f Secubit Garam: LEMPENG PISANG SEDAP

Thursday, November 8, 2012

LEMPENG PISANG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..


Yer... mmg sedap lempeng ni. Bukan lempeng sebarang lempeng, dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Cuba tengok bahan2 yg digunakan, selain dari pisang yg menjadi bahan utamanya, K.Nor juga letak kismis yg dicampur dgn bahan2 lain kemudian ditabur dgn kepingan badam @almond flakes.. perghhh. masa masak tu kan.. wangi dgn bau pisang dan juga badam tu.. Mmg best! 


Lempeng ni bukan aje ada rasa manis2 pisang dan kismis (K.nor tak letak gula sbb dah ada rasa manis dr pisang dan juga kismis, jadi sebaiknya guna pisang yg masak ranum) tp ada rasa lemak2 badam yg crunchy bila di ngap tu.. tak yah bayangkan lah.. kalau ada pisang, dan almond flakes, sila lah godek lempeng ni utk breakfast di hujung minggu ya... hehe


LEMPENG PISANG SEDAP

Bahan2:
1 1/2 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan susu segar/full cream
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kismis
secubit garam
kepingan badam (almond flakes) secukupnya

Cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali kepingan badam.
Gaul hingga sebati, rehatkan seketika lebih kurang 10 - 15 min.
Panaskan kuali leper non stick dgn api yg sederhana.
Tuangkan sesenduk kecik adunan dan ratakan dlm keadaan membulat.
Taburkan kepingan badam ke atasnya.
Bila bahagian bawah dah masak keperangan, terbalikkan lempeng tadi.
Dan biarkan ianya masak sepenuhnya (tp jgn sampai kepingan badam hangus)
Angkat dan teruskan memasak adunan hingga habis.

* tiada penggunaan gula dlm bahan2 yg digunakan sbb dah ada rasa manis dari pisang yg digunakan. oleh itu seeloknya guna pisang yg masak ranum ya..