ASSALAMUALAIKUM...
Kali pertama buat kek ni 2 minggu lepas, masa nak ke rumah kazen cik abe yg buat majlis tahlil sempena nak berangkat menunaikan umrah minggu lepas. Kek yg dihasilkan sangat2 tak memuaskan hati si tukang buat tp sebab dah tak sempat nak godek yg lain, terpaksa gak bawak kek tu ke rumah kazen. Kek yg sepatutnya berlapis2, berombak bagai, dah jadi haru biru.. bercampur aduk kalernya. Yg sepatutnya duk layer bawah dan naik ke atas dan boleh dikatakan cover ke merata tempat (adunan kaler hijau) Lapisan serbuk coklat pun dah caca marba.. langsung tak nampak layernya.. adehhhh.. ku kuciwa... Bila nak berangkat balik, K.Nor mintak kazen potong kek tu sbb nak tengok rupa dalam kek.. Memang fail bahagian dalamnya.. Tak ada langsung rupa ombak nan beralun tp bila kazen2 dan anak2 dia org kata sedap, lembut kek tu.. lega la sket hati walau outcomenya tak lulus piawaian hehee
Selang beberapa hari, K.Nor godek sekali lagi kek tu. Saja buat sbb tak puas hati dgn kek yg haru biru tu.. Kali ni K.Nor tak bukak api kuat, guna api sedang2 jer. So masa mengukus dilebihkan sket. ALHAMDULILLAH.... legaaaa sgt bila tengok kek yg dihasilkan tak lagi mcm permukaan bulan bahagian atasnya (berlubang2 kes bahagian atas terkena foil bila kek agak naik masa 1st trial tu). Kali ni K.Nor tak tutup lg dgn foil tp tutup penutup pengukus dgn kain utk mengelakkan air wap jatuh atas kek. Dan bila dipotong kek tu, perghhhh cantik beralun ombak yg membadai hati pantai hihii...
Memang sedap kek ni... lembut, moist dan tak manis sgt (mcm biasa, K.Nor dah kurangkan sukatan gula). K.Nor tak buat 4 layer sbb kekurangan ghajen nak main 4 kaler. K.Nor cuba buat 3 layer dan guna 3 perisa utk kek tu.(pink + strawberi paste, purple + blueberry paste & kuning + lemon paste). Bagi yg dah mencuba resipi K.Fida MyResipi ni mesti tau keenakkan kek ni.. Bagi yg belum mencuba tu.. sila2kan la ya.. Insyaallah tak rugi mencuba..
Rupa kek yg 1st time buat tu.. mmg caca marba betul.. kaler hijau dah take over kek tu, padahal lapisan adunan kek yg berwarna hijau K.Nor letak bahagian bawah sekali.. |
KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)
resipi : K.Fida@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
5 biji telur A ~ yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus ~ k.nor guna 190gm sahaja
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g) ~ k.nor guna 100ml susu cair + 50ml air
10 sb mentega cair (100g)
pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)
Cara-cara
-Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
-Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pewarna dan pukul hingga kembang.
-Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
-Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan (k.nor bahagikan kepada 3 bahagian sahaja)
-Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
-Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
-Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min (guna api sederhana)
-Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
-Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
-Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

* k.nor guna loyang bulat 9"
= 350gm bila bahagi 3
** K.Nor cuba buat 3 layer dan guna 3 perisa utk kek tu.(pink + strawberi paste, purple + blueberry paste & kuning + lemon paste)
*** k.nor skip part tutup loyang dgn foil tp balut penutup pengukus dgn kain...