Monday, December 3, 2012

NEOPOLITAN COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah.. akhirnya dpt juga menayang kek yg gebus gebas, cair dlm mulut.. kek yg menjadi kegemaran seisi keluarga ni.. Ni kali ke dua K.Nor cuba bermain2 dgn resipi asal iaitu COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE dgn memberi sentuhan neopolitan pada rupa parasnya.. Kali pertama dulu pernah buat versi DOUBLE LAYER COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE.  Kalau dlm versi asal/original dah acapkali buat dah.. Saja ler, gatal tangan nak memberi sentuhan berlainan dr yg kebiasaan.. hehe




Bila diperhatikan kek ni, seakan kek alunan kasih jer, berombak gitu layernya.. Ni kes nak cepat, gi tuang adunan seterusnya tu tanpa berhati2 di tepi loyang, jd ia tenggelam situ sini.. hehe.. tp cun gak bila nampak neopolitan versi alunan kasih kan.. cuma tak ada outline hitam yg memisahkan antara satu layer dgn layer yg lain jer seperti KEK ALUNAN KASIH .. 


Kepada penggemar ciskek, jom ler cuba kek yg mabeles ni.. kek yg bertambah enak bila dah bermalam dlm esbok.. ermmmm........ nyaman sekali ^__^

COTTON SOFT JAPPANESE CHESECAKE
sumber : Alma MyResipi

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


* Utk hasilkan kek versi neopolitan seperti yg K.Nor buat:
- bahagikan kek kepada 3 bahagian
- satu bahagian dicampur dgn 1/2 sudu kecil chocolate emulco, kacau hingga sebati (jgn overmix)
-  satu bahagian lagi dicampur dgn 1/2 sudu kecil esen vanila
-  adunan ke tiga dicampur dgn 1/2 sudu kecil strawberi emulco dan sedikit pewarna pink/merah
- masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, kemudian baru masukkan adunan plain keatasnya dan ratakan
- akhir sekali tuangkan adunan pink/merah ke atasnya dan ratakan