Monday, March 25, 2013

RAINBOW CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Ramai yg dah biasa dgn RAINBOW CAKE kan.. Kek yg mendapat tempat di hati yg menengoknya disebabkan kejadiannya yg cantik tu, berwarna2 dan berlapis2 spt pelangi. Dari dulu lagi terasa nak mencuba buat kek pelangi nan indah ni tp asyik tak kesampaian. Pastu plan lg nak buat time birthday si anak dara yg ke 17 tak lama lg dlm bulan Jun, insyaallah.. 

Sebelum dipakaikan baju ^___^

Tup2 peluang di depan mata bila Fiza DJ bagitau K.Nor yg dia nak tempah RAINBOW CAKE, saja utk makan2 bersama famili. Dia plan nak amik on the way balik ke Kelantan. Org kata pucuk di cita ulam mendatang kan.. Walaupun tak pernah buat tp K.Nor beranikan diri amik tempahan Fiza utk buat kek ni. Malam tu K.Nor google resipi Rainbow Cake dan juga bertanyakan pd K.Zai (Teratak Impian) yg mmg banyak terima tempahan Rainbow Cake dan juga Rahel. K.Nor bertanya kat dia org ni, resipi mana yg digunakan. Alhamdulillah, K.Zai sentiasa baik hati melayan pertanyaan K.Nor begitu juga Rahel. K.Zai. Mekasih sgt2 ... Hanya Allah juga yg dapat membalas budi baik dia org berdua ni.. 

Sori Fiza ya, deco kek yg sememeh akibat kelam kabut punya pasal ^___^
Rupanya kebanyakkan resipi Rainbow Cake yg digunakan adalah dari Martha Stewart yg mana telah dibuat kat show Martha oleh Kaitlin Flannery @Whisk Kid (kalau nak tengok resipi asal dan juga video cara nak buat kek ni boleh klik kat SINI) Tapi kat sini K.Nor akan letak resipi yg dah dialihbahasakan yg K.Nor ambil kat dapur Madiha@Ratna yg mana kalau tak silap dia amik kat dapur KakZu. Dan K.Nor juga ikut stail Ratna, guna resipi frosting dr blog Ayu Spore. Alhamdulillah.. mmg tak muak frosting ni (diakui oleh Fiza dan familinya hehe)

RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
sumber : Madiha@Ratna & K.Nor

Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA (dan k.nor juga) alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)

~ reminder utk k.nor : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ k.nor lebih suka guna resipi frosting dibawah ni (resipi dr Mas Duniaku.. mekasih Mas :)
~ tip dari k.zai@teratak impian : bakar dgn suhu 15C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik 

Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (k.nor tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ k.nor guna 50gm jer
110 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste


Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

CREAM CHEESE FROSTING
source : Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.