Friday, April 26, 2013

LET'S 'KRUSHERS' @ HOME

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk tak boley blah tu... hehehe...  Kalau penggemar atau pengunjung setia 'kepci' mesti maklum dgn minuman krusher. K.Nor ni bukan ler pengunjung setia kepci, kalau setahun tu, ada la 2 - 3x jer kut labur duit kat sana. Kebetulan sang hero sulong ajak mak ayah dan anak dara nan satu tu ngetest Korean Spicy Krunch baru2 ni, so kita org gi ler.. Tak mo ckp bab ayam korea tu ya.. nak tau sila ngap sendiri, tp rasanya dah ramai yg cuba kan sbb dah lama promosi ayam ni. Yg K.Nor nak uarkan kat sini minuman yg dipesan malam tu.



Mulanya nak order minuman krunch yg lain tp sbb alatnya tak dpt digunakan (at that night ler) so Along order la Lemon Fresh Fizz. Bila tengok rupa, mcm simple jer bahan2 dlmnya, ada hirisan lemon, ada hirisan limau kasturi dan daun pudina. Along tanya, boleh buat tak mak.. ermmm.. rasanya boleh kut.. (chewahhh kompiden jer hehehehe). Kebetulan ke gergasi baru2 ni, rembat ler lemon sebiji dan limau kasturi sket. Daun pudina tak yah beli la.. mmg dah merimbun kat kebun kan.. hehe Utk airnya, mulanya duk tenung2 rasa mcm dia guna air soda tp tak ada lak rasa wangi soda tu..  Pastu K.Nor pikir nak try guna sprite ler. Sprite pun ada beberapa jenis kan, tp K.Nor sambar yg Sparkling Lemon-Lime. Rasanya lebih sesuai guna jenis ni.. 


Lepas masak lunch, terus K.Nor godek minuman ni, dgn bayangan masa minum kat kepci tempohari. Bila diberi rasa pd Along dan Cik Abg, masing2 kata mmg menjadi! fuhhh.. legaaaaa.. & seronok.. Ni pada anak tekak kita org la ya.. mungkin pd anak tekak org lain berbeza kut.. Apapun, K.Nor tetap nak share resipi yg dicuba ni dgn teman2 dan adik kakak semua ya.. Diucapkan selamat mencuba... (kalau menjadi sama mcm yg kepci tu, sila maklumkan kat komen dib baah.. kalau tak jadi sama .. maaf ya.. )  ^__^

HOMEMADE LEMON FRESH FIZZ
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1.5 liter air Sprite (Sparkling Lemon-Lime)
1 biji lemon ~ dihiris
5 - 7 bj limau kasturi
5 tangkai daun pudina
ais secukupnya ~ dihancurkan

Cara:
Masukkan lemon (/asingkan 2 kpg) dan 3 bj limau kasturi yg dihiris ke dalam jag/jug minuman.
Perahkan 2 - 3 bj limau kasturi dan lebihan 2 keping hirisan lemon td ke dalam jag. (lebihkan jika ingin lebih rasa masam)
Masukkan daun pudina yg telah diramas sedikit.
Tuangkan air sprite ke dalam jag dan kacau.
Masukkan pula ais yg dihancurkan. Kacau sedikit.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia utk dinikmati.

* cara k.nor hancurkan ais (guna 2 plastik bersih)
- masukkan ketulan ais kedalam plastik dan ikat dgn getah.
- masukkan ke dalam satu plastik lagi dan ikat.
- hancurkan/tumbuk dgn menggunakan alu lesung (alas lantai dgn sehelai kain bersih)
** kalau nak guna blender/food processer pun boleh tp sbb ketulan ais k.nor agak besar dr biasa, so k.nor lebih suka guna kaedah yg pertama (utk menjaga ketahanan/ketajaman blender/food processer juga )