Wednesday, March 27, 2013

NASI MINYAK DAUN PUDINA & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

WW WEDNESDAY ^____^


Menu 2 minggu lepas dah ni.. sori ^__^





NASI MINYAK DAUN PUDINA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi ~ direndam 1/2 jam dan toskan
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 bj limau nipis
segenggam daun pudina
1 sudu besar garam kasar
pewarna hijau dan oren
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak

Bahan penumis:
1/2 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara: 
Masukkan perahan limau nipis ke dalam susu dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dlm periuk rice cooker (masak atas dapur)
Tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan air.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan susu tadi, garam dan beras.
Biarkan hingga kering airnya.
Buatkan lubang2 menggunakan belakang batang sudu.
Titiskan pewarna oren dan hijau dlm lubang berasingan.
Taburkan daun pudina dan tutup kembali tudung periuk.
Biarkan sehingga nasi masak
Tutup suis periuk dan biarkan 5 - 10 minit kemudian barulah digemburkan nasi.



GULAI AYAM NASI MINYAK (TRG STAIL)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 - 2  sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak
1/2 cawan bawang goreng ~ diramas sedikit
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kerisik
1/4 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 - 3 biji ubi kentang ~ dipotong
2 helai daun pandan
sedikit gula nisan (boleh gantikan dgn gula melaka)
garam
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak

Bahan penumis:
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Biarkan seketika, masukkan cili mesin. Kacau.
Kemudian masukkan rempah gulai dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan bawang goreng, sos tomato, kerisik dan ayam.
Kacau hingga sebati.
Masukkan ubi kentang, air dan daun pandan.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan susu cair, garam dan gula nisan.
Biarkan merenih sehingga ayam dan ubi kentang masak dan sehingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
( * gulai nasi minyak trg biasanya sedikit cair)
Sedia utk dihidangkan bersama Nasi Minyak Pudina.



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.





Monday, March 25, 2013

RAINBOW CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Ramai yg dah biasa dgn RAINBOW CAKE kan.. Kek yg mendapat tempat di hati yg menengoknya disebabkan kejadiannya yg cantik tu, berwarna2 dan berlapis2 spt pelangi. Dari dulu lagi terasa nak mencuba buat kek pelangi nan indah ni tp asyik tak kesampaian. Pastu plan lg nak buat time birthday si anak dara yg ke 17 tak lama lg dlm bulan Jun, insyaallah.. 

Sebelum dipakaikan baju ^___^

Tup2 peluang di depan mata bila Fiza DJ bagitau K.Nor yg dia nak tempah RAINBOW CAKE, saja utk makan2 bersama famili. Dia plan nak amik on the way balik ke Kelantan. Org kata pucuk di cita ulam mendatang kan.. Walaupun tak pernah buat tp K.Nor beranikan diri amik tempahan Fiza utk buat kek ni. Malam tu K.Nor google resipi Rainbow Cake dan juga bertanyakan pd K.Zai (Teratak Impian) yg mmg banyak terima tempahan Rainbow Cake dan juga Rahel. K.Nor bertanya kat dia org ni, resipi mana yg digunakan. Alhamdulillah, K.Zai sentiasa baik hati melayan pertanyaan K.Nor begitu juga Rahel. K.Zai. Mekasih sgt2 ... Hanya Allah juga yg dapat membalas budi baik dia org berdua ni.. 

Sori Fiza ya, deco kek yg sememeh akibat kelam kabut punya pasal ^___^
Rupanya kebanyakkan resipi Rainbow Cake yg digunakan adalah dari Martha Stewart yg mana telah dibuat kat show Martha oleh Kaitlin Flannery @Whisk Kid (kalau nak tengok resipi asal dan juga video cara nak buat kek ni boleh klik kat SINI) Tapi kat sini K.Nor akan letak resipi yg dah dialihbahasakan yg K.Nor ambil kat dapur Madiha@Ratna yg mana kalau tak silap dia amik kat dapur KakZu. Dan K.Nor juga ikut stail Ratna, guna resipi frosting dr blog Ayu Spore. Alhamdulillah.. mmg tak muak frosting ni (diakui oleh Fiza dan familinya hehe)

RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
sumber : Madiha@Ratna & K.Nor

Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA (dan k.nor juga) alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)

~ reminder utk k.nor : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ k.nor lebih suka guna resipi frosting dibawah ni (resipi dr Mas Duniaku.. mekasih Mas :)
~ tip dari k.zai@teratak impian : bakar dgn suhu 15C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik 

Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (k.nor tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ k.nor guna 50gm jer
110 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste


Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

CREAM CHEESE FROSTING
source : Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.


