ASSALAMUALAIKUM..
Pagi2 lagi dah pasang niat nak menghapdet entri di blog yg dah makin suram ni.. Bukannya tak ada gambar atau masakan yg nak dipostkan cuma kelemauan yg menjadi2 jer sejak akhir2 ni. Sekali dah himpun gambar dlm photoshop, fuhhh.. ku kaup semua gambar2 yg belum diedit.. Edit sekali gus, buat siap2.. nanti kalau nak mengarang mood tinggi sket.. hehe Teruk betul perangai kan.. Adehhh. gini la bila komitmen semakin berkurangan akibat mood yg sentiasa merudum..
Kali ni K.Nor nak share satu resipi daging burger yg dihasilkan. Dah 2 minggu rasanya K.Nor buat daging burger ni. Ni pun kes melayan permintaan hero sulong yg dah lama nak K.Nor buat sendiri daging burger. Dia teringin makan burger yg dagingnya tebal dan besar tak macam daging burger di pasaran yg nipis2 jer tu kan.. Bila tengok dlm rancangan2 AFC, bukan main tebal lg daging burger yg dihasilkan. Tu yg dia geram jer.. hehe
Hasil dr olahan situ sini, dr beberapa resipi yg K.Nor rujuk kat tenet.. terhasil la satu resipi yg memuaskan hati K.Nor sekeluarga terutamanya si hero tu. Dia banyak membantu dlm proses membuat daging burger ni. K.Nor cuma kisar daging dan sediakan bahan2 lain. Dia la yg menggaul dan membentuk kepingan daging burger mengikut saiz yg dia nak. Ada yg bulat, ada yg square.. ermm lantak jer la.. dia yg nak makan hehehe.. Yg pasti setiap satu mmg tebal ! K.Nor tak larat nak habiskan sebiji burger tu tp dia boleh habiskan 2 biji tau! Yer la, tangki si semak ni kecik jer.. tangki keter kancil la katakan (tp badan tetap maintain bambam skrg huhu)
Daging burger yg dihasilkan ni mempunyai rasa pedas2 sket, berempah dan yg pastinya SIHAT! Pedas datang dr serbuk lada kasar dan serbuk lada hitam, berempah dr italian herbs dll dan SIHAT SBB TAK ADA KANDUNGAN LEMAK/FAT ! Daging yg K.Nor gunakan bukannya daging kisar yg boleh kita beli kat pasaraya tu tp K.Nor guna 100% daging tempatan yg tanpa lemak. K.Nor mmg beli daging fresh yg bebas dr lemak2. Jadi burger yg dihasilkan mmg tak ada kesan lemak yg keluar bila kita bakarnya.. Healthy food la kiranya kannnnnnn hehe
Complete set nih.. agak2 berapa puluh hengget nak jual se plate ni ya.. hehehehe |
Dah panjang bebel2 di pagi Senin nih.. Meh la semak resipi.. Masih ada lagi gambar2 yg nak diedit/watermark ni dan perut pun dah mula berkeroncong .. :)
HOMEMADE GRILLED BURGER
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan - utk daging burger:
800gm daging lembu (tanpa lemak) ~ basuh dan toskan
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 kuning telur
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar dried parsley
1 sudu besar italian herbs
1 cawan breadcrumbs
1 sudu kecil garam
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
plastik bersih secukupnya
Cara:
Kisar halus daging yg dah dipotong kecil bersama bawang besar dan bawang putih dgn menggunakan food procceser.
Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kuning telur, serbuk cili kasar, serbuk lada hitam, dried parsley, italian herbs, breadcrumbs, garam dan daun ketumbar.
Gaul hingga sebati.
Ambil sekepal daging dan bentukkan bulat dan leper.
Alas dgn plastik yg dah dipotong, melebihi sedikit dr saiz kepingan daging.
Ulang sehingga daging habis dan susun dlm sebuah bekas.
Simpan dlm peti ais semalaman (supaya daging set dan tidak berkecai bila kita membakar/menggorengnya)
* boleh juga jika ingin menggunakan daging kisar yg sedia ada di pasaran tp tak leh jadi healthy food la ya sbb daging tersebut mempunya kandungan lemak yg agak tinggi.
Tangan doc gg duk membentuk kepingan daging burger tu ya.. so mahal la sket kalau nak charge roti burger K.Nor ni .. hehehe....
Bulat ada... |
Square pun ado... yg ni sq tu special sket, ada cheese dlm nya :) |
Alas dgn plastik supaya kepingan daging tak melekat antara satu sama lain.. |
Perbandingan saiz yg homemade dgn yg kilang made .. Lebih besar dan lebih tebal ^__^ |
Bahan2 - utk membuat burger
roti burger secukupnya
butter
slice cheese
salad
tomato
cili sos
mayonis
Cara:
Belah dua roti burger dan sapu dgn sedikit butter.
Bakar sekejap dan ketepikan.
Panaskan pemanggang ajaib dan letakkan daging burger.
Bakar selama 8 - 10 min utk sebelah daging dan terbalikkan dan masak lagi utk tempoh yg sama (masa membakar bergantung pada ketebalan daging burger yg dihasilkan) dgn menggunakan api sederhana.
Buka penutup pemanggang dan letakkan sekeping slice cheese di atas daging tadi.
Angkat dah letakkan atas kepingan roti yg dah diletakkan sedikit daun salad.
Picitkan sos cili dan mayonis. Kemudian letakkan hirisan tomato dan akhir sekali dgn bahagian atas roti.
Sedia utk dinikmati...
*jika tiada pemanggang ajaib bolehlah menggunakan frying pan biasa tp sebolehnya balikkan daging burger hanya bila bahagian bawahnya dah masak separuh dr ketinggian daging burger tadi. ( maksudnya kita hanya membalikkan daging burger itu sekali sahaja)