Monday, November 12, 2012

PAIS AYAM TEMASEK

ASSALAMUALAIKUM..

Org lain dah merata buat menu ni kan, K.Nor baru jer terhegeh nak mencuba. Takper la.. org kampung sebelah kata, Better Late Than Never.. hehe.. mmg sebelum ni nak buat tp asyik tertangguh. Selalunya lupa nak beli daun kunyit la yg jadi penyebabnya.. Tapi sejak jadi org kampung ni, dan merajinkan tanam itu ini sket2.. dapat lah makan hasil dr tanaman. Org kata tak rugi berbudi pada tanah kan.. insyaallah akan dapat hasilnya.. Jadi tak perlu lagi beli daun kunyit, daun selasih, kucai, daun kunyit, pandan, daun limau purut dan yg paling best, daun kesum pun tak perlu beli dah skrg ni.. alhamdulillah.. banyak tanaman yg sedang hidup subur termasuk daun pegaga yg cukup pantas membiak. Skrg ni tunggu kangkung, selom dan pudina utk membesar dgn jayanya.. Memang seronok skrg ni, dapat melepaskan dendam yg lama membara dek nak menanam.. Setakat ni tak leh tanam pokok buahan lagi, kena tunggu buat pagar dulu sbb kat sini cik kobau dan cik lembu sgt banyak.. Nanti sia2 jer tanam tp jd habuan dek dia ekor tu.. huhu.. Banyak lg yg dah ditanam.. kacang botol, kacang bendi, pisang, limau kasturi.. ermmm.. semua nya K.Nor ada ditayang kat album 'farmville' K.Nor di pesbuk.. hehee... eh... dah melalut tang ke tanaman la pulak.. heee.....


Ok jom, balik ke pangkal jalan. Menu Pais Ayam Temasek ni.. ermmmm... sangat sedap! Mmg menjilat jari..  Gravynya tu.. mmg best! Makan dgn pulut kuning pun best ni.. Memang boleh dibuat lagi dan lagi.. K.Nor tak bakar dlm oven tp bakar dlm pemanggang ajaib tu.. Memang kejap jer masak dan masaknya pun serata.. Sekarang ni sejak ada pemanggang ni mmg tak guna oven dah bila nak bakar ayam.. Guna jer pemanggang tu, kerja2 memasak pun jadi cepat .. Alhamdulillah.. mekasih pd Abang K.Nor yg hadiahkan pemanggang jenis Dessini tu.. sapa yg nak tau rupa pemanggang ni sila klik SINI.. (kita org tak jd jual atau jd ejen pemanggang ni ya... HARAP MAKLUM.. hehe)


Adehh.. asyik melencong jer dr main point arini kan.. kita kembali lg sekali ke pangkal jalan.. Mekasih Ayu, sudi berkongsi resipi PAIS AYAM TEMASEK ni. Izinkan Nor share kat sini lak ya... :)

PAIS AYAM TEMASEK
sumber: Puan Aini Salim
sumber: Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahan:-
1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan(Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje)
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut disiat
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
garam & perasa secukupnya
daun pisang secukupnya

Bahan kisar:-
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih

Cara:-
Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan santan, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam.
Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
Bubuh ayam di atas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit.