Wednesday, March 20, 2013

HATI PALEMBANG

ASSALAMUALAIKUM...

Merata2 skrg ni nampak ada virus menu DAGING PALEMBANG. Pertama kali nampak Amie yg buat, pastu mula merebak di sana sinun.. Ada juga yg buat versi ayam dan K.Nor pun tak nak ketinggalan buat menu yg sangat menggoda nih.. Tapi K.Nor tak nak buat dengan daging ataupun ayam, K.Nor guna hati lembu. Sudah agak lama tak makan hati lembu, kebetulan duk mencari resipi hati yg sesuai utk dijadikan lauk pengantin masa makan beradap.. 


Masakan ni lebih kurang mcm Masak Kicap Berempah gak, cuma kelainanya ada dimasukkan santan/kerisek (K.Nor letak kerisek) dan K.Nor tambah sedikit susu cair. Apapun mmg sedap.. Mekasih kepada pemilik resipi Maria Hakim, juga ke pada Amie yg panjangkan resipi ni dan tak lupa pada Madiha@Ratna yg mana K.Nor copy resipi ni dr dapur beliau.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. 


DAGING (HATI) PALEMBANG
sumber : AmieMadiha
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

* K.Nor gantikan santan dgn 1/4 cawan susu cair dan 2 sudu besar kerisik
K.Nor hanya guna 1/2 cawan kicap