Monday, April 15, 2013

ACAR IKAN

ASSALAMUALAIKUM....

Kalau diikutkan hati nak bercuti dr bersiaran lama sket. Skrg kan mood demam (demam PRU ler hehe) kut2 nak gi ngempen masuk kampung keluar kampung. Geng2 pesbuk, ramai yg dah bg tanda setuju nak pangkah parti baru yg berlogokan seguni garam kan....  hahahhaa... yer la tu.. Ngempen la sangat, nak test market la sangat.. Tak main la nak test market nih.. Berblogging pun sekadar suka2, isi masa yg terluang. Bukannya sbg mata pencarian dgn berblogging nih.. <ni k.nor, bukan org lain ya.. apa yg org lain buat, tu hak dia, hak individu, kena hormati hak org lain, baru org lain hormati hak kita, tak gitu? hehe>  Sebenarnya pc K.Nor buat hal baru2 ni.. merajukkah? mogokkah? tak tau ler.. ingatkan dah kena warded tp alhamdulillah.. dpt dibaiki dgn cpt.. Mood nak bercuti lama pun terbang melayang2.. heeee...


K.Nor hidangkan satu menu yg sangat simple dan enak. K.Nor cuma masak menu ni, nasi putih, pastu tak lupa sambal belacan dan ulam dgn sayur kacang botol, preshhh from my little kebun.. sedapppp sgt..  cukup menyelerakan.. Tambah pulak buat dgn ikan kegemaran K.Nor, ikan tongkol @ ikan aya... best!

ish.. sambal belacan lupa nak dienterprem kan.. :)

Resipi dari buku 50 Hidangan Penambat Selera lagi kali ni. Resipi2 dlm buku ni amat mudah dibuat, insyaallah menyelerakan. Bagi yg nak belajar masak tu, sila la dapatkan buku ni di kedai2 buku yg pemes ya... insyaallah ada. Kalau tak ada, sila contact K.Liza, boleh beli cara online dgn dia.. :)

ACAR IKAN 
resipi : K.Hanieliza (dr buku 50 Hidangan Penambat Selera )
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
2 ekor ikan selar ataupun ikan tenggiri ~ k.nor guna ikan tongkol/aya hitam
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 biji tomato ~ dibelah 4
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan B: ~ dihiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Cara:
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
Masukkan air asam jawa, tomato dan serbuk kunyit. (kemudian k.nor masukkan garam dan sedikit gula utk mengimbangi rasa masam dan masin)
Apabila mendidih, masukkan ikan dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih.