Friday, June 28, 2013

MURTABAK MEE SEGERA II

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Jumaat yg penuh barakah..Semoga kita dan ahli keluarga dilimpahi dgn rahmat dan keberkatan Allah hendaknya.. amiin...

Murtabak ke pizza? ^____^

MURTABAK MEE SEGERA ni, K.Nor buat utk kawan2 anak dara yg teringin nak makan (dlm ertikata lain, order ler hehe). Kebetulan wiken tu, K.Nor plan nak g jenguk anak dara kat asrama, jadi dia mintak K.Nor buatkan Murtabak Mee Segera ni sbb geng2 dia nak makan sgt2.. mcm org ngidam la pulak kan.. Utk 8 org makan, K.Nor buatkan 2 bj murtabak ni. K.Nor masak murtabak ni menggunakan magic pan, mmg mudahkan kerja sgt. Masaknya pun makan masa yg lama dan masak pun serata. Cantik jer hasilnya bila kita terbalikkan pan tu sbb murtabak tu tak berkecai/berderai.


Resipi kat bawah ni, K.Nor letak utk 1 bj murtabak jer ya.. Sbb pan K.Nor saiz besar, jadi bahan2nya pun nampak banyak gak la.. Kalau guna pan yg saiz kecik sket, boleh kurangkan sukatan bahan ya.. kang melimpah ruah dr pan :)

MURTABAK MEE SEGERA II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 1/2 bungkus mee segera perisa kari
4 biji telur ayam B
secekak daun kucai ~ dihiris
2 bj cili merah ~ dicincang kasar
1 labu bawang besar ~ didadukan
3 - 5 btg jejari ketam ~ dihiris
sos cili
minyak

Cara:
Celur mee segera dgn air panas. Tos dan ketepikan.
Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak.
Masukkan telur dan 2 paket perisa kari kedalam sebiji mangkuk dan kocok hingga sebati.
Masukkan daun kucai, cili merah, bawang besar dan jejari ketam ke dalam adunan telur dan gaul.
Kemudian masukkan mee yg dicelur tadi dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam pan dan tutup.
Masak lebih kurang 5 min (dengan api kecil ke sederhana) dan terbalikkan (alih2kan kedudukan pan atas api supaya masak serata)
Terbalikkan pan dan masak lagi lebih kurang 5 min atau sehingga murtabak masak.
Hidangkan panas2 bersama sos cili kegemaran.