ASSALAMUALAIKUM...
Dek kerana geram dgn pokok selasih yg segar merimbun, semalam K.Nor mengugel utk mencari resipi yg menggunakan daun selasih. Tapi dlm kepala memang ingat yg AlongRoz pernah share beberapa resipi menggunakan daun selasih dlm masakannya. Dalam banyak2 resipi, hati tetap tertarik dgn resipi dr AlongRoz. Disebabkan dah keluarkan ayam dr freezer, jadi K.Nor buat menu ayam dulu. Next time nak buat versi ikan pulak..
Kat dapur Along, K.Nor tertarik dgn resipi AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU. Kebetulan semua bahan2 ada kat dapur, jadi K.Nor procceed dgn menu ni. Bimbang gak kalau anak2 tak suka menu ni, biasalah sbb bau daun selasih agak kuat dan jarang2 dibuat masakan guna daun selasih ni. Lain la kalau daun kesum, daun ketumbar, daun sup, daun limau purut.. semua dah biasa dgn bau daun2 tu.. Alhamdulillah.. anak tekak anak2 semua boleh terima masakan ni. Bagi K.Nor mmg sedap dan wangi jer bau masakan yg simple dan mudah disediakan ni. Memang boleh dibuat lagi lain kali ni.. Mekasih Along sudi berkongsi resipi ni ya.. Lain kali Nor try yg lain2 lak.. Opss.. mcm biasa Nor derhaka sket ya Along, Nor dah goreng dulu ayam tu sebelum dimasak bersama bahan2 lain.. :)
AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong2
6-8 biji Cili Hijau*
6 biji Cili Padi Hijau*
6 ulas Bwg Putih* (* tumbuk kasar)
1 btg Serai - ketuk
1" Halia - di hiris
1 bj Bwg Besar - di hiris
1 sb Sos Ikan
2 sb Sos Tiram
1 bj Tomato - di potong
Daun Selasih - seberapa byk yg suka
Garam
CARA2:
Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bahan tumbuk* sehingga wangi.
Masukkan serai, halia, bwg besar & kacau sebentar.
Masukkan ayam, sos ikan, sos tiram & kacau sebati.
Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk.
Tutup sehingga ayam betul2 masak.
Tambahkan garam jika tidak cukup masin.
Masukkan daun selasih & tomato, kacau beberapa minit.
Hidangkan dgn nasi putih.
* k.nor goreng dulu ayam yg digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng 1/2 masak)
Pokok Selasih.ku... |