Tuesday, December 4, 2012

UDANG BLACK PEPPER

ASSALAMUALAIKUM...

Lama tak tayang menu seafood kan.. Meh kita cuci mata dgn masakan udang yg sangat sedap ni.. dah la ianya mudah disediakan, sedap hingga menjilat jari pulak tu.. kalau nak kata hingga menjilat plate kang, nampak tak senonoh pulak.. hehe.. 


Bagi yg tak ada sos black pepper boleh aje skip sos tu, cuma lebihkan sedikit sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam ya.. Insyaallah, tak rugi mencuba nih... ^__^


UDANG BLACK PEPPER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

350gm udang ~ saiz sederhana
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam
minyak
capsicum merah/hijau ~ dadukan (optional)

Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper, sos tiram dan serbuk lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan udang, brokoli dan capsicum.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan...

* boleh masukkan garam tambahan jika kurang rasa masin. terpulang pd selera masing2.