Wednesday, March 20, 2013

HATI PALEMBANG

ASSALAMUALAIKUM...

Merata2 skrg ni nampak ada virus menu DAGING PALEMBANG. Pertama kali nampak Amie yg buat, pastu mula merebak di sana sinun.. Ada juga yg buat versi ayam dan K.Nor pun tak nak ketinggalan buat menu yg sangat menggoda nih.. Tapi K.Nor tak nak buat dengan daging ataupun ayam, K.Nor guna hati lembu. Sudah agak lama tak makan hati lembu, kebetulan duk mencari resipi hati yg sesuai utk dijadikan lauk pengantin masa makan beradap.. 


Masakan ni lebih kurang mcm Masak Kicap Berempah gak, cuma kelainanya ada dimasukkan santan/kerisek (K.Nor letak kerisek) dan K.Nor tambah sedikit susu cair. Apapun mmg sedap.. Mekasih kepada pemilik resipi Maria Hakim, juga ke pada Amie yg panjangkan resipi ni dan tak lupa pada Madiha@Ratna yg mana K.Nor copy resipi ni dr dapur beliau.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. 


DAGING (HATI) PALEMBANG
sumber : AmieMadiha
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

* K.Nor gantikan santan dgn 1/4 cawan susu cair dan 2 sudu besar kerisik
K.Nor hanya guna 1/2 cawan kicap 


Monday, March 18, 2013

CISTAT Ooooooo CISTAT...

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILAH... akhirnya termakbul gak hajat nak buat cistat... punya la berzaman duk peram hajat, peram resipi tokey cistat ni. Beli acuan pun dan berzamang kirong org Tganu kata.. Sib baik tak hilang jer acuan hehehe.. Sebelum ni K.Nor dah buat FRUIT TART, dek tempahan yg diterima. Agaknya kalau si penempah tu tak menempah FT, entah bila la boleh menerai. Maklum ler.. nak buat tart2 ni, memerlukan kerajinan yg tahap melampau. Punya la banyak step nak buat kan. Memang la tak susah mana (terutamanya bg yg dah expert buat mcm Ita tu hehe) cuma bila nak memulakan tu, mmg mood melayang2 sungguh. Tapi bila dah buat, wahhh manyak syok woo... Sampaikan keesokkan harinya K.Nor buat satu adunan lg, saja standby shellnya tu siap2 tunggu anak dara balik bercuti hujung minggu utk buat cistat.. 


Alhamdulillah, hari Sabtu baru2 ni sempat ler K.Nor buat cistat ni. Anak dara apa lagi, keseronokkan sgt ler dpt makan cistat dan bawak balik ke asrama gak tu. Hari tu masa K.Nor buatkan Fruit Tart utk dia masa balik2 rumah, bukan main lg dia duk ngap. Memang dia pun penggemar tart2 nih.. Si emak pun gemar gak cuma tang nak membuat tu jer.. yg kurang gemar.. Makan sapa tak gemar kan.. hehehe


Gini lah rupa cistat org yg pertama kali belajar buat. Lorekan pun tak berapa nak menjadi dan kemas tu.. Tangan masih tak konsisten melorek.. Mudah2an lepas ni akan lebih baik lg.. Mekasih Ita, atas tunjuk ajar yg diberikan. Mekasih gak pd geng2 sekutu rapat kat Ladypower.. luv u all ^__^


Sapa2 yg nak mencuba, silakan.. Guna resipi tokey cistat dr Johor ni, yg sedikit pun tak kehekut ilmunya. Semoga ilmu dan kebekatan sentiasa bertambah buat dirinya dan juga yg baik2 hati menolong K.Nor tempohari..

TART CRUST/SHELL 
resipi : Azita
sumber : K.Nor

Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


CREAM CHEESE FILLING 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Credit gambo buat AZITA (amik dgn izin ni ya...  tq so much dear )

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
Tart crust yang sedia untuk dibakar.
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) juga dr Azita :

Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


Friday, March 15, 2013

JAPANESE COTTON ROLL

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat, mudah2an kita semua dlm perlindungan dan keberkatan Allah hendaknya.. aamiin.... 


