ASSALAMUALAIKUM..
Jom breakfast! Meh kita layan menu bekpes yg biru mata itam ku nih. Sesekali pekena GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP mmg best.. Kena pulak makan kat beranda di temani bayu pagi yg nyaman.. pergghhhh.. syok abissssssss hehehe
Utk Garlic Bread K.Nor guna resipi Fendi (suami Yani MyResipi) dan utk Mushroom Soup K.Nor masih guna resipi Minami tp ada edit situ sini la mengikut kesuaian bahan yg ada kat dapur dan ikut selera anak tekak si tukang masak :) Mekasih pada keduanya ya..
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya
Cara2
Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
resipi : Minami MyR
sumber: K.Nor@SecubitGaram
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam ~ k.nor guna 1/2 kiub jer
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ k.nor guna 5 kpg cendawan shitakae kering
garam
secubit ajinomoto ~ k.nor skip
1 cawan tepung gandum ~ k.nor tak letak semua ni cuma sbb nanti terlalu pekat. ejjas2 sendiri la kepekatan mengikut selera masing2
Cara2:
Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garamdan ajinomoto.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.