f Secubit Garam: ROMANTIC DUO MUFFIN

Thursday, December 27, 2012

ROMANTIC DUO MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM...

Muffin hasil gabungan perisa pandan dan juga strawberi.. memberikan rasa yg cukup enak.. Tak caya? Try ler buat.. ^___^


Menggunakan resipi Muffin Pandan dr dapur Rinnchan dan pernah buat dulu (SINI). Bila projek yg nak dijalankan secara tiba2, dan tak cukup bahan spt santan, K.Nor gantikan santan tu dgn susu tepung yg dibancuhkan dgn air. Kena lebihkan sukatan susu tepung sbb biasanya santan yg digunakan agak pekat sket kan (bukan santan cair) jd kenalah pandai2 agak banyak mana nak guna susu tepung tu.. K.Nor tak guna susu cair sbb kaler susu cair ni kekuningan jd bila dibancuh dgn pewarna, warna muffin yg dihasilkan kurang menarik dan agak kekuningan. Tapi terpulanglah pd citarasa masing2, boleh aje nak gantikan santan td dgn susu cair, cuma kaler la lari sket ya.. hehe


MUFFIN PANDAN 
Sumber : Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan: 
200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) 
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.


Utk menghasilkan ROMANTIC DUO MUFFIN spt yg K.Nor buat ni :

- bahagikan adunan yg siap dibancuh (tanpa meletakkan paste pandan dan pewarna hijau) kepada dua bahagian.
- 1 bahagian dicampur dgn 1/2 sudu kecil pandan paste dan sedikit pewarna hijau. Kacau sebati.

- 1 bahagian lagi dicampur dgn strawberi paste dan sedikit pewarna pink/merah. Kacau sebati
- masukkan adunan ke dalam papercup/muffin cup secara sebelah menyebelah atau boleh juga jika nak ditindih antara warna tersebut. 
- taburkan dgn badam cincang diatasnya.
- bakar sehingga masak.

* utk santanya, k.nor gantikan dgn bancuhan susu tepung
- 185ml air + 4 sudu besar susu tepung utk menghasilkan tekstur susu yg pekat spt santan..