Friday, June 21, 2013

KEK TIRAMISU

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum ni kalau nak makan Tiramisu biasanya K.Nor buat menggunakan biskut tiramisu/lady finger. Pernah gak teringin mencuba membuat tiramisu menggunakan kek sponge sebagai base dia.. tp tu la.. memang K.Nor tak pernah buat kek sponge saja2 utk buat tiramisu ni. Kalau buat pun, utk buat kek yg akan dicover dgn frosting atau buat kek lapis kastad. Dek kerana hari yg tak berapa nak elok (dlm kata hari malang atau bad day, Rabu baru2 ni), sampai 5x bancuh adunan kek sponge, dgn 4x bakar (1 adunan jd cair, jd habuan cik tong terus heheeee).. padahal nak 2 bj jer kek sponge utk buat Snow Cheesecake.. ada la 2 bj kek yg sedikit bantat/mendap di bahagian bawah/dalam kek dan sebiji lg kek yg keras/tak gebu spt kebiasaan kek sponge.. Jadi K.Nor amik kesempatan guna kek yg pertama dibakar tu yg mendap tengah sket tu utk buat Kek Tiramisu. Tak baik bazirkan kek tu kan, bukannya tak leh makan pun, kena pandai2 transform la utk dijadikan hidangan stail lain pulak kan.. hehe.. Untuk kek yg keras sket tu, insyaallah akan dijadikan triffle nanti..


Kek pertama yg dibakar ni ada bahagian mendap sket bahagian dalamnya tu. Plan K.Nor nak buat 3 layer kek tiramisu ni, tp sbb layer yg paling bawah tu tak gebu/pejal kes mendap.. jadi K.Nor cuma boleh guna 2 layer jer. Tu yg kek tiramisu K.Nor ni rendah sket.. SO kurang cun ler.. Takper la.. 2 layer pun 2 layer la.. asal dpt ngap dan SEDAP hehe..


KEK TIRAMISU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bj kek sponge 8"
200 ml non dairy whipping cream
250 gm cream cheese
20 gm gula castor
100 gm plain yogurt
1 sudu besar gelatin + 3 sudu air panas mendidih ~ kacau dan biarkan gelatin kembang
1 sudu besar instat coffee (nescafe) + 1 cawan air panas ~ dibancuh 
serbuk koko
strawberi utk hiasan

Cara:
Potong kek sponge kepada dua atau tiga lapisan/layer.
Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga kental kemudian masukkan dlm peti ais.
Pukul cream cheese dengan gula hingga gebu dan masukkan yogurt dan bancuhan gelatin
Pukul hingga sebati.
Keluarkan whipped cream tadi dan masukkan 1/3 darinya ke dalam adunan cream cheese.
Gaul dgn hand wisk atau spatula perlahan2 hingga sebati (jgn gunakan mixer utk elakkan whipped cream menjadi overbeat)
Masukkan baki whipped cream dan gaul lg hingga sebati.

Cara assemble Kek Tiramisu:
Renjiskan air bancuhan kopi serata pd lapisan kek yg pertama.
Letakkan secukupnya bancuhan cheese dan ratakan.
Ulangkan pada lapisan kek yg seterusnya hingga habis.
Tuangkan lebihan keju hingga menutupi keseluruhan kek dan kemaskan. (hias mengikut kreativiti masing2)
Simpan dlm peti ais lebih kurang 3 - 4 jam.

Untuk hiasan:
Ayak serbuk koko menggunakan penapis teh/kopi pada atas kek dan susun buah strawberi.
Sedia utk dihidangkan...