Semalam, angin rajin melanda bila duk rumah sorang2 walau kepala duk berdenyut2. K.Nor buat Fruit Tart (sbb anak dara balik cuti hujung minggu), pastu sempat buat 2 jenis kek dr satu adunan kek. Sebenarnya mmg dah plan lama nak buat roll cake utk besday cik abe, tp bila tengok resipi, perlukan loyang yg agak besar. Loyang yg selalu K.Nor guna saiz 10 x 10 jer. Ada sebiji loyang cutter yg saiz 12 x 12 tp duk dlm kotak dlm stor nun. Dah selongkar sebahagian aritu tp tak jumpa jugak.. Males ler nak selongkar habis2an.. Tak pasal2 jd satu kerja mengemas lain lak.. Last2 K.Nor gunakan gak loyang yg saiz 10 x 10 tu.. K.Nor tak tuang semua adunan dlm loyang tu, takut jd tebal sgt, tak leh nak roll atau tak cun kang.. Jadi K.Nor guna love pan yg ada dua biji tu dan bakar dlm tu. Tu yg terhasilnya 2 bj kek dr satu adunan ^__^


Alhamdulillah, sedap roll cake ni.. Lembut jer, kena pulak dgn gandingan fresh cream dan stoberi dlm tu.. Memang syok.. K.Nor amik resipi ni kat dapur Rahel. Resipi asal dr Alex Goh.. Thanks Rahel ya..

 Org Ganu kata 'deko bahang rambang' hehehhee


JAPANESE COTTON ROLL
Resepi:Alex Goh
sumber : Rahel
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan Kek:
A:
80g susu segar
80g mentega

B:
85g plain flour

C:
5 biji kuning telur

D:
5 biji putih telur
110g gula
1/4 sudu teh Cream of tartar ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu kecil jus limau kasturi

Cara membuat:
1. Alas acuan 16x10x1-inch dengan baking paper.
2. Panaskan bahan A sehingga cair (jangan mendidih).Tambahkan bahan B dan gaul rata.
Tambahkan bahan C dan gaul hingga bercampur rata.
3. Pukul putih telur dengan kecepatan tinggi sehingga berbuih.Tambahkan cream of tartar,
gula dan putar pada kelajuan sedang sehingga soft peak.
4. Ambil 1/3 meringue,masukkan ke dalam cara no 2 dan kaup balik dengan spatula hingga
rata.Tuangkan adunan kuning telur ini ke dalam baki adunan putih telur tadi.Kaup balik
hingga rata.Tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 170'C di rak tengah selama 20 minit.Setelah masak segera tanggalkan
kek dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
6. Sapukan krim dipermukaan kek diikuti dengan potongan buah strawberry.Gulung kek
dengan kemas.

# sedikit tip utk membuat roll cake (hasil dr yg k.nor study kat beberapa blog)
- selepas keluarkan dr oven, telangkupkan kek atas redai/rack.
- kemudian tanggalkan kertas baking dan biarkan seketika.
- ambil sekeping kertas baking yg lebih besar dr saiz kek dan sapu dgn butter pd permukaannya (supaya kulit kek tak melekat pd kertas masa proses menggulung nanti)
- letakkan/terbalikkan kek atas kertas tersebut (bergantung pd keadaan sekiranya ada corak pd kek, letak bahagian bercorak td pd bahagian bawah)
- gulung kek masa kek masih suam2 dan biarkan sejuk (kaedah ni dibuat supaya nanti kek akan lebih mudah digulung dan tidak patah dan juga kek lebih cantik gulungannya..)
- potong hirisan stroberi yg akan digunakan dan sediakan cream/pukul whipping cream yg akan digunakan.
- buka gulungan kek dan letakkan cream di atasnya dan ratakan (tinggalkan lebih kurang 1" dr bahagian tepi kek)
- tabur/letakkan buah stoberi td dan gulung kek td dgn kemas (lebihan kertas kemudiannya digulung utk mengemaskan gulungan).
- simpan dlm peti ais 3 - 4 jam sebelum dipotong utk menghasilkan roll kek yg cantik dan kemas.
- SELAMAT MENCUBA ^__^



Tuesday, March 12, 2013

FRUIT TART

ASSALAMUALAIKUM....

