vinegar and vanilla extract together. Slowly add in the chocolate-coffee mixture. Whisk well.

    Next, add in the sifted ingredients 2-3 tablespoons each time and whisk until smooth. Divide the batter evenly among the cupcake liners. Drop in a rounded teaspoon of the Ganache Filling into the center of each cupcake batter. Bake the cupcakes for 15-18 minutes until firm to touch.

    Vanilla Buttercream Frosting
    Use a mixer with a paddle attachment and beat the butter until soft and fluffy at medium speed. Slowly pour in 3 cups of confectioners’ sugar, 1 cup at a time and mix well. Then add the vanilla extract and 1 tablespoon heavy cream while mixing for another 2-3 minutes.

    Adjust the icing stiffness accordingly. Add additional 1 tablespoon of heavy cream if the icing consistency is too stiff or 1/2 cup of confectioners’ sugar if the icing is too thin.

    Cook’s Note:
    Alternate method to melt the Ganache Filling is to use the microwave. Combine all ingredients in a microwave-safe bowl and heat on high for 20-30 seconds. Whisk until smooth. Chill in the refrigerator for no longer than 25 minutes.