Wednesday, December 12, 2012

RENDANG AYAM HARUM

ASSALAMUALAIKUM..

Tak semestinya time raya jer kalau nak merendang atau makan rendang dgn ketupat palas or lemang kan.. Kalau dah terasa nak makan rendang tu, godek jer.. Tp kena standby dulu ketupat palas or lemang, baru dpt makan dgn mood raya hehe..


Resipi RENDANG AYAM HARUM ni, K.Nor ambil dari DapurKuSayang, ownernya yg sedang dlm mood bercuti lg tu.. hehe.. Sori ya Dayang, K.Nor dah ganggu Dayang duk gader2 aritu :) Opss.. Lupa nk bgtau, rendang ni menu lunch 2 hari lepas. Kena tunggu que baru boleh masukkan entri..hehe Mekasih share resipi rendang yg best ni. Time dinner mlm tu, K.Nor makan rendang ni bersama ketupat palas.. ermmm.. sedap! :)

RENDANG AYAM HARUM
resepi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
daun kunyit secukupnya (dihiris) ~ 2 helai
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
santan secukupnya ~ 3/4 cawan santan fresh
kerisik secukupnya ~ 1 sudu besar
gula apong/gula melaka/gula pasir/gula perang ~ gula nisan
2 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
cili giling/cili kisar secukupnya ~ 2 sudu besar
sedikit serbuk kari daging (optional) ~ 1 sudu besar rempah gulai

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumiskan rempah 4 sekawan bersama serai, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul-gaulkan dan masaklah hingga ayam hampir empuk.
Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak hingga kuahnya pekat.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih, lemang, nasi impit, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya. Selamat mencuba!

#yg berwarna maroon yg k.nor buat ya..