Salah satu resipi yg dah berzaman duk peram nak buat tp tak terbuat2.. ni la dia.. FRUIT TARTS.. Bukan aje Fruit Tart tp cheese tart pun sama. Tak punya kerajinan sungguh nak bermain dgn tart shell tu. Padahal, mould yg dlm saiz besar dan kecik mmg dah lama ada dlm simpanan. Akhirnya terpecah gak dara mould kecik bila ada yg menempah Fruit Tart minggu lepas.

 versi utk makan2 sendiri ^__^


Kalau sebut cistart/fruit tart mesti sinonim dgn tokeynya kan.. sapa lagi kalau bukan Azita Zain. Jd sebelum buat tu, K.Nor amik kesempatan belajar dulu dgn Ita, cara2 nak buat kat fb nun. Dalam masa yg sama ada gak bertanya dgn geng2 sekutu rapat kat wassap. Alhamdulillah.. berkat tunjuk ajar dia org ni, berjaya gak K.Nor buat fruit tart. Seronok bila punya teman2 yg tak lokek ilmu, bersedia utk menurunkan ilmu masing2 padahal fruit tart tu merupakan mata pencarian sampingan buat dia org ni. Buat apa nak kedekut ilmu, sedangkan ilmu tu milik Allah yg hanya dipinjamkan pd kita. DIA nak tarik balik ilmu dan keberkatanNya anytime. Makin kita berkongsi, makin ilmu tu tersebar. Bukan aje, ianya bertambah berkat, saham yg dikumpul pun berganda2 di atas sana. Itu la yg K.Nor pegang selama ni.. insyaallah.. Kepada Ita, Pia, Bee, Mimi dan teman2 lain yg sentiasa berkongsi ilmu yg dimiliki dgn hati yg ikhlas, semoga Allah berkati dan melimpahkan rezeki yg halal lg berkat kepada kita semua... aamiin.... Mekasih semua :)

 Yg ni juga utk makan2 sbb guna mould saiz besar, saja nak testing ^__^

Esoknya K.Nor buat 1 adunan lg, sementara mood buat shell masih ada, saja la nak standby utk buat cistart pulak hehe.. Tunggu anak dara balik hujung minggu ni, baru dibuat filling cheesenya tu.. Mekasih Ita, Nor panjangkan resipinya kat sini lak ya... :)

Posing dulu kejap sebelum dihantar kpd yg menempah ^_____^




FRUIT TART
resipi : Azita
sumber : K.Nor

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


#
k.nor buat dua adunan dan guna 1 bj telur A

Bahan2 Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin ~ k.nor guna butter

Cara2 :
Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
Masukkan ke dalam piping bag.

Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.

Cara Untuk Menghias :
Picitkan adunan kastad ke atas tart crust.
Susun buah2an pilihan.
Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.


Monday, March 11, 2013

PAIS AYAM TEMASEK

ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali blurr tak tau nak masak apa kan... ehh... bukan sesekali, banyak kali ler..  Bila ketandusan idea nak masak (nak masak bukan hanya nak cari resipi, kena tengok jugak, bahan2 yg nak digunakan ada ke tidak kat dapur.. bila tak ada  mula la nak buat itu tak jadi, nak buat ini kensel... kannnnnnn) akhirnya menu yg pernah dicuba jugak yg diselongkar. Akhirnya PAIS AYAM TEMASEK menjadi pilihan. 


Kalau pertama kali buat dulu, K.Nor ikut resipi, potong ayam tu kecik2 (kes ikut stail puan Ayu), kali ni K.Nor guna bahagian bawah ayam saja.  Rasa tetap sedap cuma sbb K.Nor buat kurang garing, jd nampak kurang cun sket.. Tp kesedapannya tetap maintain... 


Mekasih Ayu, Nor paste kat sini sekali lg resipi tu ya... :)

PAIS AYAM TEMASEK
sumber: Puan Aini Salim
sumber: Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahan:-
1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut disiat
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
garam & perasa secukupnya
daun pisang secukupnya

Bahan kisar:-
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih 

Cara:-
Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan santan, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam.
Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
Bubuh ayam di atas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit.

Thursday, March 7, 2013

KEK SPONGE COKLAT DAN MYCC.. again...

ASSALAMUALAIKUM...

Asyik tayang kek jer lately kan.. hehe.. Saja la nak mengisi slot kosong.. kang tak ada org nak masuk iklan pulak.. huhu.. iklan la sangat... :)


KEK SPONGE COKLAT ni K.Nor buat minggu lepas, dengan deco budak skolah yg baru nak belajar menjolok buah cempedak. Tak tau la tangan ni dibedung atau tidak masa baby dulu. Nak tanya emak, emak pun dah tak ada.. Ayah pun dah tak ada gak.. dah jd yatim piatu dah... :(

Teringin gak nak g belajar mendeko cuma tak sampai seru lagi. Paling teringin nak belajar dgn Zack tp Zack duk jauh nun di Tawau.. Kalau dekat2 dah pergi dah... K.Nor sgt2 suka dgn hasil tangan Zack yg cantik mulus kalau bab deco kek. Like juta2.. 


Yg ni pula MOIST YOGURT CHOCOLATE CAKE. Sekali lg ditempah oleh penempah yg sama. Mekasih pd yg sudi menempah semoga memuaskan selera anak tekak bila memakannya ya...  Baru2 ni gi Giant yg baru dibuka kat Gong Badak nun, terjumpa la sour cream yg selama ni duk cari2 nak buat kek ni dlm versi asal. Takper la.. lain kali dah tau kat mana nak cari. Maybe Giant kat Padang Hiliran pun ada, cuma tak perasan kut ^__^


Ops... nak tayang gak.. Satu lg yg ditempah baru2 ni, COTTAGE PIE. K.Nor cuma sempat snap yg sebelum proses kebakaran (tu pun dgn henpon jer). Yg lepas kebakaran terlupa terus nak snap. Sbb lepas masak jer, keluar dr oven, terus gi hantar ke org yg menempah. Dpt ler makan panas2 kan :)

* utk dptkan resipi, sila klik link pd nama kek/pie yg berkenaan.. tq


Wednesday, March 6, 2013

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...

Aci tak wordless Wednesday arini... hehe Tuan rumah kebizian arini ^__^  ehhh.. tak jadi WW ler.. heeee....



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.


Monday, March 4, 2013

KEK COKLAT KEJU KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...


Bila tengok Dayang post kek ni kat fb, punya la tergoda. Nak buat tp sapa yg nak perabiskan. Yg ada kat rumah cuma 3 beranak. Nak tak nak kena tunggu anak2 balik (esp. si anak dara, kalau dia balik pasti dia suka kek gini dan dia akan bawak balik ke asrama, so si emak tak la pulun banyak2 sgt... dah bambam sgt dah ni.. tak leh nak ngap kek bercheese ni banyak2.. kena berhemah sket nak makan tu hehehe) tambah lagi masa Dayang post tu, tak ada stok cream cheese dlm esbok. Baru jer digunakan utk buat kek lain. 



Bila dah beli cheese, K.Nor study ler resipi. ermmmm.... guna 500gm rupanya.. haishhh beli cheese seketul jer (250gm) .. Duk pikir lg, banyaknyer lemak2 tepu yg bakal ku ternak nanti. Yg sedia ada ni dah la liat nak cair (sejak duk kampung ni, dah tak briskwalking lagi dah.. sedih betul :(  So K.Nor plan nak ejjas@derhaka sket kat resipi. Nak buat dgn seketul jer cheese tu, so buat 1 layer jer dah la part cheese tu.. Tak per la, tak sama dgn resipi asal pun. Lagipun, 250gm cheese tu dah ok rasanya.

Akhirnya, terhasil lah KEK COKLAT KEJU KUKUS, versi derhaka sket ya Dayang. Jgn marah ya.. Kek ni tetap sedap meskipun buat 1 lapis jer part cheese tu. Kalau buat 2 lapis, lagi lerrrrrrrr teramat sedap. So terpulang pd citarasa masing2 ya, nak buat versi asal maupun versi edit mcm yg K.Nor buat ni ... Mekasih Dayang, izinkan K.Nor berkongsi resipi satu dari versi kek lapis Sarawak ni kat blog K.Nor utk perkongsian bersama yg lain2 ya.. ^__^



KEK COKLAT KEJU KUKUS
resepi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :

170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju : ~ k.nor buat 1/2 dr adunan ni
600g krim keju (pada suhu bilik)
2 biji telur
120g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :

Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 

** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.

Friday, March 1, 2013

DAGING MASAK MERAH ala gerai

ASSALAMULAIKUM...

Resipi dr perkongsian Mas Duniaku kat wall fbnya minggu lepas kut.. Terlintas nak menerai resipi Mas ni, masa duk fikir2 nak masak apa dgn daging yg duk bertapa dlm esbok. Alhamdulillah.. sedap tp mcm kebiasaan ler.. ada sket sesi menderhaka kat resipi asal. Jgn marah ya Mas.. Saja gatal tangan nak tambah itu ini.. :)


Mekasih Mas, sudi berkongsi resipi ni. K.Nor ambil kat fb Mas ni, so K.Nor tak letak link la ya.. Nanti kalau Mas dah update kat blog, insyaallah K.Nor letak balik.. :)


DAGING MASAK MERAH ala gerai
resipi : Mas@Duniaku

Bahan2:
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
Bahan Hiris:
bwg besar - belah 4
bwg putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
sedikit air ~ k.nor guna air rebusan daging

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.

*perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2..