Friday, April 5, 2013

KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZI by Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZI by Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "