Tuesday, February 26, 2013

MAKARONI BAKAR

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah banyak hari duk layan kek cekelat kat bawah ni kan.. Maaf la ya, tuan rumah tak berapa sihat kebelakangan ni. Badan main duk seriau jer kata org Tganu.. Ikut bahasa buku, seram sejuk gitu hehe..  Bila gi klinik masa bawak Luqman smlm, K.Nor mintak sekali ubat utk K.Nor. So dpt ler ubat demam dan antibiotik. Bila dah pekena antibiotik hari ni baru lah segar sket, dah tak rasa mana dah seriau tu.. Alhamdulillah.. So boleh la ngadap PC jap utk masukkan entri.




Makaroni Bakar ni dah laaaaaaaaaama K.Nor buat. Kalau tak silap pertengahan Disember tahun lepas (nak mengarang resipi pun ingat tak ingat dah ni.. sib baik dah catat sket2 kat kertas  hehe...)  Masa tu anak tekak rasa teringin sungguh nak makan makaroni bakar. Dah pernah cuba beberapa resipi Makaroni Bakar tp rasanya nak cuba resipi lain pulak. Bila tanya idea dr geng2 sekutu rapat kat fb, Rabiatun (Tun) bgtau yg dia pernah makan makaroni bakar yg menggunakan rempah kari.. Memang ada kelainan bila dlm bahannya tu dimasukkan rempah kari. Ni kiranya Makaroni Bakar versi org Melayu la kan.. hehe Jadi K.Nor pun try la godek2 sendiri resipi Makaroni Bakar berpandukan kepada apa yg Tun bgtau, mengikut citarasa anak tekak K.Nor la kan :)



Alhamdulillah.. not bad rasa Makaroni Bakar yg dihasilkan ni.. Yer la, versi anak tekak org Melayu, mesti nak ada rasa pedas2, rempah2 gitu.. Bila dimakan panas2 tu, mmg sedap..  Mekasih pd Tun yg berkongsi idea tu ya.. :)

MAKARONI BAKAR 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
300gm makaroni ~ k.nor guna jenis spiral
3 biji telur A ~ dikocok sedikit

slice cheese secukupnya
daun saderi
sos cili
mayonis
sedikit mentega


Bahan inti:
300gm daging cincang ~ k.nor guna brand Ramly
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar (holland) ~ dipotong dadu
2 biji ubi kentang (saiz besar) ~ dipotong dadu 
1/2 biji capsicum hijau/merah ~ dipotong dadu
1 sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula
minyak masak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut kemudian ditoskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih dan bawang besar.
Goreng hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng sehingga pecah minyak dan masukkan rempah kari. Kacau.
Kemudian masukkan daging cincang dan ubi kentang.
Daging akan mengeluarkan air dan ini akan membolehkan ubi kentang masak. (sekiranya ubi masih belum empuk, bolehlah ditambahkan sedikit air)
Masukkkan pula capsicum, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula.
Masak sehingga inti kering sedikit. Ketepikan.
 ~ ~ ~
Panaskan oven dgn suhu 180C.
Sapu mangkuk tahan panas/loyang dgn sedikit mentega.
Masukkan separuh dari makaroni yg dah dimasak td dan ratakan.
Lapiskankan slice cheese menutupi makaroni.
Kemudian masukkan inti dan ratakan.
Masukkan baki makaroni dan ratakan sekali lagi.
Tuang telur yg telah dikocok tadi meratai bahagian makaroni.
Picitkan sos cili ke atas makaroni tadi dan bakar selama 35 - 40 min.
Keluarkan dr oven, picitkan mayonis dan taburkan hirisan daun saderi.
Sedap dimakan panas2.
Selamat mencuba ...